Ahad, Mei 06, 2012

DIA LAGI!

Lama saya memerhati dan merakamkan gambarnya dari belakang.


Dari gerak gerinya, saya mengenali dia kerana pernah terserempak dengan warga Kemboja ini di pasar malam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum ini.

Nampaknya dia telah menjumpai lokasi terbaru untuk meraih simpati orang ramai, Pasar Tani berhampiran Up Town D'Kota.

Saya kemudian bergerak dan duduk di kerusi gerai di hadapan lelaki itu dan merakamkan gambar. Melihat saya, dia mula berasa gelisah dan beredar.


"Mari ke sini," pinta saya.

Dia kemudian berjalan dan tercegat di hadapan saya.


"Kita pernah berjumpa sebelum ini, kan?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

Lelaki ini berusia 45 tahun, ayah kepada lima anak dan berasal dari Kemboja. Kini dia menetap di Damansara Damai bersama ramai lagi pengemis senegara.


"Ada passport ke?," tanya saya.

"Saya masuk Malaysia ikut Thailand 3 tahun lalu, passport tidak ada, kosong," balasnya.

Untuk rekod, pendatang tanpa izin itu mula mengemis di pelbagai lokasi, antaranya di pasar malam Keramat dan Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Datang sini jam berapa?," soal saya.

"Pukul 7.30 tadi," balasnya.

"Baik, sekarang pukul 9 pagi. Boleh tolong kira berapa ringgit dapat duit selama satu setengah jam duduk di sini?," ujar saya.


Saya menunggu kurang dua minit sebelum dia bersuara.

"Tujuh puluh dua ringgit termasuk syiling," katanya.

Menurut lelaki itu, lima anaknya kini menetap di Kemboja berusia di antara 6 dan 20 tahun dan dia berkunjung ke Malaysia semata-mata untuk mengemis.


"Mengapa tadi bila meminta sedekah, awak tanggalkan kaki palsu dan sembunyikan?," tanya saya.

"Kalau pakai kaki, nanti orang tidak mahu bagi duit," balasnya.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan Malaysia menawarkan Program Pemutihan 6P kepada warga asing tinggal tanpa izin di negara ini tetapi ternyata dia tidak mendaftar.

"Saya berniaga di Pasar Tani ini, belum tentu berpeluang meraih keuntungan sebanyak itu di antara pukul 5 dan 12 tengahari," sampuk peniaga wanita berdiri berhampiran saya.

"Saya hanya mampu mendapatkan maklumat tepat berhubung pengemis ini. Hendak ditangkap, saya tidak mempunyai kuasa seperti dimiliki oleh polis dan penguat kuasa Jabatan Imigresen," celah saya.


Saya difahamkan, kehadiran warga Kemboja itu di Pasar Tani terbabit tidak disenangi oleh pihak Urus Setia Pasar Tani. 

Biarpun telah diminta beredar, dia dikatakan berdegil sehingga saya tiba.


"Beginilah keadaan kami di sini encik Mazidul. Warga asing secara bebas hadir dan meraih keuntungan walhal kami peniaga berhadapan dilema," ujar Nur Zain Zainal.


Nur Zain, 59 tahun, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Tani, menetap di Seksyen 6.

"Dilema?," soal saya.


"Sebelas tahu lalu kami, peniaga Pasar Tani di Seksyen 7, Kota Damansara diarahkan berpindah ke Kompleks Muhibah di sebelah ini. Saya bergaduh dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri masa itu, Datuk Mokhtar Dahlan.  Kata saya, tidak wajar Datuk sebab peniaga terpaksa berpindah secara tergesa-gesa. Sepatutnya Datuk bagi notis seminggu atau sebulan. Tiga empat bulan pertama, hasil pendapatan peniaga terjejas. Berniaga teruk sangat. Selepas itu Alhamdulillah baik dan sebelas tahun kemudian, selepas berlakunya pertukaran kerajaan (dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat) nasib kami kembali terumbang-ambing sejak Januari lalu sebab terpaksa berpindah keluar di jalan ini," ujar Zain.


"Kami difahamkan, Kompleks Muhibah itu telah dijual kepada individu, saya dengar Cina warga Singapura. Sebelum ini Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyewa kompleks itu dari PKNS dan kami membayar lesen kepaa MBPJ. Apabila telah dijual kepada orang lain maka pemilik pun memasang pagar untuk peniaga Up Town d'Kota. Saya difahamkan Kompleks itu telah dijual dengan harga lebih 4 juta ringgit tetapi menggunakan nama proxy, rakyat tempatan. Saya bercakakp dengan Pengrusi FAMA, Datuk Baddruddin Amiruldin. Datuk inilah rupanya bila orang Melayu berniaga," jelas Zain.

"Siapa proxy?," soal saya.

"Wallahualam," balas bekas komando Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu.

Sejak berpindah keluar dari kompleks, kami berasa amat tidak selesa. Sembilan puluh sembilan peratus peniaga Pasar Tani, Melayu. Hanya ada seorang sahaja peniaga Cina, pejual telur. Apakah sudah terjadi kepada peniaga Melayu?," soalnya.


"Kalau hari panas, matahari mencanak, pukul 9.30 pagi memang sudah tidak ada pelanggan. Lagi satu, saya berniaga nasi lemak, sewaktu di dalam kompleks dahulu, 30 kilogram nasi boleh habis, sekarang ini, 15 kilogram hendak habis pun susah. Haji Saiful Bahari Samuji, biasa berniaga di dalam, boleh menjula sayur dengan nilai di antara 3 dan 4 ribu ringgit sehari, di luar ini seribu lapan ratus ringgit sahaja," jelas peniaga itu lagi.


Saya difahamkan kira-kira 60 peniaga Melayu memasarkan barangan mereka pada setiap hari Ahad.


"Kalau berniaga di dalam, panas, hujan petir pun kita boleh bertahan," tambah Zain lagi.

"Di dalam itu lebih selesa," celah Saiful Bahari.

Kepada semua peniaga Pasar Tani terbabit, hemat saya mudah. Jika berasa sumber pendapatan terjejas, gunakan Pilihan Raya Ke-13 kelak untuk menyuarakan bantahan secara profesional. 

Pastikan wakil rakyat cenderung mendengar dan menyelesaikan masalah masyarakat dipilih.


22 ulasan:

  1. Saya setuju..ni la risiko bila terlalu nakkan perubahan dgn terus membuang yg lama, ambik yg baru, dari cuba memperbaikinya...harpa
    pu akan dtg gunakanla sebaik2nya..

    BalasPadam
  2. perlu direnung difikir diambil tindakan, oleh mereka yg bergaji.
    Kerjaan kaya, tak cukup anggota tambah pegawai, tambah gaji

    BalasPadam
  3. saya pernah call talian Nuur, dala pagar masjidnegeri shahalam ada pengemis, dia jawab akan diambil aduan,,,tengok dua minggu masih ada,,salah satu contoh memalukan

    BalasPadam
  4. Salam bang Mazidul..

    Sama mcm kes kawan saya punya bapa yg bekerja sebagai kastam yg ada menangkap pendtg tanpa izin yg mengemis ditepi2 jalan dn kedai2 makan, dan bila menahan mereka dn srh mereka mengira jumlah wang tersebut (setelah 3jam mengemis), jumlahnya rm67 tidak termasuk dolar singapore yg diterima..bykkkk mmg bykkkk

    Dn utk pengetahuan saya mengenali isteri warga indon tu dn terkejut bila kwn menceritakan yg dia(suami) pengemis, sbbnya rumah dan cara isterinya bergaya mengalahkan kami yg warga malaysia,ermmm isterinya kerja sebagai kemas2 rumah, sehari rm50 rumah setingkat, rumah 2 tgkat rm70...

    Kehidupan pengemis begitu sangat2 selesaaaa...

    BalasPadam
  5. Cabaran untuk orang kita..
    Cabaran bagi mereka peniaga..
    Cabaran bagi pihak berkuasa...
    Cabaran semestinya pemerintah yang berkuasa...

    warna warni ini indah sebab kita kena berdepan semuanya!

    Cukup..cukup sudahh...

    BalasPadam
  6. Banyak isu dalam posting ini.
    1. Sempadan negara Malaysia sudah bocor teruk. Berlambak-lambak pendatang haram masuk dengan bebas. Kerajaan tak buat apa-apa malah memberi peluang pemutihan pula kepada mereka. Tak heranlah jika pendatang haram ini tak hormat rakyat tempatan.

    2. Pendatang haram ini bebas buat apa saja mereka suka tanpa digangu oleh pihak berkuasa. Mereka boleh menjalankan perniagaan, mengemis malah boleh menjadi pengawal keselamatan !

    3. Isu peniaga melayu ditekan di mana-mana pun ada. Lihat contoh di Alamanda, Suria KLCC, Pudu Sentral , Puduraya, Pasar Seni. Errr tempat itu bukan Pakatan Rakyat yang memerintah ok.

    4. Mengikut laporan juga Pasar Seni Kuala Lumpur kini dimiliki oleh syarikat Singapura.

    5. Justru tak adil untuk salahkan PKR/Pakatan Rakyat.

    6. Pada pandangan saya, peniaga Pasar Tani di Seksyen 7, Kota Damansara dan tempat lain di Selangor yang tak berpuas hati dengan PKR, mereka boleh mengadu pada PAS, UMNO, Utusan, TV3. Malah mereka boleh buat demo depan pejabat Menteri Besar Selangor.

    BalasPadam
  7. RM72!! . amboii.. gaji i sehari RM30 je.. dia Rm72 beberapa jam je.. tak aci.. rasa cam nak tukar keje jadi pegemis pula.

    BalasPadam
  8. Lama2 habis tanah Malaysia terjual... di Johor jgn ckp la... aritu pergi ampang setelah lama tidak ke sana, saya terkejut tgk tapak kem tentera sudah terjual dan bakal naik condo mewah... knp semua kem tentera dipindahkn jauh... Jika apa2 hal trjadi di bdr bukan ke jauh .. dipindahkn kerana tapak kem semua nk di'gadaikn' ke? demi nk memenuhkn poket seseorg tanah trgadai... tak kpd org asing atau bangsa asing sudahnya melayu makin ke tepi... kembali la melayu ke zmn british

    BalasPadam
  9. sedih dan takut klu negara kita tergadai

    BalasPadam
  10. Dear En Mazidul and others,
    Saya rasa Islam menggalakkan kita membantu, bersedekah regardless nationality. Saya yakin org sedekahkan pada lelaki cacat itu dengan ikhlas dan penuh belas kasihan dan mulia disisi Allah. Kalau dia tidak layak atau menipu dan dia consciously tahu, itu adalah antara dia dgn Allah. Yang penting, kita tidak boleh memandang rendah sebab dia dari Kemboja. Also, it is not in our position to humiliate anyone and i think your action to ask him to approach you and to count his 'take' was condescending & humiliating and Islam does not approve that. As much as I admire your passion in journalism, I think there is a line within The religion that none of us should cross. Wallahualam.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Nora, dia tidak sepatutnya berada di Malaysia kerana secara jelas melanggar Akta Imigresen 1959/63.

    The law is very clear if incase you respect it.

    Saya akur akan undang undang Allah tetapi pada masa sama negara kita juga mempunyai undang-undang dunia perlu dipatuhi.

    Secara am, in general, tiba-tiba saya terfikir jika PENDEDAHAN ini dikata memalukan lelaki warga Kemboja tinggal di sini secara haram, bagaimanakah pula dengan udang-undang Allah mewajibakan wanita Islam menutup aurat mereka?

    Tidakkah tindakan MENDEDAHKAN aurat itu melanggar ketetapan dalam agama kita?

    Selain undang-undang Islam, undang-undang sivil juga harus diberikan perhatian.

    Begitu juga undang-undang jalanraya ...

    ... else we can always melanggar semua lampu trafik berwarna merah di jalanraya.

    BalasPadam
  13. Pengemis juga perlu bayar cukai la kalau mcm ni. Ni baru 2 jam keje. Kalau keje 8 jam sehari?????..Rakyat Malaysia mudah simpati tidak bertempat. Mudah tertipu. Niat nak tolong orang susah, dapat pahala. Tapi ditipu. Tetapi memang betul ada fakir miskin yang memerlu bantuan tetapi tidak mahu mengemis kerana perbuatan mengemis tidak baik. Sedekahkan duit anda di saluran yang betul.

    Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah shalallahu alaihi wasalam bersabda, “Barangsiapa meminta-minta kepada manusia sementara ia memiliki kemampuan maka ia datang pada hari kiamat dengan bekas cakaran atau garukan di wajahnya”. Ada yang bertanya, “Apakah batas kecukupan itu ya Rasulullah?” Belum berkata, “50 dirham atau emas yang seharga dengan itu.” [Shahih, Abu Dawud 1626, Tirmidzi 650, Nasa'I V/97, Ibnu Majah 1840, Ahmad I/388 & 441, Ad Darimi I/386]

    BalasPadam
  14. Byk komen yang menggunakan perkataan SMTI...diri ini tertanya gak apakah yg dimaksudkan dgn singkatan tersebut?? boleh komen tak?

    BalasPadam
  15. Terbaik lah abg Mazidul, selain undang2 Allah, undang2 negara juga harus dipatuhi demi kesejahteraan masyarakat. asalkan undang2 negara tersebut tidak bercanggah dengan hukum Allah.

    bak kata pepatah, buat baik berpada-pada...

    BalasPadam
  16. salam abang mazidul ...

    saya rasa abang boleh apply utk jadi anggota yg ada kuasa utk membuat tangkapan memandangkan byk jumpe kes2 macam ni ... lebih baik halau mereka semua ni kembali ke negara asal, jangan sampai kita dipijak dan diinjak kelak ....


    terima kasih ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.