Sabtu, April 06, 2013

MENGHADIRI SESI CAKAPDOTCOM MAMPU MENJANA LEBIH BANYAK WANG


Syarikat milik bumiputera, CakapDotCom menawarkan perkhidmatan menyuntik ilmu kepada sesiapa sahaja berhasrat tampil  lebih yakin dan berkredibilii di pentas pengucapan awam.


Fasilitator ELIT CakapDotCom dibarisi oleh Omar Abdullah, Zakiah Anas dan saya sendiri. Sila klik di sini untuk meneliti informasi mengenai tulang belakang CakapDotCom.

Kemahiran penyampaian secara berkesan di hadapan audien tentunya  tidak datang bergolek. Kemahiran itu harus dipelajari atau digilap. 

"Lazimnya, setiap kali diminta berucap di hadapan orang ramai, jiwa saya mula bercelaru. Kedua tapak tangan basah akibat berpeluh manakala pandangan menjadi kabur dan tekak tiba-tiba berasa kering"

Barangkali ramai pembaca blog ini pernah mendengar komen sebegitu diluahkan oleh rakan sekerja,  kenalan atau saudara-mara.

Semua kesan dirasai oleh mental dan fizikal itu digelar SIMPTOM GEMURUH dan boleh ditangani 100%. 

Di setiap sesi bersama peserta, saya menghuraikan topik 'Menangani GEMURUH, menggapai keyakinan' dalam tempoh satu jam sahaja.  Panduan dan suntikan ilmu dikongsikan setakat ini berjaya membantu ramai peserta. 


Sesi bersama fasilitator ELIT CakapDotCom terbuka kepada kumpulan individu di antara 20 dan 25 orang. 

Zakiah Anas, berkongsi petua untuk berasa lebih selesa dan tampil bergaya di hadapan audien.


Manakala Omar Abdullah menghuraikan secara terperinci mengenai elemen penting untuk menampilkan komunikasi berkesan.
   

Kemahiran dikongsikan oleh fasilitator ELIT CakapDotCom antaranya boleh dimanfaatkan oleh peserta sewaktu berucap,  menjadi pengacara majlis, berpidato,  berceramah atau  tatkala menjadi moderator majlis. 

Selain tampil LEBIH berkredibiliti dan dikagumi oleh audien,  peserta juga berpeluang menjana LEBIH banyak pendapatan.

Pengacara majlis, MC profesional lazimnya dibayar mengikut KEMAHIRAN dan pengalaman mereka. Sebilangan MC dibayar oleh penganjur di antara RM2,000 dan RM10,000 untuk mengendalikan majlis sekitar 4 jam. 

Tidak dapat disangkal, tiga fasilitator CakapDotCom, antara personaliti berkredibiliti dalam bidang pengacaraan televisyen,  majlis formal dan tidak formal.  Ilmu mereka kongsikan di sepanjang sesi selama lebih 3 jam itu,  InsyaAllah berupaya menyuntikkan semangat, keyakinan serta mempertingkatkan kemahiran peserta sebagai pengacara majlis. 

Setiap peserta diberikan RUANG dan PELUANG untuk mengajukan soalan kepada fasilitator secara santai dan terbuka. Kaedah itu dilihat berupaya mempertingkatkan pengetahuan peserta sekaligus mengasah bakat mereka bercakap di pentas awam. 

Justeru ilmu ditimba  di sesi CakapDotCom sekaligus bakal melonjakkan 'harga' servis peserta berbanding bayaran diterima sebelum ini.

Apapun,  jika tidak dipecahkan ruyung,  manakan dapat sagunya. 

Mereka berminat untuk mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai harus bertindak pantas, bukan sekadar membaca kandungan entri ini dan kemudian mendiamkan diri.


Antara KEUNTUNGAN menghadiri sesi CakapDotCom :

1. Bertambah yakin setiap kali bercakap di hadapan audien.
2. Meminimakan kadar gemuruh dan melancarkan pengucapan.
3. Penyampaian lebih mantap sekaligus memukau audien.
4. Berasa lebih selesa dan bergaya tatkala bercakap di khalayak ramai.
5. Bertambah tenang sewaktu bercakap di pentas awam.
6. Mampu menjana pendapatan lebih lumayan sebagai pengacara majlis.
7. Berpeluang menjana komisyen lumayan bagi peserta terbabit dalam bidang jualan dan pemasaran.

Daftarkan segera kumpulan anda untuk menyertai sesi CakapDotCom. Ajukan sebarang persoalan melalui emel,  hantarkan ke  mazidulakmal@yahoo.com.

Sila klik di sini untuk meninjau blog CakapDotCom dan klik di sini untuk ke halaman CakapDotCom.

Banyak pihak berminat untuk menabur imbuhan seandainya kita memiliki kemahiran dalam bidang komunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.