Ahad, Ogos 05, 2012

KASUT BUNDLE UNTUK HARI RAYA

Menjelang 1 Syawal 1433 Hijrah, Up Town D'Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, dibanjiri orang ramai.


Biarpun penat berjalan, hati saya tiba-tiba terpanggil untuk singgah di gerai menjual kasut terpakai, The Great Bundle. 


Tanpa disangka, gerai terbabit milik kenalan, Zainal Maarop, 46 tahun.

"Kedai saya di Sungai Penchala, terletak berhampiran masjid. Kasut di sini telah dipilih, jadi berkualiti dan masih elok," jelas Zainal.


"Abang, cubalah dahulu," ujar pekerja, EJ.


Sebenarnya sebelum ini saya tidak pernah membeli kasut terpakai namun malam tadi saya mengubah fikiran.

"Kaki saya besar, bersaiz dua belas," ujar saya.

Saya kemudian mencapai kasut berjenama Timberland.


Dipakai, selesa dan kelihatan seperti masih baru.

EJ kemudian membersihkan kasut itu.


"Kalau di kedai, harga kasut baru seperti ini barangkali mencecah di antara RM500 dan RM600," celah Zainal.

Saya kemudian membeli kasut itu.

Selain menjual kasut lelaki, kasut untuk wanita juga dijual dengan harga berpatutan.


Jika ingin melihat dan membeli  pelbagai jenis kasut dijual oleh rakan saya itu, sila hubungi EJ melalui talian 012 435 4234.

8 ulasan:

  1. Cantik kasut yang En Mazidul beli tu...elok sgt utk beraya...kadang2 kasut atau baju bundle pun memang masih elok utk dipakai jika kita pandai memilih semasa membelinya.

    BalasPadam
  2. smti..

    cik Mazidul pun pakai kasut bundle.. apa lagi kengkawan yang lain.. ayuh ikut jejak langkah cik Mazidul..

    cayalah!

    *sayangnya kat tempat saya ni cuma ada kedai bundle baju & seluar saja... :(

    BalasPadam
  3. Saya merasa bangga kerana dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan2 saya lagi2 kepada abg Mazidul sendiri.. Sambil dapat juga berkongsi pengetahuan berkenaan barangan2 yang mempunyai nilai yang tersendiri.. Thanks bro.. Zippo rare.. Terbaik!!!

    BalasPadam
  4. malam karang sy trus trun uptown cr "the great" bundle.memang mncari ni kasut tuk raya dgn utk kje.lebey murah dr hr biasa bkn perayaan.

    BalasPadam
  5. agaknya kasut bundle ni dari mana yer.. saya selalu skeptikal, takut2 kasut yg dicuri tp dijual sbg bundle..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.