Isnin, Ogos 06, 2012

PESAWAT AIR ASIA 'BERHANTU'?

Kejadian kakitangan Air Asia terjun dari pesawat pada 3 Ogos lalu seperti dilaporkan oleh akhbar Kosmo tidak begitu menarik perhatian saya sebelum ini.

Namun saya mengakui tindakan tidak masuk akal itu tentunya membahayakan nyawa 200 penumpang pesawat. Jika saya berada berhampirannya dan dia cuba membuka pintu kecemasan, saya pastikan dia tersungkur, tidak bergerak di lorong antara deretan  kerusi. Seperkara lagi, tindakannya berjaya terjun dari pesawat sedang bergerak untuk naik di Lapangan Terbang Miri itu, secara jelas menunjukkan anak kapal syarikat penerbangan tambang murah bertugas, gagal  mengawal keadaan di dalam kabin dengan baik.

Maklum sahajalah, selama ini, Asia Asia sering menampilkan wajah manis pramugari lemah lembut mereka di papan iklan. Masakan anak kapal sebegitu berupaya menghalang tindakan agresif staf lelaki bekerja di syarikat sama, membuka pintu kecemasan lalu terjun ke landasan.


Kenyataan terkini lelaki  Cina berusia 24 tahun itu, sebelum terjun, dia meminta kebenaran anak kapal untuk turun dari pesawat dinaiki namun tidak dibenarkan.

Kes 'unik' tidak pernah berlaku di negara kita itu menjadi semakin menarik apabila lelaki terbabit mendakwa ternampak kelibat hitam bayangan seperti 'hantu' menakutkannya. Berikutan itu dia sanggup terjun sekaligus meninggalkan teman wanitanya di dalam pesawat kemudian terpaksa diberhentikan.

Sila baca laporan akhbar Kosmo, klik di sini.

Jadi molek benar jika pihak pengurusan Air Asia menawarkan peluang kepada Kru Penyingkap Fakta untuk menjalankan tinjauan terperinci di dalam pesawat terbabit secara percuma. Andai ingin dibayar, cukup dengan 99 sen sahaja, sama seperti sebilangan kos kadar tambang murah kerap ditawarkan kepada penumpang.

Kami akan menunggu undangan itu.

Selama ini, kru kami hanya berpeluang melaksanakan pelbagai tinjauan di lokasi terbuka dan di rumah tinggal sahaja, mengapakah tidak di dalam pesawat Air Asia?

InsyaAllah, jika diizinkan, kami bercadang untuk meninggalkan Kamera Pengesan Pergerakan Infrared di dalam pesawat dan sambil menunggu, kru makan nasi lemak, biarpun tanpa ditemani pramugari ayu.


Lihat satu daripada hasil rakaman kamera terbabit, klik di sini.

Untuk tindakan awal, saya mencadangkan kru kabin bakal menaiki dan bertugas di pesawat sama dibekalkan dengan Minyak Kasturi Syifa', klik di sini.

Itu pun jika dakwaan kakitangan penerbangan itu benar :) bukan sekadar halusinasi.

13 ulasan:

  1. ingatkan dibulan puasa ni hantu syaitan dirantai...atau dia ni hanya berimaginasi?

    BalasPadam
  2. smti..

    mujur tak kena rasuk time pesawat dah di 'atas'.

    BalasPadam
  3. SMTI: Molek benar permintaan tu..:)) Mmg patut diberikan peluang utk kru 666 Penyingkap fakta untuk 'menyingkap' fakta sebenar..:)) *harap apa yg didakwa tu betul.. jgn ko merajuk ngan gf dh ye dik.. serius sgt tak macho kalu merajuk nk terjun kapalterbang..:))

    BalasPadam
  4. As salam...

    'Hantu' ada di mana2 saja..takotnyaaa...
    Betul tu, kalau benar bagai di kata dan tidak mau penumpang jd ketakutan dan akan menjejaskan reputasi AA tu, elok benar panggil krew KPF untuk siasat dan menyingkap...

    Betul, mesti di bekali dgn minyak kasturi syifa, saya sentiasa bawa kemana2..huhuhu

    **tp nak tanya, boleh ke minyak tu bawa masuk dlm tandas? kwn saya kata tak boleh..boleh Mazidul terangkan..

    BalasPadam
  5. serius pelik bila baca krew kapal terobang tu buka pintu kapal terobang nak terjun. nasib bukan kat atas udara, kalau dia bukak kat atas bukan dia je mati, semua org pun boleh tercampak keluar disebabkan tekanan udara. gila betul

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Bole ke pakai minyak kasturi syifa dlm keadaan baju flight attendant dia yg mcm amoi rumah urut...

    BalasPadam
  7. Salam,,,,menarik bro...bro sy cadang kan kru 666 menyiasat sama ada wujud nya aktiviti paranormal di depot bas rapid kl di cheras(bersebelahan jusco)..sbab kenalan saya ada mencerita kisah di sebalik kisah yang pernah terjadi di dalam depot tu..sy pernah servis bas waktu malam hari di situ dan merasai ada sesuatu memerhati kan saya dan tiba tiba meremang bulu roma saya..di percayai wujud kemunculan wanita tua yang sering berlegar legar di kawasan depot itu terutama nya di lwt malam..seelok nya jika ingin merasai kehadiran nya sesuai pada waktu 2,3 pagi..dan satu lagi kisah kwn sy ada cakap di tempat parking lori di plaza tol seafield shah alam ada aktvt plcuran yang menyasar kan pemandu pemandu lori sbgai pelanggan...ia nya jarang2 ada tp bila bernasib baik kita akan jmpe khusus nya di larut malam...wallahualam,,,

    BalasPadam
  8. SMTI -
    Bro
    Dalam pesawat ada hantu?
    Camana boleh lepas?
    hantu tu ada tiket tak?
    Ada passport tak?
    Dia beli tiket secara on-line ke atau di kaunter?
    Tempat duduk nombor berapa?
    Apasal dia kacau yang lelaki, kan hantu selalu kacau perempuan je? Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikatt...
    Kapalterbang itu pernah terbang di Segitiga Bermuda ke?
    Peramugari tak takut pun...

    BalasPadam
  9. teringat kenangan naik flight airasia dari kl ke sandakan 2 jam 40 minit.

    baby cina masih kecil dlm bulan2 umo elok2 je diam di riba neneknya.

    tp sebaik sahaja masuk dlm kapal dan belum sempat duduk, baby tu menangis dgn kuat tak bhenti dan lama. datuknya dah hilang sabar, marah2 baby tu dlm bahasa cina.

    sy terdengar perbualan pramugara n pramugari...ayat terakhir seorg pramugara tu "ada hantu kut dlm kapal ni"

    last-last2 baby tu senyap stelah penat dan tertidur. kesian dia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.