Isnin, Jun 02, 2014

KEPUTUSAN 2 PRODUK CADBURY NEGATIF ATAU POSITIF DNA BABI BAKAL DIUMUMKAN SEBENTAR LAGI

Sepatutnya keputusan rasmi samada dua produk Cadbury mengandungi DNA babi atau tidak diumumkan pada Rabu ini.

Bagaimanapun saya dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Asiah Alkharib Shah, pengumuman keputusan ujian makmal Jabatan Kimia Malaysia akan dibuat menjelang tengah hari ini. 


"Keputusan akan dimumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Auditorium As Syafie Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor. Pada waktu ini ramai wakil media sudah tiba. Kami hanya menunggu kakitangan Jabatan Kimia Malaysia untuk menghantar keputusan. Kami telus dalam mengendalikan kes seperti ini, tiada pihak yang  tahu mengenai keputusan bakal diumumkan kelak, termasuk menteri," ujar Asiah ketika saya hubungi pada jam 10.30 pagi tadi.

Tentunya keputusan itu dinantikan oleh jutaan umat Islam di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.