Khamis, November 29, 2012

LELAKI INDONESIA UGUT SISWAZAH KELANTAN

Saya percaya kejadian berlaku buat pertama kali di Malaysia.

Lelaki dari Jambi, Indonesia, mengugut siswazah Universiti Malaysia Sarawak, Unimas berasal dari Kelantan, di tengah kawasan lapang menggunakan pisau hanya kerana ingin dihantar pulang ke negara asal.


Dia dilaporkan memasuki negara ini Sabtu lalu dan tertekan akibat majikan tidak membenarkannya pulang berikutan kes keluarganya diugut dek ah long di Indonesia.

Sungguh pelik.

Lelaki Indonesia itu barangkali berfikir, sebaik diberkas oleh polis, dia kemudian akan dihantar terus pulang ke negaranya. Pastinya suspek berusia 30 tahun itu tidak mengetahui Malaysia mempunyai undang-undang termaktub mengikut Kanun Keseksaan. Suspek ditahan, disiasat dan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 506, melakukan ugutan jenayah, dia akan meringkuk di dalam penjara.


Kes ini satu lagi contoh tipikal bahawa warga Indonesia ternyata memandang remeh undang-undang Malaysia. 

Jika terdesak untuk pulang ke Indonesia, berambus! Jangan menyusahkan rakyat negara ini. Itu pun media belum lagi memaparkan fakta samada suspek memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja atau tidak.

Bagaimanakah suspek boleh berada di lokasi kejadian? Adakah kes itu bermakna keselamatan penuntut universiti itu tidak terjamin? 

Statistik Jabatan Imigresen Sarawak, tahun lalu mencatatkan lebih 21,000 pendatang tanpa izin, PATI berdaftar sempena program 6P di Sarawak.

Klik di sini untuk membaca laporan lengkap. 

Berita dan gambar dimuatkan di entri ini dipetik daripada laporan akhbar Kosmo, klik di sini.

6 ulasan:

  1. ada2 je Indon ni.. bilele nak repect undang2 negara kita..pandai datang pandai le balik sendiri..

    http://alamsoccer.blogspot.com/2012/11/aff-suzuki-cup-malaysia-vs-laos-4-1.html

    BalasPadam
  2. kesiannya awek tu, nasib takde apa2 kemalangan jiwa berlaku. jom kita berdemo di depan kedutaan indon

    btw jom join contest kat sini dan menangi pen drive 8gb/16gb, sangat mudah dan senang

    BalasPadam
  3. Pelik sangat, sebab bagaimana lelaki ini boleh masuk ke kawasan kolej. Adakah beliau bekerja di sana.

    BalasPadam
  4. SMTI - Depa ni tak malu betul, dah lah tak pandai sangat, lepas tu tak hormat pula pada undang-undang negara orang. Dah hantar balik tu karang, mesti buat cerita pasal Malaysia itulah inilah. Kurang ajar pembawa penyakit.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.