Jumaat, Ogos 24, 2012

TINDAKAN MYANMAR MABUK SUDAH MELAMPAU! JANGAN KITA TERUS MEMBISU


Tengahari semalam, saya bertemu pekerja gerai warga Myanmar di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.



"Memang orang Myanmar kalau mabuk suka bergaduh ke?," soal saya.

Saya merujuk kes pergaduhan besar di antara warga Myanmar dan Melayu di Puchong, Selangor, klik di sini.

"Di Puchong ramai orang kaum Yakai. Mereka tinggal di barat Myanmar dan kebanyakkan bekerja sebagai nelayan. Memang perangai mereka seperti itu. Jika seorang bergaduh, dia akan panggil kawan datang sekali," ujarnya.

Dalam kes di Puchong, saya merasakan tindakan rakan senegaranya keterlaluan.

"Dia orang pecahkan meja dan kerusi restoran, pukul penduduk Melayu sampai tengkuk dan tangan patah, kepala retak. Berani sungguh!," jelas saya.

"Orang Melayu pun berani. Saya orang Burma, datang ke sini untuk mencari makan. Kalau saya buat salah, saya mesti minta maaf," balasnya.

Dia beragama Buddha.

Klik di sini, untuk membaca fakta berhubung Myanmar atau Burma.

Sebelum ini rakyat Myanmar mabuk turut mencetuskan masalah di kawasan saya tinggal.


9 April lalu, lelaki Myanmar di atas selamba kencing di tangga apartmen, klik di sini untuk membaca laporan saya.


Manakala pada 11 Ogos lalu, beberapa lelaki Myanmar bergaduh di rumah sewa mereka akibat berada di bawah pengaruh alkohol murah, klik di sini.

Ternyata, sebilangan warga Myanmar bertukar menjadi ganas dalam keadaan mabuk dan kini semakin berani menunjukkan taring kepada masyarakat tempatan kurang berpuas hati dengan tindak tanduk mereka itu.

Namun sebagai warga Malaysia, kita berhak mempertahankan hak kita dan menyatakan bangkangan.

Apapun berhati-hatilah jika tidak ingin menjadi mangsa mereka.

Semalam saya terserempak dengan warga Nigeria menjual beberapa barangan, saya percaya dibeli dari kedai jualan borong di Chow Kit.


Sebelum dia mendekati pasangan di atas, lelaki terbabit menghampiri saya. 

"Hey! Big boss!," sapanya.

Saya tidak pernah menjadi majikan kepada lelaki itu.

"According to Malaysian Immigration Act 1959/63, you're not permitted to work in this country, so go away!," kata saya.

Saya hanya menyatakan fakta, tidak lebih daripada itu.


Kita tidak akan berpeluang berperlakuan sebegitu jika bermastautin di Lagos, Nigeria.


Dia kemudian pantas memasukkan barangan dijaja ke dalam beg sebelum beredar secara tergesa-gesa. Lazimnya mereka bersifat provokatif  tetapi entah mengapa kali itu, dia akur dengan gesaan saya.


Jika diperhatikan, di kalangan ahli totok parti politik, mereka berani tampil menyatakan pendirian berhubung sokongan tanpa berbelah bahagi.  

Sebilangan lain tidak langsung canggung berdemonstrasi di jalanan dan mencetuskan huru-hara sehingga mencederakan pihak berkuasa kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia dan meluahkan ketidakpuasan hati mengenai pelbagai isu. 

Malang sekali jika kita tidak berani berdiri, meluahkan bantahan terhadap tingkah laku warga asing di negara sendiri!

NOTA

Jika pembaca berhadapan dengan masalah ditimbulkan oleh warga asing, sila kongsikan di sini.

10 ulasan:

  1. Saya pernah mengalami kejadian yang sama. Saya tinggal berdekatan Kg Melayu Subang. Rata-rata kawasan itu memang di monopoli warga asing yang bukan sahaja bermastautin di situ malah ada yang berniaga dan membuka kedai. Di ganggu warga asing sudah selalu sangat menyebabkan saya ketakutan ingin membeli barang di kedai. Baru2 ini saya ke Giant Kota damansara sehari sebelum raya, golongan mereka ini bebas membeli belah di sana tanpa rasa takut malah memotong barisan dan membuat bising seolah2 pesta membeli belah pula. Entahlah bukan prejudis sesama manusia tetapi tindak tanduk mereka amat2 menakutkan saya. Kadang kala saya rasa seolah2 terperangkap dalam negara sendiri.

    BalasPadam
  2. ala... bro..
    biarkan je la....
    xbaik.. berdosa...
    malah berdosa besar..

    depa nak mabuk...
    nak bergaduh.. nak pukul memukul..
    nak samun.. nak rompak..
    malah nak rogol anak bini skali pun.. biarkan je la..
    amat xbaik...
    berbalah sesama manusia ni..
    kita kan berbangsa melayu...
    penuh dgn adat budaya lemah lembut..sopan satun..
    biarkan je la..
    kata org kedah..
    "biaq pi kat depa lah"..

    [perli je tu.]

    BalasPadam
  3. kenapa pihak yang berkenaan tidak menggambil tindakan kepada mereka ini..hantar balik mereka ini ke negara asal selesai masalah...

    BalasPadam
  4. smti..

    melampau!
    dah tiba masanya Kerajaan kita kurangkan bilangan puak2 asing ni..hantar balik dan claim kos dari kerajaan depa..

    bukannya makin elok.. tapi makin menjadi2 pulak depa ni...

    BalasPadam
  5. smti...bg saya ahli politik pak.menteri ramai yg pandai berkata2...kita ada undang2 ada jabatan yg berkaitan utk menangani permasalahan ini tetapi mereka hanya sekadar menjawab persoalan yg diajukan wartawan tatkala isu panas tersebut timbul..tindakan??tiada...warga asing semakin kurang ajar dan bebas...

    BalasPadam
  6. Kpd Saudara Imran Syaref:
    Kpd pembaca blog ini:

    Utk pengetahuan saudara, pihak Imigresen dan KDN telah pun menjalankan peranan yang saya fikirkan baik dalam usaha menangani kebanjiran pendatang asing ini.

    Antaranya :
    1. Semasa program 6P tiada lagi kelulusan yang diberikan secara terus kepada syarikat Pembekal Pekerja asing untuk menggajikan pekerja asing hingga tamat program 6P

    2. Imigresen telah melancarkan operasi besar2an untk menangkap PATI selepas program 6P.

    3. Syarikat Outsourcing tidak lagi diberikan kelulusan untuk menggajikan pekerja asing. Kerana mulai tahun ini, hanya Syarikat yg memerlukan pekerja asing sahaja dibenarkan memohon menggaji pekerja asing atas pengurusan dan profil syarikat yang memohon sahaja.

    4. Di kilang tempat saya bekerja, walaupun keperluan tenaga kerja kami agak kritikal, Pihak JTK hanya membenarkan sejumlah pekerja asing yg sedikit sahaja untuk digajikan.

    5. Semasa sesi interview bersama KDN juga, rata2 saya lihat merungut kerana kelulusan yang sangat terhad untuk menggajikan pekerja asing.

    Perkara ini saya lihat sebagai pendekatan yang baik dalam usaha mengurangkan kebanjiran pendatang asing di negara kita.

    Pada masa yang sama, saya menyeru kepada pemuda-pemudi tempatan utk lebih berminat mencari pekerjaan di kilang-kilang sebagai contoh di Pulau Indah dan sebagainya.

    Pihak kilang tidak akan mengambil pekerja asing jika bukan kerana kekurangan tenaga kerja tempatan.

    Sikap anak2 tempatan juga perlu di ubah. Jika sekadar ada PMR dan SPM, jgnlah berharap untuk mendapat gaji yang tinggi dan beban kerja yang rendah.

    Sikap inilah yang saya lihat sebagai punca utama ramai pekerja tempatan berhenti kerja kerana menganggap kerja yang diberikan terlalu susah.

    Majikan juga perlu berusaha sedaya upaya untuk menarik minat pekerja tempatan untuk terus bekerja di syarikat anda.

    Sekian, jika ada tersilap kata, saya mohon maaf.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    BalasPadam
  7. Syabas KDN! Boleh import lagi diaorang nih... pakat mai sini, mai mai mai... lai lai lai...

    BalasPadam
  8. Minta tolong saudara Mazidul cover story pasal warga Iran atau 'timur tengah' yang banyak di Malaysia. Kalau pergi di Bukit Bintang, Mont Kiara, Sir Hartamas dan Ampang banyak restoran atau penempatan mereka di sana. Dah banyak kes kita lihat warga Iran atau 'timur tengah' nie bawa masuk DADAH atau MEMPROSES DADAH!! Kes tipu passport (permit) dan macam2 lagi. Saya cadangkan program "Malaysia My Second Home" patut dikaji semula atau dihapuskan!!. Minta tolong sangat2 saudara Mazidul bangkitkan perkara ini!!!

    BalasPadam
  9. sya baru bertumbuk dengan warga myanmar. mereka ni sebilangan kecil suka memulakan sengketa. menimbulkan perasaan kurang senang kepada penduduk tempatan. bila kita memberi reaksi, mereka akan dengan sengaja mencetuskan suasana riuh. yang ajaibnya, perangai mereka, bila sudah mengetahui yg kita bukan penakut, mereka akan mengalah dan mengatakan yang mereka cuba mencuba tindak balas kita. sungguh pelik. bagi warga tempatan, seeloknya pelajari serba sedikit seni mpertahankan diri setidak-tidaknya dapat kita gunakan di waktu kecemasan. cuma pandangan peribadi saya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.