Selasa, Mei 08, 2012

CEPAT! SIAPA CEPAT DIA DAPAT! STOK TERHAD

"Hari Khamis ini saya akan membawa HF Flexi Truck ke Glenmarie, Shah Alam, Selangor untuk ditunjukkan kepada bakal pembeli. Selepas dipaparkan di blog bro, ramai menghubungi saya termasuk mereka dari Kuala Lumpur dan Johor," ujar Hafiz Mohamed, 40 tahun.

"Alhamdulillah," balas saya.

"Bro, mereka berminat untuk membeli trak ringan ini sebenarnya sudah berniaga seperti western food dan mereka ingin mengubah modus operandi. Daripada menunggu pelanggan datang ke kedai,  lebih baik mereka bergerak, mobile untuk memudahkan pelanggan membeli barangan jualan menggunakan trak ringan," tambah Hafiz.

"Tidakkah mereka mempunyai trak ringan lain sebagai pilihan?," soal saya.

"Memang ada tetapi harga kenderaan sekelas berjenama lain, lebih RM60,000 sedangkan ada model HF Flexi, bersesuaian dengan keperluan peniaga, kami jual dengan harga lebih kurang RM39,000. Pelanggan jimat sekitar RM20,000 tetapi kena cepat sebab kami cuma ada ready stock 30 unit sahaja pada ketika ini. Selepas itu kena tunggu untuk stok berikutnya sampai. InsyaAllah saya sedang merancang untuk membawa satu unit HF ke Johor untuk ditunjukkan kepada mereka berminat," jelasnya lagi.

Hubungi Hafiz di talian 016 475 9633.

Sila baca entri awal, saya nukilkan berhubung HF, klik di sini.

8 ulasan:

  1. lor ingat ada peraduan apa yg blog bro buat hehehehhe

    BalasPadam
  2. teringat masa belum masuk keja tetap nih..berniaga pasar malam..huh memang lumayan..kalau ade rezeki lbh boleh la buat cara nih...thnks info Bro Maz

    BalasPadam
  3. Bagus betul! Dapat sebuah buat berniaga Nasi Lemak best ni :)

    BalasPadam
  4. Suatu idea yang amat bernas. Boleh tak kita cadangkan idea ini kepada pengusaha automobil nasional, Proton untuk mengeluar HF Flexi versi tempatan.

    BalasPadam
  5. Sdr Mazidul,

    Hari ini dan esok ada Program Himpunan Usahawan mikro,kecil & sederhana yang akan dirasmikan oleh YB PM bertempat di perkarangan kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.
    Rasanya sangat sesuai kalau HF Flexi ni 'tonjolkan diri' di sana. Kut ada yg berminat :)

    BalasPadam
  6. Siapa yang berkira kira nak berniaga jangan tunggu lagi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.