Khamis, September 05, 2013

LELAKI BANGLADESH MILIKI 5 PREMIS MENCUCI KENDERAAN BEROPERASI MENGGUNAKAN PEKERJA RESTORAN

Hebat!

Itu perkataan pertama terpancul dari mulut saya tatkala bertemu lelaki warga Bangladesh memiliki 5 premis mencuci kenderaan, car wash di Sungai Buloh, Selangor.

Bertindak berpandukan maklumat disalurkan oleh orang ramai berhubung premis mencuci kenderaan dimonopoli oleh warga Bangladesh, saya dan sahabat, Mohd Razali Harun, anak kelahiran Sungai Buloh, SHAH ALAM, Selangor, melakukan tinjauan petang tadi.


"Sebelum ini,  itu (penguatkuasa Jabatan) Imigresen datang operasi saya punya car wash sana Bandar Baru Sungai Buloh, tangkap 4 orang  pekerja, tahan 10 hari.  Dia orang (Jabatan Imigresen)  kasi lepas sebab sama company,  sektor sama, service.  Saya punya lesen pun itu Imigresen angkat juga," DAKWA Jasim Sheikh Nuru.

"Penguatkuasa Jabatan  Imigresen merampas you punya lesen? Betul ke? ," soal saya sebaik mendengar kenyataan  meragukan  itu.

Jasim mengaku bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia. 

"Saya pakai passport sahaja," ujarnya.

Kami bukan pihak berkuasa justeru tidak berhak untuk meminta dan meneliti dokumen perjalanan warga asing itu.

Tambahnya, dia memiliki sebuah restoran di Kampung Baru Sungai Buloh dan berikutan itu telah membawa masuk  29 pekerja dari Bangladesh menggunakan permit sektor perkhidmatan didakwa diluluskan oleh Jabatan Imigresen. 

"Lima orang kerja di restoran, lagi 24 orang kerja car wash di Bandar Baru Sugai Buloh dan di Paya Jaras," katanya.

Dakwa Jasim, pekerja memegang permit sektor perkhidmatan (restoran) KONONNYA dibenarkan oleh Jabatan Imigresen untuk  bekerja di premis mencuci kenderaan kerana mengikut pendapatnya, sektor pekerjaaan mereka sama.

"MBSA  (Majlis Bandaraya Shah Alam) kasi keluar lesen sementara," katanya. 

Dia kemudian menunjukkan kepada kami, lesen perniagaan sementara dikeluarkan oleh MBSA dan tercatat namanya sebagai pemegang lesen.


Timbul persoalan.

Adakah sebagai warga asing, dia layak untuk diberikan lesen menjalankan perniagaan mencuci kenderaan oleh MBSA?  Saya akan mencungkil maklumat lebih terperinci daripada pihak berkuasa tempatan itu dalam jangka waktu terdekat, In Sha Allah.


[ Jasim berbaju biru berjalur  berbual bersama Razali ]

Kami kemudian merakamkan gambar di 3 lagi premis mencuci kenderaan dimiliki oleh Jasim.


Razali berpeluang berbual bersama beberapa pekerja warga asing di Jalan 3/10,  Bandar Baru Sungai Buloh.


"Seorang daripada mereka mendakwa bekerja di sektor pembinaan. Saya 'shuti' ini hari, katanya," terang Razali.

"Ha?," saya terkeliru.

"Katanya dia 'shuti', bercuti hari ini, jadi datang ke sini, bekerja part time di car wash," jelas Razali.

Saya tersenyum.

Kurang 100 meter dari premis pertama kami kunjungi, satu lagi premis milik syarikat sama beroperasi.

Perhatikan papan tanda, sama.


Lelaki warga Bangladesh di bawah cuba mengelirukan saya, sewaktu ditemui.


"Itu sebelah punya restoran, sama company. Kita orang sana kerja tetapi ifu restoran petang baru buka," dakwanya.

Rujuk gambar di bawah. Di kiri, tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad, premis mencuci kenderaan, di sebelah kanan, restoran dimaksudkan oleh pekerja di atas.


"Ini kampung saya. Saya selalu minum di restoran itu dan memang tidak menggajikan pekerja warga Bangladesh sebab milik orang Patani, Thailand. Taukeh dia pun saya kenal," celah Razali sebaik mengetahui antara intipati perbualan kami.

Barangkali semua pekerja itu telah diberikan taklimat awal oleh majikan. Jika sesiapa bertanyakan mengenai status permit kerja mereka, ujarkan sahaja, mereka pekerja restoran, sektor perkhidmatan dan kononnya dibenarkan berkhidmat di premis mencuci kenderaan. Telahan saya, pekerja Bangladesh di premis kedua itu  juga mungkin tidak langsung tahu berhubung kewujudan restoran Jasim di Kampung Baru Sungai Buloh.

Berikut, premis ke tiga kami tinjau, juga didakwa milik Jasim di Paya Jaras Hilir.


Sebaik tinjauan selesai, saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, Abdul Haidir Mohd Sukor. Haidir,  pegawai amat mudah untuk memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada wartawan media elektronik dan cetak, malah kepada blogger seperti saya.

"Pekerja warga asing memiliki permit sektor perkhidmatan, seperti bertugas di restoran, TIDAK dibenarkan bekerja di premis mencuci kenderaan. Jabatan Imigresen TIDAK mengeluarkan permit sektor perkhidmatan kepada warga asing untuk bekerja di premis mencuci kenderaan," ujar beliau.

MBSA terbukti mengeluarkan lesen kepada Jasim, warga asing memasuki negara ini menggunakan passport dan berpeluang memonopoli perniagaan mencuci kenderaan. Tidak pula diketahui apakah  sebenarnya  status permit  kerja lelaki itu?  Biarlah siasatan lebih terperinci dilaksanakan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia. 

Periksa juga, adakah dakwaan 4 pekerja Jasim diberkas sebelum ini kemudian dibebaskan selepas 10 hari ditahan oleh Jabatan Imigresen?

"Masa dia memegang lesen MBSA tadi, menggigil tangan dia," ujar Razali sewaktu memandu kenderaan untuk pulang ke rumah. 

"Tidak mengapa. Sebagai warganegara Malaysia, tidak salah kita bertanya dan pekerja warga asing itu berhak untuk menjawab atau sebaliknya. Malaysia,  negara kita. Kalau mereka datang bertandang dan mencari rezeki secara halal dan mengikut undang-undang ditetapkan oleh negara berdaulat ini, tiada masalah. Cuma kekadang pihak berkuasa terlepas pandang," balas saya.

20 ulasan:

  1. Mcm mana dgn cukai pendapatan & cukai perniagaan?

    Rakyat Malaysia tanah tumpah darahku yg cuba buat business kecik2 online/freelance bukan main lagi nak dikejar..

    BalasPadam
  2. Satu lagi pembongkaran yang menarik daripada Saudara Mazidul tentang warga bangladesh di negeri Selangor.....mudah dapat lesen jadi warga Bangladesh....warga tempatan dengar khabar, susah hendak berniaga...apa lagi Saudara Mazidul...korek sampai habis....

    BalasPadam
  3. wah..sampai monopoli pulak die..ke dah kene "suap" ni? haha..

    BalasPadam
  4. Mana pihak berkuasa Jalan Gaji Buta ke?

    BalasPadam
  5. tak sabar nak tahu apa ending cerita ni?
    malaysia mmg lubuk duit bg warga asing

    BalasPadam
  6. Rakyat Malaysia nak kerja yang senang-senang je.......kerja yang kotor seperti cuci kereta.....tak nak.....jadi peluang bagi orang luar buat kerja macam nie......

    BalasPadam
  7. SMTI-Baiknya hati kerajaan Malaysia, kalau di tempat lain, kena halau dan harta perniagaan dirampas serta pengusaha haram disenarai hitam tak boleh masuk ke negara itu lagi. Indahnya Malaysia.

    BalasPadam
  8. saya mengambil pengajaran... bahawa bangsa asing rajin tak terkira.. dari rakyat Malaysia.. dari anak2 muda remaja yang suka merempit.. melepak dengan hp canggih masing2. apa pun kita lakukan harus mengikut perundangan yang disahkan. kemana kita pergi, kemana kita berada.. kite dikelilingi dengan undang2.

    BalasPadam
  9. baca-baca cerita macam nie rasa menyirap gak darah kita yang local nie buat apa-apa pun kena ikut procedure...tapi semangat kerja dia orang nie memang kita tidak nafikan sangat bagus lah.

    BalasPadam
  10. Saudara Mazidul,
    Cuba datang Datuk Keramat, KL, tempat saya tinggal sejak 20 tahun lalu.
    Sekarang datuk Keramat dah jadi macam mini Jakarta. Senang2 je warga Indon bukak gerai tepi2 jalan. Kedai cuci kereta pun bersepah dan semua Bangla. Di keramat ni, ada lebih kurang 10 beca (ya, Beca roda 3) yg di gunakan warga Bangla untuk kutip barang lusuh, kertas, kotak etc untuk recycle. Tempat mereka berkumpul hari2 adalah di kawasan lapang belakang Masjid Akram Datuk Keramat, sebelah Balai Polis datuk Keramat!
    Saya pernah tanya seorang dari mereka, dia kata dia punya permit " COnstruction".
    Bagus punya Malaysia. Cuba saudara siasat sikit perkara ini. Saya boleh bawa tunjukkan tempat2 ini jika sudi.

    BalasPadam
  11. En Mazidul ,sekarang banyak warga bangladesh bekerja sebagai security guard untuk perumahan terutama di kawasan cheras.banyak yang bersikap kurang ajar.setahu saya ,kalau ambik pekerja asing untuk sektor security guard ini ,cuma orang nepal yang layak diambil.cuba en mazidul lawat kawasan taman connaught ,kalau tak percaya..

    BalasPadam
  12. sama lah tshirt muslimah..mana taknya,warga malaysia sendiri ada yg merempat di negara sendiri..tapi bangsa asing pulak yg dapat tempat membuka perniagaan mereka di sini..salah warga asing kah,orang 'dalam' kah,ataupun bangsa kita sendiri yg malas berusaha? emm.
    SMTI!!

    BalasPadam
  13. Syabas mazidul.teruskan buat pendedahan.Yang menjadi tandatanya pihak berkuasa tak buat kerja ke asyik duduk dalam pejabat beraircon.@ Tidur.KPI nkra tah apa Jadah lagi.keputusanya mau Bonus.Pendatang berlambak lambak.

    BalasPadam
  14. Warga Malaysia nak berniaga banyak birokrasi nak itu ini dan abnyak lagi kerenah
    berniaga nasi lemak tepi jalan 6 pagi sampai 10 pagi pun kena rampas barang dagangan yang tak seberapa sen itu lah NEGARA KU TANAH TUMPAH NYA DARAH KU

    BalasPadam
  15. macamana pula warga thailand yang buka restoran/warung tidak pula menyalahi undang2,kalau diikutkan sama saja,seluruh malaysia mereka menjalan perniagaan tanpa diganggu pihak berkuasa,daripada pemilik,tukang masak hingga waitress semua mereka.kalau ikut syarat hanya tukang masak saja dibolehkan.

    BalasPadam
  16. tak paham sistem kt penguatkuasaan ni...nk tgu org report baru buat..padahal dh tau ..saja wat wat xtau..
    sama seperti kes pengawal keselamatan..mustahil penguatkuasa xpernah jumpa guard dari bangla,nepal.myamar..
    tapi watbodo jer,,pehal..dh jadi kes skrg baru kelam kabut

    BalasPadam
  17. pada pandangan aku, semuanya salah orang Malaysia... tak kiralah dia kije kerajaan ke tak... tanggungjawab sosial untuk mengambil tahu hal sekeliling dah takde dah dalam diri masing2... orang Malaysia pandai cakap... pandai menyalak macam anjing menyalak bukit...tapi adakah mereka melaporkan pada pihak berkuasa...korang guna contoh... kedai tomyam... kenapa korang tak report? korang juga yg pegi makan kat situ... kedai mamak..majoriti pekerja mmg dari india.. ada korang report... lagi lepak tgk bola adalah... korang ada periksa kedai runcit acheh.. tau tak pemiliknya adalah orang Malaysia tetapi menyewa lesen pada orang acheh suruh berniaga... korang cek kedai makan cina... semua pekerja myanmar... ada korang report? tak juga... pengawal keselamatan ? ada korang report ? tak juga...

    jangan duk menyalak aje... tapi tindakan takde.... itulah orang Malaysia....

    berapakah jumlah penguatkuasa baik imigresen,pbt,kastam, jpj, spad yang ada di malaysia? senang dalam satu negeri... nisbah 1 penguatkuasa :125000 orang penduduk...

    korang fikir2lah....

    BalasPadam
  18. Jabatan Kerajaan bertugas mengikut SOP konon.

    BalasPadam
  19. dekat dengan rumah saye. Saye selalu lepak minum kat restoran sebelah premis mereka. Begitu jugak belakang rumah saye di situ pun

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.