Warga Malaysia takutkan pendatang tanpa izin warga Indonesia?
Mereka mendirikan penempatan haram, kita diam.
Mereka memonopoli kawasan perniagaan, kita diam.
Mereka bekerja secara haram, kita diam.
Mereka melakukan pelbagai jenayah, kita diam.
Bilakah bangsa kita bakal bangkit sekaligus berani untuk bersuara? Bersuara untuk menyatakan hak. Hak untuk hidup selesa dan selamat tanpa kehadiran mereka.
Tidakkah kita sedar, sedang ketua dan ahli parti politik saling caci-mencaci dan membenci, negara kita dijajah oleh PATI?
Di manakah PATI tinggal? Di negeri di bawah pentadbiran semua parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Saya telah melihat karenah PATI di Sabah, Sarawak dan semua negeri di Semenanjung. Warga tempatan tidak pernah meredai kehadiran mereka. Namun adakah mereka peduli? Tidak.
Dari Tawau, Sabah sehingga ke Johor Bahru, Johor, rakyat tempatan merungut berhubung kebanjiran PATI. Saban hari, kehidupan mereka dihimpit oleh kebimbangan dan keresahan. Siapakah sudi mendengar keluhan dan rintihan mereka?
Mendengar tiada masalah tetapi mengambil tindakan?
Biarpun diserbu berulang kali oleh pihak berkuasa, ratusan ribu PATI masih terus gah tinggal di Malaysia. Ditangkap dan kemudian dihantar pulang ke Indonesia, mereka kembali semula ke sini dalam sekelip mata.
Rakyat Malaysia tidak buta.
Kita melihat dan sedar masalah kebanjiran PATI di negara ini masih GAGAL ditangani oleh Jabatan Imigresen Malaysia, JIM dan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM.
Sampai bilakah PATI akan terus bermaharajalela di negara berdaulat ini? Tiada pihak mampu menjawab soalan itu.
Setuju?
Sebelum ini, saya berpeluang menyertai ratusan operasi membanteras PATI di seluruh pelusuk negara. Dalam entri ini, biar saya kongsikan antara masalah utama mengakibatkan kepincangan menangani kebanjiran pendatang haram di Malaysia, berlaku selama ini.
Mengikut pengamatan saya, berlaku karenah birokrasi di antara JIM dan PDRM dalam melaksanakan tugasan dipikul walhal kedua agensi penguat kuasa kerajaan itu bernaung di bawah kementerian sama, Kementerian Dalam Negeri.
Biar saya huraikan.
Mengikut Akta Polis 1967, PDRM dituntut untuk membantu tugasan semua pihak penguat kuasa lain di Malaysia. Bagaimanapun, sebelum ini, PATI diberkas oleh polis, diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut.
Kini, berbeza.
PATI diberkas oleh polis, berstatus 'Orang Kena Tahan' atau OKT. Rakaman percakapan OKT dibuat oleh polis untuk menyiapkan laporan. Polis kemudian terpaksa mendapatkan PENGESAHAN status OKT itu daripada JIM.
Adakah OKT memiliki rekod keluar masuk di antara dua negara? Adakah dia mempunyai paspot tetapi telah tamat tempoh? Atau adakah OKT terbabit memasuki negara ini secara tidak sah sekaligus tidak mempunyai dokumen perjalanan?
Pengesahan status OKT dikurung di lokap polis selepas ditahan, hanya boleh diperolehi dalam tempoh minima 3 hari bekerja. Harus juga diketahui, komunikasi di antara polis dan JIM, menggunakan surat. Maksudnya, surat dihantar oleh polis menggunakan tangan kepada kakitangan JIM bertugas.
Mengapa?
Untuk tujuan pertuduhan, mahkamah memerlukan pengesahan bercetak bukan secara lisan.
Setelah pengesahan diperolehi, kertas siasatan disiapkan oleh polis kemudian dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, DPP. Jika DPP memutuskan OKT boleh dituduh, dia akan diheret ke mahkamah dan dibicarakan.
Jika didapati bersalah, OKT dijatuhi hukum dan andai sebaliknya, dia dibebaskan.
Jadi apakah masalahnya?
Hemat saya, tempoh 3 hari atau lebih untuk merujuk dan memperoleh pengesahan status OKT daripada JIM, antara faktor melambatkan proses perlaksanaan undang-undang selepas polis menangkap PATI. Fakta, selama tempoh itu, OKT ditahan di lokap polis sekaligus tiada tempat untuk menempatkan OKT kes lain. Contohnya, andai OKT kes jenayah disumbat ke dalam lokap sama, lokap bak sardin pasti akan menarik perhatian pejuang hak asasi manusia.
Sebagai informasi tambahan, lazimnya, pihak berkuasa diberikan tempoh reman 14 hari sebelum PATI didakwa di mahkamah, sama seperti bilangan hari reman untuk menyiasat dan mendakwa kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebagai informasi tambahan, lazimnya, pihak berkuasa diberikan tempoh reman 14 hari sebelum PATI didakwa di mahkamah, sama seperti bilangan hari reman untuk menyiasat dan mendakwa kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Walhal jika kini, polis berpeluang menyerahkan terus PATI ditangkap kepada JIM untuk tindakan undang-undang, birokrasi itu berpeluang dihapuskan.
Dalam erti kata lain, semua OKT dihantar terus ke Depo Tahanan Jabatan Imigresen dan JIM tidak perlu merujuk status OKT kepada jabatan lain untuk tujuan pertuduhan di mahkamah.
Saya percaya, selagi masalah birokrasi belum ditangani, semangat pegawai dan anggota polis untuk membantu JIM menangkap PATI akan menjadi semakin layu.
Daun layu, akhirnya kering berkerepot sebelum gugur ke tanah.
Akibatnya, masalah PATI akan kekal menghantui kehidupan kita di Malaysia dan sekaligus kegagalan JIM dan PDRM dipamerkan kepada rakyat.
Klik di sini.




.jpg)








