Rabu, April 03, 2013

VAPORISER : LEBIH SELAMAT, BERSIH DAN WANGI



'Vaporising' kini menjadi trend di kalangan masyarakat pelbagai usia dan bangsa.


"Sebenarnya vaporising  diperkenalkan di negara kita kira-kira 3 tahun lalu. Saya pula mula menjual vaporisers sejak setahun lalu, ketika itu tiada kedai, berniaga di atas meja kedai mamak atau di atas bonet kereta. Produk diimpot dari luar negara dan kemudian dijual  kepada rakan-rakan berminat,"  ujar Norsalehin Ismail.


Norsalehin, 32 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, graduan lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang kejuruteraan sivil.  


Kini, dia mengusahakan kedai Vaperinside.com, mula beroperasi pada 27 Januari 2013.


"Majoriti vaporisers diimpot dari China, United Kingdom,  Filipina,  Amerika Syarikat, Korea dan menghisap vaporisers sekarang ini dianggap amat  popular di kalangan masyarakat," kata ayah kepada seorang anak lelaki itu lagi.


Di kedai sama, saya bertemu pelanggan, Fadhlur Rahman Abd. Raffar, 37 tahun dan Mohd Rasis Idris, 39 tahun.


"Vaporiser tidak mengeluarkan asap beracun seperti rokok. Ia mengeluarkan wap air. Justeru tiada secondary smokers. Malah bau wap air itu wangi. Tadi saya menonton wayang G.I Joe sambil vaporising,  tiada masalah," ujar Mohd Rasis.


Anak kelahiran Jitra, Kedah itu mula menggunakan vaporiser sejak 2 hari lalu.

Harga vaporiser, menggunakan tenaga bateri,  dipasarkan di kedai ini di antara RM150 dan RM1,5000,  tertakluk kepada fungsi dan  kesempurnaan  proses  pembakaran.


Vaporiser buatan Greek dilaporkan termahal  di pasaran dunia.

"Tank  (bekas cecair) sahaja mencecah harga di antara RM800 dan RM1,000. Itu pun sukar untuk dapat. Harga lebih dua ribu ringgit kerana buatan tangan, high-end. Kalau kita pesan sekarang, dijangka akan dapat pada tahun 2015. Biarpun berharga mahal, permintaan tinggi," kata Norsalehin.

Berikut gambar vaporiser buatan Amerika Syarikat,  berharga RM1,200.


"Cecair digunakan tidak mengandungi campuran tar dan racun lain seperti kandungan rokok. Penghisap boleh memilih cecair samada mengandungi nikotin atau tidak mengikut kehendak mereka. Ada cecair mengandungi kosong nikotin, 9 atau 11 miligram nikotin. Antara kandungan  lain  cecair, minyak sayur-sayuran dan perisa," jelas Norsalehin.


Cecair ditawarkan dengan rasa berbeza, buah-buhan citrus, anggur, kopi, blueberry, coca-cola, mocca, kapucino, vanilla dan puluhan lagi perisa untuk dipilih. Menurut Norsalehin, pelanggan wanita lebih gemarkan cecair berperisa epal dan srawberi.


"Ada kesan sampingan ke jika menghisap vaporiser?," soalan saya ajukan.

"Saya baru balik berjumpa doktor peribadi. Dia kata, apapun kita lakukan, usah keterlaluan  Kalau penghisap rokok contohnya, habis sebatang, dia berhenti buat seketika. Menghisap vaporiser juga harus berdisiplin.  Jangan pula dihisap bertali-arus, tanpa henti hanya kerana bateri belum habis. Tindakan itu mungkin boleh mengakibatkan sebu dada," jawab Rahman yakin.


"Di manakah vaporiser boleh dihisap?," tanya saya.

"Di banyak lokasi,  seperti restoran makanan segera, pusat membeli-belah dan lapangan terbang,  kecuali di dalam pesawat. Orang ramai harus faham sekaligus menerima kenyataan, vaporiser tidak mengeluarkan asap, hanya wap air tanpa racun dan wangi," balas Rahman.

Setiap pelanggan ditawarkan pelbagai pilihan.

"Body vaporisers sahaja ada 15 jenis, tangki 10 jenis,  tips banyak, pelbagai harga dan warna. Pembaca Mazidulakmal.com berkunjung ke kedai saya akan diberikan diskaun minima 5% daripada jumlah harga barangan dibeli. Sebelum menjelaskan bil, pelanggan hanya perlu memaklukkan juruwang, "saya pembaca blog Mazidul",  itu sahaja. Kalau lebih banyak barang atau akesori dibeli, jumlah diskaun akan ditambah," jelas Norsalehin.

Saya difahamkan, sebilangan besar pengguna vaporiser berjaya meninggalkan tabiat buruk menghisap rokok. 


Vaperinside.com beroperasi setiap hari di antara jam 12 tengahari dan 10 malam,  termasuk Sabtu dan Ahad.

Norsalehin dibantu oleh Azhan Jamel, berasal dari Kajang, Selangor.


"Selepas cerita ini masuk di blog, ramai agaknya anak dara akan berkunjung ke sini," Norsalehin mengusik pekerjanya bertatus bujang pada usia 32 tahun itu.


Semoga bertemu jodoh!


C-G-05, Block C, Ritze Perdana 2, No 3, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.

Hubungi 012 3818 445.

37 ulasan:

  1. Serupa saja. Rokok tetap rokok. Mereka tidak berjaya berhenti menghisap rokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. telah ramai yg berjaya berhenti rokok setelah hisap wap ni.. dan telah ramai yg berjaya berhenti kedua2nya.. jgn cepat melatah bro..

      Padam
  2. Unknown, maaf. Kenyataan awak tidak tepat. Vaporiser BUKAN rokok.

    Itu fakta.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. mahalnye barang kat vaperzinside.........

    BalasPadam
  4. kerana vaporise ini lah sy brjaya berhenti merokok hanya dalam masa seminggu..walaupon sudah 10tahun menjadi perokok..

    BalasPadam
  5. Mr unknown, cmna ntah vaporiser tetap rokok?boleh define rokok?kami berjaya berhenti smoking, n kami pilih ntuk trus isap nikotin, sama bhya ja dgn mnum kafien.

    BalasPadam
  6. Dlu ambk liquid yg ad kndungan nicotin.. Tp skrng more to perisa.. Sy pn leh stop smoking.. Vaporise membantu utk stop smoking.. Tuan mazidul xnk join ke..? :)

    BalasPadam
  7. Mula dengan liquid yg ad kandungan nacotin.. Lma kelamaan more to liquid yg berperisa shaja.. Vaporise ni membantu utk stop tabiat merokok dan lebih sedap.. Tuan mazidul xnk join ke..? :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah saya dah masuk bulan ke 4 tidak merokok semenjak jadi Vaperianz..... Tiada kesan sampingan pada anak2 walaupun memandu kereta dengan tingkap tertutup malahan dalam kereta berbau harum perisa buah2an x perlu lagi air freshener! Kesihatan pun bertambah baik tiada lagi batuk2 semasa tidur dan selera makan pun bertambah tapi masih kekalkan tahap kesihatan diri. Doktor peribadi pun suka dengan perubahan kesihatan saya...

    BalasPadam
  9. salam Mazidul,

    Vaporiser boleh didapati dengan harga murah akan tetapi kualitinya tidak seperti yang diharapkan.bergantung kepada keperluan individu. Bagi saya telah mencuba tetapi akhirnya tetap dengan tabiat lama kembali kepada rokok jua...

    BalasPadam
  10. Menarik dan sangat berminat!!!!

    Nak tahu mungkin Tuan Mazidul boleh buat update:-

    1) Kos bulanan secara relatif dengan kos rokok saya RM 300++ sebulan - sekotak sehari)

    2) Bagaimana untuk orang yang berpenyakit seperti TB atau pembawa virus seperti SAR misalnya.

    3)Adakah sedutan vaporiser (yang tidak bernikotin) ini juga membawa ketagihan seperti ketagihnya saya kepada nikotin rokok? Kalau boleh saya ingin bebas dari ketagihan.

    Yang pastinya jika saya guna vaporiser ini tandas saya akan berbau wangi setiap pagi.

    BalasPadam
  11. Budaya vaporising atau 'vaping' semakin popular kira-kira setahun lepas. Masa start 2 setengah tahun lepas nak cari 'vapers' yang lain pun susah, sekarang ada kat mana2 je.

    Gara2 kewujudan penjual macam cendawan dan untuk melariskan jualan maka benda paling utama yang dipromosikan ialah boleh 'vape' di mana-mana pun tak kira lah tempat awam yg tertutup seperti kompleks membeli belah, panggung wayang, kapal terbang dan lain-lain. 'Vapers' pula ramai yang berasa bangga agaknya 'vape' sana-sini kononnya wap air saja. Sebenarnya wap tersebut adalah wap propylene glycol dan vegetable glycerine yang merupakan bahan asas e-liquid, serta nicotine (bukan semua) dan perasa. Orang awam masih punya hak untuk tidak menyedut bahan-bahan ini jadi para 'vapers' sekalian tidak digalakkan 'vape' di tempat-tempat awam. Sama juga jika anda berkunjung ke rumah rakan jika dia tidak setuju ada 'vape' di dalam rumahnya, tak kan ada 'vape' selamba? Persepsi ini wujud kerana wap hasil vaping tidak meninggalkan jejak bau yang berkekalan. Secara teori, wap air hanya terhasil pada suhu 100 celcius di paras laut, pasti melecur para 'vapers' jika menyedut wap air. Wap kedua-dua propylene glycol dan glycerine terhasil pada suhu pemanasan yang lebih rendah.

    Kami di group 'vapers' di Facebook seramai hampir 6 ribu ahli sering menyebarkan sekuatnya yang semua 'vapers' mesti menghormati hak awam serta menentang penjualan bawah umur. Tolong sebarkan, respek orang ramai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaiiik..vape tetap nmpk seperti merokok..cumany vape lbih baik bbanding rkk analog..agak kurang sopan bila vape secara bebas...perlu berdisplin...vape on

      Padam
  12. Saya dahulunya seorang perokok tegar 2 kotak sehari (40 batang) sejak dari awal tahun 90an. Semenjak vape hari pertama, saya tidak merokok lagi. Kemudian saya cuba merokok kembali pada hari kedua utk melihat keberkesanan selepas sehari vaping.. Rasa rokok sama seperti mula-mula belajar merokok. Tak sedap, pahit dan rokok tersebut saya tak berjaya utk habiskan.. Lalu saya beri kepada rakan yg merokok. Saya teruskan tabiat vaping sampai sekarang.. Bila duduk sebelah perokok, hidung saya jadi sangat sensitif akan bau rokok tersebut. Bau rokok menusuk hidung dan rasa tak selesa.. Maaf ya perokok, tu adalah pengalaman saya dan memang saya tidak akan merokok kembali.. Jika tidak vape sekalipun saya percaya saya tidak akan merokok lagi.. Deria bau dan kesihatan menjadi semakin elok. Stamina pon makin bertambah...

    BalasPadam
  13. Vaper ethics...please dont vape at non smoking area...respect each others.....

    BalasPadam
  14. pernah terbaca yang vape ni di haramkan di US kerana membahayakan kesihatan, tapi ye ke tidak saya tak pasti, setakat membaca tanpa selidik lanjut sbb tak berminat.. apa pun, saya berpendapat no rokok no vaporiser adalah lebih baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak benar sama sekali. Malah industri vape dia USA jauh lebih besar dan terbuka berbanding Malaysia.

      Padam
  15. salam..
    saya seorg perempuan yg tidak suka pada rokok lebih2 lagi bau asap rokok ( maaf ya perokok :-) ), saya selalu marah pada perokok2 tegar ni merokok berdekatan dgn saya..baru2 ni officemate saya menggantikan rokok dgn vape..asap yg keluar tu mmg berbau harum.. saya boleh terima 100% penghisap vape..sebab asap yg dikeluarkan berbau harum, saya juga x perlu menjauhkan diri daripada mereka :-)
    malah siap request lagi suruh diaorg hisap vape perisa apa..LOL

    BalasPadam
  16. walaupun ada pendapat bole vape merata tempat..tp saya sgt tidak bersetuju..walaupun tiada bau busuk tetapi wap air yang keluar itu kadang kadang annoying kalau di lihat oleh orang awam..follow the rules our fellow vapers :)

    BalasPadam
  17. Vaper ethics 101 - Don't vape where you can't smoke...e.g public transportation, shopping complex, cinema, hospital etc :)

    I'm a vaper too :-)

    BalasPadam
  18. Tips plg mudah dan murah dan tentunya berkesan untuk berhenti merokok ialah.... BERPUASA.
    Hehehehehe... Kenapa masa berpuasa di siang hari dalam bulan Ramadhan kita semua boleh stop smoking secara tiba2? Semuanya hanya psikologi sahaja. Ape yg buat kita ketagih is actullay in your head sahaja.

    BalasPadam
  19. Salam... Terima kasih kepada abang Mazidul... Selama ni banyak orang salah anggap Vapor ni sama dengan rokok, ini sebab mereka tak dapat maklumat yang tepat... Ada juga individu yang memberi maklumat palsu dan memburuk²kan Vapor... Mungkin ini disebabkan Vapor akan mengganggu perniagaan rokok... Saya harap maklumat yang tepat dapat disebarkan kepada pengguna... Terima kasih... Salam...

    BalasPadam
  20. Salam... Terima kasih abang Mazidul... Saya sudah menggunakan Vapor untuk lebih 3 bulan... Saya berjaya berhenti merokok dengan menggunakan kaedah Vapor ini... Cuma saya minta maklumat yang tepat berkenaan Vapor boleh disebarkan kepada pengguna, ini kerana ada individu yang memberikan maklumat yang tak lengkap berkenaan Vapor...Pada saya individu ini dipergunakan oleh individu yang rasa penjualan rokok analog(rokok berasas tembakau) terjejas... Jadi ada orang yang salah anggap tentang Vapor... Yang penting Vapor adalah cara yang lebih sihat dan tidak membahayakan orang di sekeliling kita berbanding rokok analog(rokok berasas tembakau)... Terima kasih... Salam...

    BalasPadam
  21. Mazidul,

    Saya cadang kan Mazidul buat kajian lebih terperinci mengenai kesan jangka panjang penggunaan Vape ini. Ini bagi memberi keadilan kepada orang yang mementingkan kesihatan. Kalau hasil kajian mengatakan tak ada kesan sampingan... maka bolehlah benarkan mereka hisap sesuka hati. Dan kalau hasil adalah sebaliknya... maka perlu ada kawalan undang-undang tertentu...

    BalasPadam
  22. Jimat banyak sebulan belum habis sebotol banding hisap rokok dulu.
    Waktu drive mengantuk boleh hisap tak payah nak cari keceh, 2-3 kali hisap stop. Memang fenomena.

    Satu lagi, cara hisap saya pun dah berubah, kalau rokok saya sedut dalam dan lepas tapi vaporiser ni cukup sekadar main asap dan ambil bau wangi je cukup untuk layan dah

    BalasPadam
  23. Kata hari tu masuk akhbar, rokok besi ni...HARAMkan.....dah boleh pulak

    BalasPadam
  24. wow! mahal betul sampai sehibu hengget... hihi

    btw, mohon pautkan blog sy disini ye

    http://kongsihal.blogspot.com/

    blog tn dh pun sy pautkn disana.. tq! :)

    BalasPadam
  25. Salam. Sy nk tanya, wap air tu yg kita sedut atau kita hembus? Dari pandangan medikal, tak membahayakn paru2 ke bila wap air masuk ke paru2?

    BalasPadam
  26. mahal betul vipor dia...baik beli yg murah2 je..sama je bole berenti rokok jgk..sy tak isap vipor ni pun bole berenti dgn sendiri jgk..yg penting hati mau kering,hati mau kental...walau pun dulunye sy mpengisap rokok tegar..pokok pangkalnye hati.. :)

    BalasPadam
  27. Vapers Ethic :

    Do not Vape at non-smoking area

    Do not attract/promote to non-smoker to vape

    Do not attract/promote minor under 18 to vape

    maaf bro, saya yg vape dlm wayang G.I Joe, jgn amalkan, hormat orang lain yg lgsg x vape/merokok. bayar tiket sume harga sama

    BalasPadam
  28. yes..tlg hormat org lain..jgn vape dalam panggung wayang..hormat la org lain.. sy vapers tegar.. tpi jgn mengkhinzir buta vape di mana2..

    BalasPadam
  29. Maaf kalau post saya lambat. Cuma nak berkongsi... Jangan kita lupa yang terdapat mereka yang alah terhadap Propelyne Glycol atau nama singkatannya PG (sumber rujukan perbincangan dari forum-forum berkaitan dengan rokok elektronik). PG juga merupakan bahan asas di dalam e-liquid. Walaupun tiada kajian khusus berkenaan tindak balas wap yang dihembus ketika "vaping", ada eloknya sekiranya tidak menghisap Varporiser di tempat yang tertutup seperti panggung wayang khususnya.

    BalasPadam
  30. Maaf kalau post saya lambat. Cuma nak berkongsi... Jangan kita lupa yang terdapat mereka yang alah terhadap Propelyne Glycol atau nama singkatannya PG (sumber rujukan perbincangan dari forum-forum berkaitan dengan rokok elektronik). PG juga merupakan bahan asas di dalam e-liquid. Walaupun tiada kajian khusus berkenaan tindak balas wap yang dihembus ketika "vaping", ada eloknya sekiranya tidak menghisap Varporiser di tempat yang tertutup seperti panggung wayang khususnya.

    BalasPadam
  31. dulu sehari sekotak rokok..RM10.20..sebulan dalam RM306..skarang saya sudah jimat dalam separuh daripada perbelanjaan bulan saya..e-cig rocks!!!

    BalasPadam
  32. vape on vapourian..vape ok..yg penting hormat menghormati..salaing kenal geng vape..bertukar pendapat..yg murah2 byk..yg penting mod ok..ape tank pon boleh just rasa pembakaran die x sama..saya guna rst tank..masih guna mesh ..still utk saya masih berjaya menjauhkan rokok..yg kata pucuk pakal hati..mengarut je..cakap boleh la..buat idak..hahaha sory ye bro..saya pon heavy smoker gak..anyway..vape on dude

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.