Isnin, Mac 18, 2013

ADAKAH KEBETULAN? 40 ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF ZAKAT DI RABH BERNAMA BERMULA DENGAN 'MOHD' ATAU 'MUHAMMAD'?

Ridwan Alisabi, berasal dari Aceh, Indonesia, suami kepada pengurus Rumah Amal Buah Hatiku, RABH, pernah saya kunjungi sebelum ini, di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Klik di sini untuk ke akuan Facebook milik Ridwan.

'Abuya' merujuk kepada nama jolokan bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam, Haji Ashaari Muhammad,. Al-Arqam diharamkan mengikut fatwa dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Agama Islam kali ke-34 pada tahun 1994.

Sila rujuk di sini.



Sila rujuk informasi dikongsikan oleh Faris Nash, di ruang komen entri terdahulu, klik di sini.

Sewaktu kunjungan ke rumah amal terbabit, klik di sini, saya melihat banting digantung di dinding hadapan bangunan menempatkan 26 anak kecil.


Berikut nama penuh kanak-kanak didakwa berstatus anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat oleh pengendali rumah amal itu.


Semua nama kanak-kanak lelaki bermula dengan 'Mohd' atau 'Muhammad'.


Adakah hanya satu kebetulan 40 ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan ASNAF ZAKAT ditempatkan di RABH bernama bermula dengan MOHD atau MUHAMMAD?

Anak siapakah mereka ini sebenarnya?


Adakah keluarga mereka sememangnya miskin atau sudah meninggal dunia kerana sebilangan  anak kecil, penghuni RABH didakwa berstatus ANAK YATIM?

Sebilangan pembaca mungkin berpendapat, mengapakah perlu dibangkitkan isu ini jika ingin bersedekah? Allah tetapi memberikan pahala kepada mereka menderma selagi bersikap ikhlas.

Kenyataan itu tentunya benar. 

Namun pada masa sama, masyarakat harus dimaklumkan fakta sebenar berhubung identiti pengendali rumah AMAL dan penghuni premis itu.


9 ulasan:

  1. Salam,

    Baru nak plan buat sumbangan ke tempat ni, tp nmpknya tangguh dulu la. Btw, kalu anak dia 14 org, kenapa nama anak2 pun masuk dlm senarai yang tinggal di tempat tu?

    BalasPadam
  2. ada 2 budak nama bapanya ridwan. ridwan ni pengurus yang sam tu ke? kenapa nak mention anak yatim?

    btw kalau tak mampu, tak perlula kahwin banyak, sehingga akhirnya tak mampu nak sediakan tempat tinggal dan keperluan wajib lain.

    BalasPadam
  3. menarik info ni..nak tahu jugak apa komen pengurus..

    BalasPadam
  4. Saya ada membela dua ekor kucing - Monyet dan Muezza. Muezza ini di beritakan ialah nama kucing Rasulullah s.a.w dan nama ini saya ambil untuk meraikan baginda dan kucingnya. (Yang si Monyet pula tidak ada kaitan dengan Rasullah s.a.w melainkan nama di berikan sebab kegemarannya memanjat pokok seperti monyet ha ha.)

    Dalam hal Rumah Amal ini meraikan nama Rasulullah pula pada saya agak meragukan. Sebenarnya bukan "agak" meragukan tetapi "sangat meragukan"

    Ada 2 perkara yang menimbulkan keraguan saya.

    1) Pengunaan Nama Muhamamd itu sendiri.

    Perkataan Muhammad sebagai nama atau pangkal nama mempunyai banyak variannya

    Mohd Mohamad Mohammad Mohamed Mohammed Muhd Muhammad Muhammed Muhammed Muhamed Muhammed Muhamed, Muhammet Muhamet
    Mehmet, Mahamad, Mahammad dan beberapa lagi.

    Tapi yang paling menarik ialah varian orang Melayu yakni "MAT" Ringkas sebutannya, minimalist huruf dan pantas di tutur.

    Perhatikan :

    Senarai Nama 1 semuanya menggunakan varian "MOHD"

    Senarai nama 2 semuanya mengunakan varian "Muhammad".

    Mungkin Jurutaip senarai-senarai itu tidak mahu pening-pening kepala menaip pelbagai variant "MOHD" dan terus copy-paste.

    Saya tidak yakin ianya kebetulan anak-anak ini di beri nama oleh ibu-bapa yang berbeza mengunakan satu varian nama sahaja iaitu MOHD untuk senarai 1 dan Muhammad untuk senarai 2.

    Sudah pasti ada ibu-bapa yang memilih "Mohd" dan ada yang memilih "Muhammad" dan ada yang akan memilih "MAT".

    Tidak mungkin semuanya sama melainkan semuanya bersepakat.
    Bagaimana boleh bersepakat? Jika semuanya untuk satu tujuan atau matlamat atau berkongsi apa-apa aspirasi. Ataupun berkongsi menerima "arahan" dari pihak yag lebih atas atau kanan dari mereka.
    Ataupun sememangnya ianya satu keajaiban.

    2) Nama bapa anak-anak sendiri

    Perhatikan pada Senarai 1 kecuali pada nama "Mohd Nusai bin abd Wajid" yang berumur 15 bersaiz 38 (kurang pasti saiz apa tetapi kalau saiz pinggang maknanya anak ni lebih montel dari saya), anaka-anak yang lain nama bapa-apa mereka hanya mempunyai satu Nama sahaja.

    Bapa-bapa ini tak ada nama kedua contohnya Farid, Sayid, Azman,Mustafa Lufti sahaja. Tidak ada seperti Mohd Lufti, atau Mohd Farid atau Sayid Kiram atau Mustafa Kamal misalnya.

    Ini agak ganjil kerana selalunya akan ada nama pangkal atau nama kedua.

    Senarai kedua pula nampaknya tidak ada nama bapa lansung kecuali anak yang bernama Muhammad Siddiq bin Ali.

    Nampaknya sekali lagi sang juru taip malas nak pening-pening nak taip panjang-panjang untuk nama bapa pula.

    Saya harap Saudara Tuan Mazidul lanjutkanlah perkara ini lagi. Dari senarai nama kita nampak ada janggalnya juga. Takut-takut ada kes penyeludupan atau sindiket kanak-kanak. Takut-takut anak-anak di eksploitasikan.

    P/S Jika suatu hari nanti di takdirkan saya menerima ujian rezeki dari Allah swt yang saya akan risaukan hal Monyet dan Muezza. Perut mereka perlu di isi juga. Si Monyet mungkin tak larat nak panjat pokok lagi. Si Muezza walaupun sempena nama kucing Rasulullah pun tidak ada makna lagi jika sudah lapar.

    Begitu juga dengan Mohd dan Muhamamad kecil kita ini. Jika bantuan terputus atau berkurangan akibat "BAPA dan IBU" mereka, perut anak-anak tetap lapar juga. Idak gitu?


    BalasPadam
  5. Tuan Mazidul, jgnlah nak jadi jaguh mnyelidik masyarakat biasa. Klu nk jd jaguh, buatlah siasatan pd org2 kaya, org2 politik dan menteri yg kekayaan mrk itu sgt luar2 biasa. knp takut? kata nk menyatakan kebenaran? di mana kelakian anda? Takut dibuang kerja? Takut x boleh hidup sbb kena buang keje? Ulat dlm batu pun makanlah tuan klu kita dlm kebenaran. Apa nk takut.
    Takutlah Allah tuan Mazidul. Hidup kita kt dunia ni kejap je. Jgn menyesal nanti. Brtaubatlah sblm trlambat. Hidup anda pun bukannya baik sgt. Jgnlah nak jd jaguh nak baiki masyarakat dgn cara anda. Ingatlah Allah byk2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaii.. awak arqam ye? Best ke arqam ni? Abuya hidop lagi ke dah mati?

      Berhenti bertaqqiyyah la wahai arqam. kembali lah kepangkal jalan, ke jalan ahlul sunnah wal jamaah yg sebenar dengan akidah asy'ariyyah dan maturidiah. peganglah pada mazhab yang 4. keluar dari arqam. please.

      Padam
  6. Klu anda berani, kluarkanlah smua ulasan2 org yg ikhlas. Kata suruh komen secara ikhlas dan tanpa hasad dengki...

    BalasPadam
  7. Kenapa mengharap orang lain? Mazidul buat bukan dibayar, atas inisiatif dia sendiri. Saya berterima kasih atas banyak maklumat yang kita tidak tahu, yang berjaya beliau ketengahkan. Lebih teruk seseorang itu jika dia menyalak seorang diri sedangkan tiada sebarang sumbangan yang lahir dari dirinya.

    BalasPadam
  8. Salam.. berbalik la kita pd Al-Quran & Sunnah (Kata & Perbuatan) Rasulullah. Tidak ada ayat Quran mahupun hadis yg mnyuruh kita memeriksa dulu seseorang sebelum bersedekah. Jk mampu maka bersedekah la malah Allah suruh brsedekah mahupun ada duit pun.. Dan Allah melarang kita mgherdik si peminta sedekah. Utk renungan saya dn anda semua.. wassalam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.