Jumaat, Jun 06, 2014

MALAY MAIL MASIH PAPARKAN LAPORAN DIDAKWA OLEH FRANCIS YEOH DISALAH TAFSIR


Kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp, Tan Sri Francis Yeoh berhubung kapitalisme kroni, retorik bangsa dan agama, disiarkan oleh Malay Mail Online dibidas oleh banyak pihak.

Francis dilihat sebagai kacang lupakan kulit serta bersifat angkuh.


Biarpun selepas Francis menghantar surat mendakwa beberapa kenyataan beliau dipetik daripada program Bual Bicara Siri Global Malaysia disalah tafsirkan, artikel 'kontroversi' serta mengundang kemarahan itu masih terus dipaparkan.

Hari ini Utusan Malaysia memaparkan kenyataan Francis, memohon maaf. 

Damage control?

Namun artikel terdahulu, masih boleh diakses, TIDAK ditarik balik oleh Malay Mail Online.

Klik di sini.

Adakah signal ini menunjukkan sidang editorial akhbar terbabit enggan berganjak dengan status ketepatan laporan wartawan, Melissa Chi?  

Berani kerana benar?

... untuk mensahihkan fakta, Malay Mail Online atau Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, PEMANDU wajib tampil memaparkan rakaman penuh video itu. 

Andai dilewatkan, kredibiliti Francis, antara individu terkaya di kalangan 30 juta rakyat Malaysia, bakal lebih tercalar.

Baca reaksi orang ramai, klik di sini.

Untuk rekod, PEMANDU bernaung di bawah JABATAN PERDANA MENTERI. Oleh itu, mengapakah PEMAANDU tidak bertindak pantas membantu meleraikan kekusutan membabitkan Francis dan kerajaan Malaysia? Tidakkah PEMANDU ingin menjelaskan senario sebenar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak? 

Hemat saya, permohonan maaf Francis, satu perkara, mendedahkan kebenaran, satu perkara lain.

Jika tidak, saya percaya, lebih banyak pihak bakal berterusan membidas Francis selepas ini. Maruah tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit.

2 ulasan:

  1. Tuan Mazidul. Selalunya sewa bagi tiang pemancar yang dipasang di atas Tanah di kenekan sewa antara RM1500 hingga RM3000. Bagaimana pun puak ini memasang tanpa membayar sesen pun di dalam kawasan sekolah malah tanpa kelulusan pihak PBT pun. Gula-gula yang diberi "menyediakan ekses internet kesekolah secara percuma yg nilainya tk berapa duit tapi mereka dapat melebarkan liputan di kawasan tersebut secara percuma. Malah di sebahagian sekolah bil letrik alatan mereka ditanggung oleh sekolah setiap bulan. Apa kerja orang kementerian? Salahkan pihak sekolah padahal yang untung mereka. Jom kita korek...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.