Khamis, Mei 31, 2012

GADIS DIRASUK JIN MENCAKAR KARPET SURAU DAN MENGANGKAT BESI PELAPIK LONGKANG MENGGUNAKAN 2 JARI

Pada awal pertemuan saya bersama perawat Kasturi Syifa', memang tidak dapat dinafikan, saya berasa amat segan dan janggal. Mereka kelompok insan berilmu dan bersikap amat merendah diri. Ternyata, usia bukan ukuran ilmu mereka miliki. Sebagai kelompok Al-Hafiz dan memahami kandungan 30 juzuk kita suci Al-Quran, saya amat menghormati mereka biarpun usia saya jauh lebih tua berbanding usia mereka semua.

Saya bertemu sebilangan daripada perawat Kasturi Syifa' pada tanggal 1 Ogos 2011 di pejabat di Mutiara Gombak, Selangor. Bermula dengan Ustaz Aznil dan Ustaz Hafiz, saya kemudian mengenali sahabat mereka, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan lain-lain.

Sebelum itu, saya pernah terserempak kejadian ganjil, seorang gadis dianggarkan berusia awal 20 an dirasuk oleh jin.

Kes itu berlaku sekitar awal tahun 90 an.

Sebaik tamat berdebat di kampus induk, Universiti Institut Teknologi Mara, UiTM, saya dan rakan baik, Hannas Hakmad, bergerak menuju  ke arah surau Asrama Jati, di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Di hadapan kami berjalan beriringan dua pelajar bertudung panjang, berpakaian serba hitam.

Sebaik mereka ingin mengambil wuduk di paip bersebelahan surau, azan Zohor dilaungkan dek bilal kedengaran  kuat di pembesar suara. Tiba-tiba gadis tinggi lampai itu menjerit tidak keruan dan bagai tidak sedarkan diri. Melihat kejadian itu, kami meluru lalu mengangkat gadis terbabit ke dalam surau dan membaringkannya menelentang di atas karpet.

Saya dan Hannas terpinga-pinga, tidak memahami hal berlaku.

Beberapa saat kemudian, gadis terbabit bangun dan memandang ke arah kami berdua dan rakan wanitanya. Renungan matanya kelihatan amat tajam sambil kuku kedua belah tangannya mencakar kasar karpet biru terhampar.

Pada masa sama, kedengaran suara dengusan kuat.

"Kamu tahu tidak? Badan aku sakit sangat! Patung aku kena cucuk! Kena cucuk kuat," katanya.

Tanpa diduga, dia bingkas bangun, meluru ke arah meja rotan bercermin kaca di dalam surau , diangkat dan cuba mengejar dan menghempuk kami berdua menggunakan perabot terbabit. Sebagai pemain ragbi, biarpun bertubuh kurus, Hannas pantas menerpa sekaligus menangkap kedua kaki gadis terbabit.

Dia terjatuh dan terbaring.

"Aduh! Janganlah buat begitu. Buat apa kamu tangkap kaki aku? Aku jatuh, aku sakit," keluh gadis itu.

Berulang kali dia merayu.

Beberapa saat kemudian, sambil duduk dia mula mencakar karpet sekali lagi dan tiba-tiba dia berlari ke luar surau dan berdiri berhampiran pokok besar sambil bercakap dalam bahasa Thailand. Ketika itu kami hanya memerhatikannya dari jarak jauh.

Segala aksi gadis itu kelihatan tidak ubah bak lakonan di dalam drama Melayu. Puas bercakap seorang diri sambil menghadap pokok, dia kemudian berpusing ke arah pintu masuk di belakang surau, memerhatikan kami sedang melihatnya. Perlahan dia membongkokkan tubuh dan pantas mencapai besi penutup longkang berwarna merah, diangkat hanya menggunakan dua jari sahaja dan kembali mengejar kami di dalam surau.

Hannas, kini bertugas sebagai Pengurus ladang kelapa sawit berjaya di Tawau, Sabah, kembali berperanan sebagai pemain ragbi dan gadis itu terjatuh buat kali kedua.

Setiap kali jatuh, dia merayu, kesakitan.

Sewaktu dia cuba bangun, saya, Hannas dan beberapa lagi jemaah lelaki terpaksa menekan kuat  tubuhnya ke lantai namun kekuatan dimiliki gadis itu bukan kepalang.

Kami melambung ditolak ke tepi.

Biarpun peristiwa itu berlaku kira-kira 20 tahun lalu dan jarang saya ceritakan kepada sesiapa, kekuatan dimiliki oleh gadis terbabit terungkai setelah saya bertemu dengan perawat Kasturi Syifa'.

Fakta, jin mempunyai kekuatan 20 kali ganda berbanding tenaga manusia biasa. Pada masa sama sentiasa  mencuba untuk mengelirukan manusia.

Jika pembaca mempunyai kelapangan waktu, sila klik di sini untuk menambahkan ilmu.

Semua sahabat saya pada ketika itu sedang mula memasarkan produk pertama mereka, minyak Kasturi Syifa'. Ibu minyak kasturi sebelum dibotolkan telah dibacakan dengan ayat ayat Syifa', Rukyah dan didoakan lebih 30 kali dengan 30 juzuk Al-Quran.

"Sebenarnya ini satu ikhtiar dalam perubatan Islam. Minyak tidak berkuasa. Segalanya berlaku dengan izin Allah," pesan mereka.

Saya diberitahu, jin tidak sukakan bauan wangi dan tempat bersih.

Dalam satu tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta 666, di Hutan Lipur Ulu Bentul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, secara tidak sengaja, seorang perawat Kasturi Syifa' berjaya merakamkan imej seperti Orang Utan berhampiran TANDAS di kawasan perkelahan itu.


Sila baca laporan lengkap di sini.

Justeru tidak hairan, jika sebelum ini 666 banyak menerima aduan berhubung kes penghuni rumah mendakwa terlihat kelibat atau lintasan bak lembaga hitam menuju ke arah TANDAS di rumah mereka.

Jin gemarkan lokasi kotor.

Sebelum ini saya juga mendapat aduan berhubung kes anak kecil dilaporkan sukar tidur malam. Kata ibu mereka, bayi bagaikan diusik atau seperti diagah entiti tidak kelihatan pada mata kasar.

"Cubalah minyak Kasturi Syifa', ikut arahan seperti tercatat di dalam kotak, dengan izin Allah, keadaan akan menjadi baik," ujar saya.

Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada ibu sama.

"Bang, saya hendak lagi 5 botol," pintanya.

"Kamu hendak buat mandian ke?," gurau saya.

"Bukan, hendak diberikan kepada kawan sebagai hadiah. Alhamdulillah anak saya tidur lena," ujarnya.

Saya yakin minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan ayat ayat Syifa' dan Rukyah serta didoakan dengan bacaan Al-Quran memiliki kelebihan tersendiri.


Blogger, Kak Jee, juga berkongsi pengalaman beliau berhubung minyak Kasturi Syifa', klik di sini.

Jika ingin mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai minyak terbabit dan produk lain, sila ke laman Facebook Ibu Pejabat Kasturi Syifa', klik di sini.

Kasturi Syifa' juga menawarkan perkhidmatan rawatan menggunakan kaedah Islam berhubung masalah gangguan jin. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika berhasrat memberikan sumbangan ikhlas kepada perawat di atas usaha dan bantuan mereka, saya tidak melarang.

Untuk rawatan, sila berhubung dengan Ustaz Musleh di talian 012 298 7900.

Manakala untuk mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa' dengan kadar segera, sila telefon stokis di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Puan. Lin di 012 6277 300.

Untuk rekod, minyak boleh diambil di Kota Damansara atau dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju.

SILA HEBAHKAN

12 ulasan:

  1. SMTI: amboihh.. main cakar2 karpet ye..:))) tq for da info psl minyak Kasturi Syifa.. :)

    BalasPadam
  2. akui rawatan cara islam amat mujarab. adik sy pernah diganggu amat dasyat. wajah berubah menjadi buruk, kulit berair,..muka jsdi besar. Dr pakar hospital terbaik pun x dpt ubati. disuruh guna cara alternatif. kami guna cara Ruqyah.
    alhamulillah dia 'muntahkan' jin tu, dan pulih. saya percaya pd kuasa Allah, & rawatan cara islam.

    BalasPadam
  3. harga sebotol minyak kasturi berapa ye...macammana nak dapatkan bekalan

    BalasPadam
  4. Rawatan guna minyak kasturi...saya tengah menggunakan pada anak kecil saya...dia sangat suka dan tido dia sangat lena (kecuali pada hari dia galak bermain-dia mengigau penat)...malah kita sendiri akan jadi tenang dan tenteram...tido pun tak serabut macam dulu

    BalasPadam
  5. dimana ble sy dptjn rawatan islam ni..sbb sy sering dganggu dgn mimpi aneh n sll skt2 bdn

    BalasPadam
  6. Senangnye orang melayu kena tipu. Boleh terangkan kat saya macam mane nak doakan minyak kasturi 30 kali dengan 30 juzuk al quran? Bukak MP3 siang malam depan botol minyak dalam gudang? Baca 1 kali khatam al quran pun amik masa lama, 30 hari lagi la.

    Hafiz quran buang masa baca quran depan air berhari2 (kalau betul la diorang buat macam ni) dari pada buat benda2 berfaedah yang boleh memanfaatkan manusia. Ini ke benda yang kita nak ajar dekat anak2 kita?

    Saya nak tanye Encik Mazidul, kalau encik ada anak, encik nak tak anak encik jadi tahfiz al quran, lepas tu pergi dekat company minyak jampi ni, and baca quran depan botol minyak siang malam? Kalau orang lain nak jawab boleh jugak.

    Semua ajaran2 minyak jampi ni takde dalam al quran. Ini hanyalah hasil kreativiti manusia untuk buat duit lebih.

    Belajarlah dari kisah Haron Din, pakar perubatan islam tersohor kat malaysia ni. Bila sakit jantung pergi USA berubat dengan doctor mat salleh (yang terang2 kafir). Apa salahnye pergi Institut Jantung Negara? Ada doctor islam, even Mahathir pun pergi sana. Ikut pepatah melayu, ketam mengajar anak anaknye jalan lurus.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum tsyll. ko ni ank sapa ha? cara ko kwb tu jahil sgt. ko nk thu sgt camner minyak tu dbuat pi bri salam & tnye leklok. ramai org blaja jd jurutera, peguam tp keje petani, peniaga. sume ni ikhtiar. x dosa plk tu. ko pnah kne jin ke x? jahil tukay!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.