Khamis, Ogos 30, 2012

SIANG DI PADANG MALAM DI RANJANG (PENDEDAHAN EKSKLUSIF!) RATED 18 SX

Saya bukan pemain golf, mungkin kerana hati masih belum terbuka untuk terbabit dalam sukan ekskusif itu. Namun itu tidak bermaksud saya tidak bercampur gaul bersama pemain golf.

"Kebanyakkan pemain golf, businessman. Sekali main, green fees di antara RM200 dan RM300 ringgit. Kalau di kelab golf awam, bayaran lebih murah sedikit, kurang RM100 pun ada," ujar 'Izam', 39 tahun.

Izam, bukan nama sebenar, bekas kedi di kelab golf.

"Berapa ramai kedi tempatan di kelab ini?," tanya saya kepada rakannya, 'Halim'.

"Dahulu ada beberapa orang, sekarang tiada. Kedi  tempatan tidak suka terikat, mereka gemar dibayar gaji harian. Masalahnya, kekadang bila kelab memerlukan kedi, mereka tidak datang. Kedi Indonesia lebih mudah mengikut jadual ditetapkan oleh kelab. Mereka mula bertugas di negara kita, saya anggarkan lebih 15 tahun lalu," balas lelaki berusia 46 tahun itu. 

Justeru itu, banyak kelab golf di Malaysia, kini lebih cenderung menggajikan kedi gadis Indonesia. Bilangan mereka di antara 40 dan 120 orang di sesebuah kelab, dilaporkan memasuki Malaysia menggunakan visa sektor perkhidmatan.

"Kedi gadis Indonesia, di kelab golf saya bekerja dahulu pernah ditangkap mengadakan hubungan seks bersama pasangannya, lelaki Bangladesh di bumbung asrama mereka diami. Visual dirakamkan oleh kamera litar tertutup. Apabila pihak pengurusan kelab mengetahui kes itu, dia dibuang kerja dan kini bertugas di kelab golf berhampiran," kata Izam.

Saya perhatikan, kedi gadis Indonesia bertugas memakai seluar dan baju ketat.  

"Memang kehendak mereka begitu. Sewaktu mengukur pakaian seragam di kedai tukang jahit mereka meminta agar seluar diketatkan. Tukang jahit tidak akan mempersetujui permintaan itu kerana mengikut peraturan ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab tetapi kedi terbabit akan mengecilkan saiz seluar di tempat lain. Biar kelihatan sendat," ujar Halim. 

Berikut antara contoh seluar kedi berasal dari Indonesia.


Fakta, gadis berpakaian seperti di atas mengiringi pemain golf selama kira-kira lebih empat jam untuk bermain 18 lubang atau lebih kurang dua jam lima belas minit untuk menghabiskan 9 lubang.


"Kalau di Indonesia, kedi gadis Sunda lebih menawan, mereka campuran darah Portugis. Tidak hairan kalau kawan saya, bukan kaya sangat pun  sanggup berulang-alik ke  Jakarta, purata dua kali sebulan. Di sana, kos bermain golf lebih murah. Sekali main (golf) di sini, sama harga dua kali bermain di sana. Lagi pun skirt mereka singkat, boleh mencuci mata. Terdapat kelab golf di Indonesia, selepas bermain sembilan lubang, kita boleh berhenti sekejap. Masuk ke bilik bersama kedi, mengadakan hubungan seks sebelum menyambung bermain untuk sembilan lubang berikutnya. Bayaran? Tidak mahal, sekitar 500,000 Rupiah atau kira-kira RM180 duit kita," ujar rakan pemain golf, 'Rozi', saya hubungi melalui telefon petang semalam.


Gambar di atas hanya sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kegiatan sumbang kedi warga asing.

Namun perhatikan baju dipakai oleh kedi itu, ketat sekaligus menonjolkan buah dada bulat. 

Mengapakah harus begitu? Mereka bukan model, pakaian seharusnya longgar dan selesa.

Mungkin buah dada bulat dipamerkan oleh kedi itu dianggap pembakar semangat pemain golf berjuang di padang, kekadang berjudi secara terbuka untuk merebut kejuaraan. 

"Sebilangan pemain golf tidak terlalu berkisah samada kedi gadis cantik atau tidak namun sukar dinafikan memang ada pemain memilih dan book kedi kegemaran mereka. Manakala pemain golf golongan veteran suka bermain di kelab golf di pinggir bandar atau di lokasi terpencil kerana kegiatan mereka bersama kedi sukar dikesan. Sebilangan kedi Indonesia sanggup dibawa keluar selepas waktu kerja untuk perkhidmatan seks. Bayaran boleh dirundingkan dengan gadis itu sendiri," jelas Halim.

Sebelum ini, 26 kedi gadis Indonesia diberkas penguat kuasa Jabatan Imigresen di Kulai, Johor diketuai oleh Mohd Nakhafi Hasan. Selain membantu pemain membawa set golf menggunakan buggy dan memberikan tips bermain golf,  mereka didapati menawarkan perkhidmatan seks pada waktu malam  kepada pemain golf.

Ringkasnya, siang di padang, malam di ranjang.

Operasi dijalankan pada jam 8 pagi, kedi ditahan berusia di antara 21 dan 46 tahun. Empat daripada mereka memiliki permit kerja palsu dan selebihnya bekerja menggunakan pas lawatan sosial, sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63.

"Berapakah gaji kedi Indonesia?," soal saya kepada Halim.

"Gaji pokok mereka di antara RM600 dan RM650 tetapi andai kualiti perkhidmatan diberikan bagus, mereka diberikan tips mengikut kemurahan hati pemain. Dianggarkan dalam tempoh sebulan, mereka boleh meraih kira-kira RM2,000," ujar bekas penjaga kedi rakyat asing itu.

Saya pernah berpeluang duduk bersama beberapa warga tempatan di kelab golf di pinggir Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Difahamkan, mereka bertugas untuk Kementerian Belia dan Sukan, untuk mengendalikan kursus melatih beberapa kumpulan remaja tempatan menjadi kedi profesional agar dapat bertugas di kelab golf di negara kita.

Barangkali kerajaan menyedari kesan lambakan kedi warga asing kini bak 'menawan' banyak kelab golf di Malaysia. 

Namun saya tidak berasa sedikit hairan jika projek dirancang itu kecundang. Kedi lelaki dan perempuan rakyat tempatan pasti tidak mampu menawarkan perkhidmatan 'ekstra' berbanding servis ditawarkan oleh sebilangan gadis asing.

Saya percaya, sebilangan pemain golf tidak berasa selesa sekiranya kelibat mereka diringi oleh kedi gadis Indonesia di padang golf dirakamkan  menggunakan kamera. Mungkin selama ini  isteri di rumah menganggap kedi suami mereka, lelaki.

"Jangan sesekali terbabit jatuh cinta dengan kedi Indonesia, tersilap langkah telinga kita ditarik dek mereka. Saya lama  berpengalaman menjaga kedi warga asing. Mereka perlu dilayan sebagai pembantu rumah, tidak boleh terlalu dimanjakan. Tersilap langkah, terpikat kita dengan pujuk rayu mereka," luah Halim.

"Teman wanita awak sekarang kedi berusia berapa tahun?," tanya  saya.

Soalan itu saya lontarkan secara rambang sekadar menduga.

"Hampir 30 tahun tetapi kelihatan seperti 20 an," jawabnya sambil tersenyum.

Saya tidak hairan.

"Beberapa orang kenamaan, berpangkat besar terjebak membela kedi Indonesia, kedi mendiami unit kondominium  disewakan sekaligus kos kehidupan mereka dibiayai. Duit mempunyai kuasa tersendiri. Adakah isteri mereka tahu? Tentunya tidak. Pandai makan, pandai simpan. Isteri cuma tahu, suami mereka bermain golf. Cuba bertanya pekerja di kelab golf, pelbagai rahsia mereka mampu kongsikan. Kalau didedahkan, pasti ramai berasa panik. Kalau kita tengok, sebelum ini, isteri gusar jika suami mereka dipikat oleh orang gaji muda bergetah, berasal dari Indonesia. Kini tanpa disedari suami mereka, jika tidak tebal iman mampu tersadai dikerjakan dek kedi bijak menggoda di padang golf. Pernah dimaklumkan kepada saya, kedi di kelab gold di Negeri Sembilan, mampu memiliki kereta, hairan," dakwa Izam.

Untuk rekod, Izam berpengalaman bertugas di kelab golf  terkemuka hampir 20 tahun sebelum mengubah angin bertugas dalam bidang berbeza. 

"Pernah ada kes, buah dada kedi gadis tempatan diramas oleh pemain golf. Gadis Melayu itu mengadu kepada saya dan menceritakan kisah kejadian sebenar. Dia kemudian dibayar RM10,000 untuk menutup mulut agar tidak membuat laporan polis. Selepas itu dia diberhentikan kerja," terang Izam.

Tidak disangka,  pelbagai kejadian tidak diduga berlaku di kelab sukan ekskludif, biarpun bukan semua.

Saya percaya, ramai pemain golf  berstatus 'tuan haji'  tidak mudah tersungkur dengan godaan dunia di padang golf tetapi lazimnya kini mereka tidak mempunyai pilihan selain bercampur gaul dengan kedi gadis Indonesia.  

"Pak cik saya berkahwin dengan kedi Indonesia sedangkan pada ketika itu tanah kubur arwah isterinya masih lagi merah," keluh Izam, kesal.

"Tetapi kalau kedi itu dinikahi secara sah, apakah salahnya?," celah Halim.

Biarlah pembaca berstatus isteri melontarkan komen mereka di ruang komen entri ini berhubung soalan dikemukakan oleh Halim.

Bagaimana?

12 ulasan:

  1. Patutla ramai pemimpin parti politik kaler hijau tiap2 bulan terbang pi sana..rupanya ada banyak servis.. bang mazidul mohon pautkan skali blog tak seberapa saya ke bloglist abg.. www.medantempurkedah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. SMTI: Ikatan tu mmg tak salah En.Halim oii.. cuma cara tu yg tak kena..! Menikahi gadis kedi pd usia tanah kubur isteri tu masih merah. Aper dh hilang kewarasan ke? Dah tak boleh tunggu sikit masa lg..?? Ish..

    Saya kira kalau beginilah fenomena yg berlaku di kelab-kelab golf.. ia saling tak ubah sperti 'rumah urut' kelas atasan. So para isteri dah boleh mula belajar bermain golf mulai hari ini.. senang nk join suami bermain lps ni.. atau maybe kita pun boleh jadi 'kedi' :)

    BalasPadam
  3. alamak muka kedi tu mcm makcik cleaner kat tempat aku je... potong stim betul huhuhu

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. quote:
    "Pernah ada kes, buah dada kedi gadis tempatan diramas oleh pemain golf. Gadis Melayu itu mengadu kepada saya dan menceritakan kisah kejadian sebenar. Dia kemudian dibayar RM10,000 untuk menutup mulut agar tidak membuat laporan polis.

    ~> bagus jugak bukak bisness mcm ni zaman skarang.. 20 kali ramas.. 200 ribu... xgitu..?

    kpd sesiapa ada kelapangan..
    jemput dtg/singgah ke butik saya..
    "Butik Ramasan Quicky"..

    BalasPadam
  5. Nipisnya la iman dgn indon2 muka macik cleaner pun bole fall ... saya tau yg jd kedi2 ni takkan la rupa mcm pelakon2 sinetron ... jauh sekali and yet lelaki2 Malaysia bole tersungkur di kaki mereka... bygkn berapa org kerat je lelaki Malaysia baik yg tinggal kalau ada yg buat hubungan dgn kedi, maid, GRO, pelacur, teman sepejabat dll...

    BalasPadam
  6. Patut ramai main bola tk masuk lobang..!!

    BalasPadam
  7. best betul malaysia,macam2 ada...nak negro ada,nak indon ada,nak pakistan ada...pendek kata semua ada...One World..

    BalasPadam
  8. baca cerita berikut supaya kita boleh tahu apa tujuan kita hidup didunia ini
    http://ceriatech.wordpress.com/2012/07/21/dialog-nabi-muhammad-dengan-iblis/

    BalasPadam
  9. Smti-adoi...kena tembak tepat kat batang hidung kali ni.........

    BalasPadam
  10. Sala, eidulfitri bro MAZ..hehehe..sye bley dak bg komen?bukan berstatus isteri ni..hehe.bg saya mudah saja,HUBUNGAN antara SUAMI& ISTERI,hanya termaktub d atas sekeping KERTAS yg xbernyawa...lebih dberi ijin nikah ajer ngan kedi,dri trus bergelumang maksiat,betoi dak...?para isteri,sila jgn marah saya..bro,ada lagi kes yg kita ckp dulu2 kat apot ni.bilalah p0mpuan kita nak insaf entah..(lari topik sket)

    BalasPadam
  11. Perlu diingat.. Perempuan2 dan lelaki2 indon yang datang merantau ke negara kita bukan datang dengan tangan kosong.. Dorang datang dengan ilmu di dada.. Kalau yang perempuan datang dengan ilmu menundukkan lelaki.. Berapa ramai lelaki Malaysia yang jatuh tersungkur di kaki indon2 nie.. Dorang bukan jer goda lelaki tapi dorang jugak kuat mandrem.. Skali dah kena hembus dengan dorang nie takkan terlepas punya.. Benda nie berdasarkan pengalaman saya dan suami sendiri...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.