Khamis, Februari 27, 2014

SAYA INGIN MAKAN LAKSA BUKAN NYAMUK


Petang semalam, saya bertemu  beberapa pengendali  blog dari Alor Setar, Kedah dan makan malam bersama mereka. Sebelum itu saya dibawa ke gerai Zakaria Laksa Telok Kechai di Jalan Kuala Kedah.

Sebaik kenderaan diberhentikan di tepi jalan, bau hanyir longkang menusuk hidung. Mujur gerai terbabit ditutup awal.

Kira-kira jam 7.45 malam tadi, saya sekali lagi dibawa oleh rakan ke premis dikunjungi ramai pelanggan itu. Sebaik duduk di kerusi, banyak nyamuk berterbangan dan mula menggigit tubuh. Setelah memaklumkan pelayan, saya tercium bau racun semburan nyamuk.

Alhamdulillah.

Bagaimanapun, nyamuk tetap mengurungi kami.


Rimas digigit oleh puluhan nyamuk, kami kemudian berpindah ke meja lain, dilengkapi kipas siling. Namun bilangan nyamuk semakin bertambah sehingga terbang masuk ke dalam hidung. Laksa dan sate dipesan tidak berpeluang kami habiskan kerana tidak selesa dengan gangguan terlampau. 

Pada masa sama, bau longkang pula semakin busuk.

Rakyat Malaysia tahu, kini demam denggi menyerang mangsa tanpa mengira lokasi. Bagaimanapun Selangor masih mencatatkan rekod tertinggi kes demam denggi, 219 kes berbanding Kedah.

Sebelum bergegas masuk ke dalam kenderaan, rakan merakamkan gambar air longkang kira-kira 5 meter dari meja kedua.


Air longkang bertakung dan tidak bergerak, dipenuhi sampah. Tidak hairan jika baunya amat meloyakan.


Saya difahamkan, longkang di tepi jalan persekutuan ini diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya, JKR.

Barangkali JKR terlepas pandang.

Premis menjual laksa itu terkenal tetapi serangan nyamuk dan longkang berbau bak jamban menghilangkan selera.


Kepada kakitangan JKR, mohon longkang itu dibersihkan dengan kadar segera. Saya teringin memakan laksa, bukan nyamuk.

5 ulasan:

  1. bagus perniagaan akak ni.. mybe boleh untung bersih rm1k sehari... tapi takkan tak ada inisiatif diri(akak) utk membersihkan longkang kat depan tu? kak... saya syorkan.. cari pembersih longkang privet bayar RM100 utk bersihkan longkang kt depan tu. jdi customer pun gumbira.. akak pun tak bintat2.. bukan kah ini WIN WIN ..?

    BalasPadam
  2. Betul tu tuan, kita jgn mengharapkan org lain nak buat...mmg itu kerja JRK tapi kalau sama2 membantu, perniagaan pun bertambah....

    BalasPadam
  3. sama-sama membersih kawasan sekitar...sama mcm satu iklan mengenai nyamuk...kalau tengok sj mmg tak selesai masalah....mmg itu kerja JKR tapi kalau kita tak berkira sgt, tentu perniagaan kita bertambah maju..

    BalasPadam
  4. Salam Bro, apa kurangnya dengan banyak tempat makan tepi jalan termasuk restaurant yang dipenuhi nyamok. Bila pegawai kesihatan dari MPPP (Majlis Perbandanran P.Pinang) datang ,mereka mula mencari nyamuk untuk dikeluarkan kompaun kepada pengusaha tapi mereka lupa yang longkang longkang besar yang sepatutnya diselenggara dan dibersihkan oleh pihak MPPP sendiri pun dipenuhi dengan nyamuk dan didalam situasi sebegini siapa agaknya yang akan mengeluarkan saman atau kompaun pada pihak MPPP ?

    BalasPadam
  5. SMTI-pandai berniaga je, tapi kebersihan sekitar kedai sibuk nak harapkan JKR bersihkan. Apalah salah ya kalau buat pahala sikit, bersihkan apa yang patut, longkang bersih, nyamuk yiada, bau busuk tiada, pelanggan makin ramai. Otak letak dalam longkang punya orang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.