Isnin, April 15, 2013

AKHBAR SINAR HARIAN HARUS MENDEDAHKAN STATUS PEMILIKAN UPTOWN D' KOTA AGAR NASIB PENIAGA MELAYU LEBIH TERBELA



Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, didapati agak lengang  pada jam 12 malam tadi. 


Pengunjung, Gazali Abdul Rahman, 46 tahun,  berasa kecewa kerana deretan gerai menjual makanan dan minuman telah dirobohkan.

Dia kehausan.

Terlintas di fikiran saya, di manakah pemilik gerai kini mencari rezeki?


Difahamkan, beberapa struktur binaan lain  di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah pada malam itu  akan  dirobohkan untuk memberikan laluan untuk pembinaan MRT.

Tinjauan mendapati, Blok A telah hampir dikosongkan oleh peniaga,  bermula semalam.


"Peniaga di Blok A direhatkan kira-kira 8 bulan dan mereka mendapat pampasan daripada pihak MRT, di antara RM70,000 dan lebih RM100,000 mengikut keluasan tapak perniagaan mereka miliki. Malangnya, perniagaan kami di Blok B mula terjejas. Bilangan pengunjung semakin berkurangan. Melihatkan beberapa struktur runtuh dan blok bersebelahan dikosongkan,  sebilangan pengunjung mungkin terfikir Uptown mungkin ditutup dan mereka beredar. Pada masa sama, apabila projek pembinaan MRT dimulakan kelak, habuk dan cerucuk, contohnya akan mencemarkan premis perniagaan kami. Periuk nasi kami bakal terjejas.  Setakat ini kami tidak diberikan sebarang pampasan ," dakwa  peniaga saya temui.


Sebelum ini, Uptown D' Kota atau dikenali sebagai Kompleks Muhibbah, hartanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ.


Semua peniaga pasar malam ketika dilesenkan oleh  MBPJ justeru bayaran sewa bulanan kira-kira RM200 untuk satu tapak dijelaskan kepada pihak berkuasa sama. 

Bagaimanapun, kira-kira 2 tahun lalu, Kompleks Muhibbah kemudian dilaporkan telah  dijual kepada pihak lain. Kadar sewaan juga dinaikkan ke sekitar RM500 sebulan oleh pihak pembeli.

Malam tadi saya rakamkan gambar resit pembayaran sewa dikeluarkan oleh syarikat berikut.


Sehingga kini,  syarikat Ilmu Panduan Hidup Sdn. Bhd didapati  gagal menaikkan papan tanda bertujuan mengumumkan kepada masyarakat, Kompleks Muhibbah kini berstatus hartanah milik persendirian.

Siapakah pemilik Ilmu Panduan Hidup Sdn. Bhd?

"Itu kami tidak pasti tetapi koordinator bertugas, individu berurusan dengan kami selama ini, lelaki Melayu berasal dari Kelantan. Sepatutnya, pengendali kompleks mendapatkan lesen berkelompok daripada Jabatan Perlesenan MBPJ, untuk semua peniaga beroperasi secara sah.  Kini kami hanya mempunyai lesen individu sahaja," kata peniaga.

 [ PROMO : Hentikan Perhambaan Remaja, klik di sini ]

Status syarikat gagal diperjelaskan oleh BEKAS Wakil Rakyat Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim, kini bertanding untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri buat penggal ke dua.

Sila klik di sini.

"Desas-desus mengatakan,  syarikat itu hanya membayar premium 10% daripada harga jualan asal tanah. Barangkali  pemilik syarikat itu berharap untuk meraih pampasan daripada pihak MRT terlebih dahulu dan kemudian melangsaikan bayaran selebihnya. Namun malangnya kami dimaklumkan, tiada pampasan diterima oleh syarikat itu. Syarikat membina MRT hanya memberikan pampasan kepada pemilik gerai bakal diruntuhkan sahaja," ujar peniaga.

"Mengapa?," soal saya spontan.

"Mungkin kerana Kompleks Muhibbah belum menjadi milik penuh syarikat terbabit berikutan  hanya premium sahaja dibayar," dakwa peniaga.

Setakat ini, PKNS dan MBPJ masih membisu berhubung kes ini.

Saya hanya pengendali blog, mencuba untuk mendedahkan fakta tersirat dan tersurat berhubung status  hak pemilikan Uptown D' Kota. 

Namun suara saya terlalu  kecil.


Justeru, saya menyarankan akhbar Sinar Harian, 'telus dan tulus',  menugaskan wartawan hebat mereka dengan kadar segera untuk mendedahkan fakta sekaligus dikongsikan bersama pembaca di seluruh negara.  

3 ulasan:

  1. Rafizi ialag rang yang bertanggung jawab dalam penjualan semua aset PKNS yang dianggap tidak menguntungkan DAP. Lihat semua bangunan PKNS sekarang dipenuhi oleh peniaga bukan bumiputra dan Melayu.. Bangunan PKNS di Shah Alam juga sudah ada restoran kopi Ngeh yang menghina dan mahu melupuskan hak Melayu di Selangor.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.