Khamis, November 08, 2012

ASAM PEDAS MELAKA KITCHEN ( DISKAUN 10% UNTUK PEMBACA BLOG INI ) UPDATED

Bulan Mei 2012, saya menulis mengenai juadah dihidangkan oleh Restoran Melaka Kitchen di Mines 2, Seri Kembangan, Selangor.

Klik di sini.

Kini restoran menyediakan pelbagai juadah istimewa itu telah berpindah ke 32G, Jalan Medan, PB 3A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Husnaini Mohd Desa, 56 tahun, anak kelahiran Berisu, Lubuk Cina, Alor Gajah, Melaka, memang gemar memasak sejak berstatus anak dara lagi.

"Kalau terasa kepingin untuk makan asam pedas kepala ikan merah, datanglah ke restoran kami. Kualiti dan rasa makanan sentiasa kami berikan perhatian. Cuma kekadang bekalan kepala ikan merah sukar untuk didapati di pasar. Apapun pelanggan boleh menghubungi kami terlebih dahulu, jika ingin memastikan menu kepala ikan, ada atau pun tidak. Kalau tidak dicuba, masakan tahu bagaimana rasanya," ujar Husnaini dihiasi senyuman.


Banyak ruang parkir kenderaan di sekitar restoran boleh dilihat dari jarak jauh berikutan warna bangunan dominan.



"Waktu tengahari kami menyediakan masakan panas dan Melaka Kitchen beroperasi di antara jam 8 pagi sehingga ke malam," tambah Husnaini.


Saya telah mencuba beberapa hidangan disajikan sewaktu berkunjung ke restoran terbabit sebelum ini termasuk ...

"Sayur labu masak lemak, juadah dimasak oleh tukang masak ikhlas, rasa sedap dan kuah pekat. Macam sayur dimasak di rumah," ujar saya.


Husnaini tersenyum. 

Ya! Ya! Makanan tengahari saya percuma biarpun saya membawa wang mencukupi untuk menjelaskan bayaran.

Saya mengaku :)

Kekadang kenyataan ikhlas kita luahkan dilengkapi dek ukiran senyuman mampu menambat hati ramai insan di dunia ini.


"Buat katering?," soal saya.

"Kami menyediakan khidmat katering mengikut menu disediakan. Seperkara lagi, kepada mereka berminat untuk bekerja sebagai tukang masak dan pelayan restoran, sila hubungi kami di talian 019 381 6422. Gaji kami tawarkan berpatutan dengan pengalaman dan tempat tinggal pekerja disediakan di bilik, di atas restoran," tambah isteri bekas anggota polis itu lagi. 

Sempena pembukaan Melaka Kitchen di lokasi baru, Husnaini berkata ...

"Pembaca blog Mazidul diberikan diskaun harga 10%, jadi datanglah untuk menjamah juadah kami sediakan dengan harga berpatutan"

Yup! Selepas makan, usah segan, segera pergi ke kaunter dan nyatakan kepada petugas ...

"Saya pembaca blog Mazidul"

Mudah bukan?

Klik di sini untuk melayari Page Melaka Kitchen.

17 ulasan:

  1. betul ke leh dapat diskaun? kalau mcm tu esok saya pergi dan cakap "saya pembaca dan follower blog mazidul"

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Saya pembaca blog Mazidul <--- 4kali sehari pi makan kt situ :)))

    BalasPadam
  3. Taukehnya kata, ayat "Saya pembaca blog Mazidul", boleh digunakan berulang kali :)

    BalasPadam
  4. kalau 1 ribu org yang ngaku pembaca blog mazidul, xke pening tauke tuh nanti? hahahha

    BalasPadam
  5. untungnya yg duk sana :)..boleh less 10%.

    BalasPadam
  6. hahaha.. saya nak jerit kuat2 la macam tu bro..hehehehe

    BalasPadam
  7. dah lama x mkn asam pedas...terliur d buatnya..

    BalasPadam
  8. ...sampai bila tawaran 10% itu akan diberikan?. Saya memang gemar lauk asam pedas Melaka nie. Maklumlah orang Serkam Darat...

    BalasPadam
  9. terlioq lak tengok asam pedas tu....b.b.bangi..dkt ja tuuuu.....

    BalasPadam
  10. saya suke design kedai ini. Saya pasti sebelum pelanggn merasa makanan ini, mereka pasti tertarik terlebih dahulu dengan rekabentuk restoran ini.

    Kalau dalam sesi temuduga untuk permohonan kerja, 'First Impression' amatlah penting dan menjadi ukuran pertama majikan sebelum menemuduga calon temuduga tersebut.

    Nyum nyum ....

    Terima kasih abang@bro Mazidul Sidek kerana menyiarkan artikel ini.

    ps: Jom bro, saya belanja makan. Sekadar gurauan :D




    BalasPadam
  11. Mdrushdan, silakan pergi. Jika bagus, bagi tahu. Andai ada kekurangan, beritahu untuk memantapkan layanan dan kualiti makanan.

    BalasPadam
  12. sampai biler bleh dpt diskaun kalau guna nama mazidul

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.