Saya percaya kejadian berlaku buat pertama kali di Malaysia.
Lelaki dari Jambi, Indonesia, mengugut siswazah Universiti Malaysia Sarawak, Unimas berasal dari Kelantan, di tengah kawasan lapang menggunakan pisau hanya kerana ingin dihantar pulang ke negara asal.
Dia dilaporkan memasuki negara ini Sabtu lalu dan tertekan akibat majikan tidak membenarkannya pulang berikutan kes keluarganya diugut dek ah long di Indonesia.
Sungguh pelik.
Lelaki Indonesia itu barangkali berfikir, sebaik diberkas oleh polis, dia kemudian akan dihantar terus pulang ke negaranya. Pastinya suspek berusia 30 tahun itu tidak mengetahui Malaysia mempunyai undang-undang termaktub mengikut Kanun Keseksaan. Suspek ditahan, disiasat dan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 506, melakukan ugutan jenayah, dia akan meringkuk di dalam penjara.
Kes ini satu lagi contoh tipikal bahawa warga Indonesia ternyata memandang remeh undang-undang Malaysia.
Jika terdesak untuk pulang ke Indonesia, berambus! Jangan menyusahkan rakyat negara ini. Itu pun media belum lagi memaparkan fakta samada suspek memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja atau tidak.
Bagaimanakah suspek boleh berada di lokasi kejadian? Adakah kes itu bermakna keselamatan penuntut universiti itu tidak terjamin?
Statistik Jabatan Imigresen Sarawak, tahun lalu mencatatkan lebih 21,000 pendatang tanpa izin, PATI berdaftar sempena program 6P di Sarawak.
Klik di sini untuk membaca laporan lengkap.
Berita dan gambar dimuatkan di entri ini dipetik daripada laporan akhbar Kosmo, klik di sini.



