Selasa, April 09, 2013

UNDI PAS PASTI KE SYURGA? (UPDATED)



Siapakah 'kita' itu?

Kalau berkempen sekalipun usahlah keterlaluan.

Kepada mereka bijak pandai dalam soal hukum agama, sila lontarkan pandangan di ruangan komen berhubung kenyataan di atas.

UNDILAH PAS, ANDA PASTI KE SYURGA?

Terkini,  timbul dakwaan mengatakan banting di atas BUKAN digantung oleh PAS. Maksudnya kenyataan itu dikatakan fitnah sekaligus TIDAK benar.

Justeru harus diperbetulkan...

'UNDILAH PAS, ANDA TIDAK PASTI KE SYURGA'.


18 ulasan:

  1. Terang-terang, jikalau org PAS nampak di dalam online, mereka akan kata, ini kerja org BN.

    Tetapi jikalau kita cuba mengenali apa yg PAS perjuangkan adalah berbalik ttg Hukum Hudud, hukum Allah. Bila ditanya org yg menyokong ttg itu, mereka langsung tidak jelas dan tidak boleh menjelaskannya.

    Pada pandangan saya, bagaimana rakyat mahukan undang-undang seperti ini, diakar umbi pun tidak jelas tentang perlaksanaannya.

    Hudud Kelantan dan Hudud Terengganu pun ada bezanya.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Ini banner fitnah. Saya sendiri telah melihat beberapa banner sebegini diturunkan oleh penguasa di Kota Bharu. Saya yakin banner ini adalah fitnah pihak yang bertanggungjawab.

    Usahlah tuan Hasrul mempersoalkan tentang hudud, sila ke sumber yang betul dan jika benar ia berbeza mengikut negeri dan sebagainya, sila rujuk pada pihak mereka. Saya juga kurang arif tentang ilmu hudud tetapi saya menyokong 100% ulama dan para cerdik pandai yang ingin melaksanakan hukum Allah Swt ini.

    Tidak semua orang yang menyokong tahu serba serbi apa yang disokong terutama orang yang kurang pelajaran dan orang-orang tua. Tidak semestinya orang yang mempertahankan negara tahu setiap satu dasar perlembagaan negara.

    BalasPadam
  3. Tuan Mazidul saya ingin berkongsi pengalaman ketika saya bersama UMNO sabah ke Pendang Kedah 2002 membantu kempen pilihan raya parlimen Pendang, saya sangat terkejut ketika kempen sedang berjalan bendera2 PAS berkibaran dengan slogan undi PAS masuk Syurga..Masyah-Allah saya terkejut ingatkan slogan yang pernah saya dengar itu main-main rupanya benar-benar berlaku, Slogan itulah yang digunakan oleh PAS semasa berkempen, sasaran utama mereka adalah orang-orang tua yang sudah berumur...sehinggakan mereka sangat percaya bahawa undi PAS masuk Syurga..

    BalasPadam
  4. Pakcik, jika banner itu didakwa fitnah, wakil PAS harus mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan keadaaan.

    'Mengundi PAS tidak memastikan anda masuk syurga'

    BalasPadam
  5. PARTI PAS SEBUAH PARTI YANG HANYA BERTOPENGKAN AGAMA DI BALIK SERBAN DAN JUBAH SESAT LAGI MENYESATKAN

    BalasPadam
  6. Untuk pengetahuan tuan Mazidul isu ini telah lama dan saya anggap ia taktik keji dan sudah basi. Di Kelantan contohnya, dari PRU12 lagi saya dimaklumkan dan setiap bahagian PAS bekerjasama mengawasi banner sebegini dari dinaikkan.

    Saya terjumpa link ini mengenai fitnah ini : http://milosuam.blogspot.com/2011/03/fitnah-terbaru-di-prk-dun-merlimau.html

    BalasPadam
  7. Kahkahkahkahkahkahkahkahkah!! PR punya jawapan utk benda yg tak menguntungkan mereka mmg sama saja. FITNAH UNNO. FITNAH UMNO. FITNAH UMNO. Ingat PR, rakyat tak bodoh. Golongan yg memerhati menilai sesuatu parti tanpa berat sebelah. Golongan yg memerhati menggunakan maklumat dari kedua2 belah pihak kemudian mereka kaji kesahihan sesuatu maklumat. Mereka tidak telan melulu.

    Adakah PR termasuk dalam golongan yg maksum sehingga tiada langsung kesilapan dibuat?? Ingat wahai semua pembaca tak kira dari BN atau PR. Yg maksum, golongan Nabi & Rasul sahaja. Tak kira BN atau PR dua2 tak terlepas dari buat silap cuma yg membezakan ialah pihak mana yg kurang buat silap.

    BalasPadam
  8. wakaka...ni sama kes nape sorang artis tu join 1 parti ni la...dia takut kat SANA nanti nama dia x dipanggil...hello nak berubah tu dah memang ok sangat...tapi la ni dok meroyan sana sini tu lagi HODOH kot dari dok terkinja-kinja dulu.XPERLU JOIN MANA2 PARTI...yang penting p mengundi...Dah daftar sebagai pengundi ke????

    BalasPadam
  9. Tuan,
    Ingat bagaimana Gus Dur yang mendapat gelaran ulama merosakkan Indonesia dengan membenarkan kalimah Allah digunapaki oleh orang kristian dan segala usaha Sukarno dan Suharto musnah dalam sekelip mata dan sebelah mata Gus Dur yang bergelar ulama itu.

    Tanyalah orang indonesia, mana lebih makmur? zaman Suharto atau selepas Suharto? bertanya dan membacalah

    BalasPadam
  10. undi umno pun tak pasti syurga..tapi kita kat akhitrat nnti akan bersama orang yang kita cintai..saya sayang ulama :)

    BalasPadam
  11. Alangkah bagusnya kalau kita galakkan orang pergi mengundi, dan bukan cari salah mana-mana pihak, tak kira BN atau PR..
    Saya selalu galakkan pelajar-pelajar saya mendaftar sebagai pengundi dan pergi mengundi..
    Saya juga tidak pernah suruh mereka sokong mana-mana parti/calon.
    Pada saya, perbezaan politik bukan sebab untuk kita berselisih faham. Kerana ada sebilangan generasi muda tidak mau terbabit dalam politik kerana perselisihan faham sebegini.

    BalasPadam
  12. Inilah yang berlaku jika terlalu taksub.. Tak tau nak beza soal Agama dan soal parti.. Jangahlah rakyat dikelirukan..

    http://darahsatriadotcom.blogspot.com

    BalasPadam
  13. banner tersebut dipasang oleh penyokong BN dan saya ada tangkap 2 orang lelaki yang diupah BN (pengakuannya). saudara Mazidul, adakah anda setuju jika BN juga wajib pakai 'Janji Dicapati'? terbaru, 4 orang ditahan kerana sesuatu hal (ikut laporan TV3) dan yang sebenar, ada banner (konon dari PAS, bertulisan Cina) yang dipasang BN kerana menakutkan pengundi Cina mengenai hudud. banner itu kononya dari Biro PAS Pusat.untuk pengetahuan, PAS tidak menggunakan perkataan 'BIRO'.

    BalasPadam
  14. Sokong PR adalah haram....x guna sembahyg, puasa, buat haji jika sokong puak2 ni...amalan x diterima...lihat kembali sejarah lampau...dimana golongan munafik di zaman saidina ali iaitu Muawiyah dan Yazid yg cuba menghapuskan keluarga Rasulullah saw...adakah amalan mereka diterima Allah...

    BalasPadam
  15. Politik merosakkan kita semua. Sedih !!

    BalasPadam
  16. Mahu masyuk syirga mesti sholat, jaga diri, beramal ibadat, membaca quran, mengamalkan carahidup Islam sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh Allah Subhanawataala dan ajaran Rasullullah s.a.w, bukan pergi undi PAS.

    BalasPadam
  17. Muslim yg beriman dan bertaqwa kpd Allah, insya allah akan mendapat peluang ke syurga...hak Allah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.