Ahad, Februari 23, 2014

PELAJAR PTA DIDAKWA MENENDANG KERUSI DAN KERETA


10 Februari lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, JHEAIK, mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah, ditutup.


[ Klik di sini ]

Namun Pengetua PTA, Muslim Ab Karim memaklumkan media, dia akan membuat rayuan terhadap tindakan itu kerana khuatir nasib bakal menimpa 105 pelajarnya. Hari ini, Sinar Harian memaparkan hasil tinjauan wartawan ke lokasi.

Beberapa pelajar ditemui dalam waktu singkat meluahkan hasrat untuk pulang ke rumah kerana rindukan ibu dan ayah mereka.

Klik di sini.

Kira-kira jam 3.30 petang, 21 Febaruari lalu, 11 hari selepas PTA diarah memberhentikan operasi sekaligus dilarang memperkudakan pelajar untuk mengutip derma, saya terlihat seperti kelibat pelajar PTA di Bandar Baru Selayang, Selangor. Sebaik menyedari gambarnya dirakamkan, dia menyelinap melarikan diri ke bahagian belakang deretan bangunan kedai.


Bertujuan memastikan fakta, saya menghampiri peniaga di kawasan sama, Hashimi Abdul Rahman, 40 tahun, berasal dari Segambut, Kuala Lumpur.


"Tadi dia makan di sini," ujar Hashimi.

"Selalunya ada tiga pelajar PTA mengutip derma di sini. Lelaki bergerak dari kedai makan ke kedai makan manakala pelajar perempuan pula mengutip derma sambil menjual pelbagai produk SM Amin di stesyen minyak," celah rakan Hashimi, Azmi Awang, 49 tahun.


"Kami berniaga, apabila mereka melintas di hadapan restoran, kami jemput mereka makan. Kasihan melihat mereka kepenatan. Bayangkanlah, seharian  berjalan ke hulu ke hilir mengutip derma, di antara jam 11 pagi dan 1.30 pagi. Mazidul tadi terserempak dengan pelajar yang kurus, sebenarnya ada dua lagi rakan bersama dia," ujar anak kelahiran Alor Star, Kedah itu.


"Pernah saya lihat, seorang daripada pelajar menendang kerusi di restoran di Taman Tun Dr Ismail, berang kerana orang ramai tidak membeli produk dijual. Kejadian berikutnya berlaku di hadapan restoran tempat kami berniaga. Pelajar PTA lelaki, bertubuh besar berusia dalam lingkungan 16 tahun, menawarkan produk SM Amin kepada pemandu kereta, duduk di dalam kenderaan. Pemandu itu menolak, dengan tidak semena-mena pelajar PTA itu terus menendang kereta diparkir," dakwanya.

"Mungkin mereka sudah bosan diperkudakan sebegitu," kata saya.

"Saya kurang faham, mengapakah selepas lebih 11 tahun notis pertama dikeluarkan oleh JHEAIK, PTA baru ditutup," komen Hashimi.

Rumusannya, biarpun PTA tidak lagi beroperasi pada waktu ini, pelajar pusat terbabit, dipercayai tinggal di rumah transit di Sri Damansara masih meneruskan kegiatan mereka.

13 ulasan:

  1. semoga usaha murni bang dol diberkati ALLAH

    BalasPadam
  2. pelik dan tersangat pelik. notis dah tujuh tahun keluar, tetapi elok je terus-terusan bergerak macam tak ada apa-apa. apa masalahnya? adakah pihak berkenaan tidak tahu kewajipan siapa untuk bertindak? sendiri tak tahu kerja sendiri? hahahaha...geram memang dah lama. kekadang timbul rasa kasihan dengan budak-budak ni, hulurlah sikit untuk makanan diorang. tapi kekadang hangin jugak, bila fikirkan budak-budak ni diperkudakan. adakah pihak-pihak tertentu mahu memberitahu bahawa itu kerja 'SAYA' dan 'SAYA' yang perlu bertindak?

    BalasPadam
  3. kasihan.. kalau sy bayangkan adik2 saya terpaksa kutip derma and kurus sbb penat buat kerja ni... hati saya sedih. bagaimanalah perasaan ibu bapa kalau tahu anak mereka macam ni?

    BalasPadam
  4. Teruskan usaha murni saudara....Semuga diberkati ALLAH.

    BalasPadam

  5. Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

    LIHAT BUKTI DI SINI
    LIHAT BUKTI DI SINI

    'Please Note'

    - Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

    - Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

    - Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

    - UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

    - UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

    - UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

    Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

    BalasPadam
  6. Kadang2 bagi je RM1 or RM2. Pastu pesan kat budak tu,

    "Ini utk adik, jgn bagi kat bos adik yg dah kaya raya tu, Dia goyang kaki layan betina, adik penat2 kena maki dgn rakyat"

    hehehe suka bakor

    BalasPadam
  7. Tuan SM Amin memang mempunyai suara yang lunak, berpotensi menjadi penyanyi popular seperti awie.. haha.. http://www.youtube.com/watch?v=Wp-h6dPb9h4

    BalasPadam
  8. aduh <--- ini je yg termampu aku ucapkn... ape kerja org kt pejabat kera***n tu? sebok nak mencantikkan office atau sebok pikirkan tatacara susun kabenet fail? yg dok kat atas pulak... sebok mesyuarat... mesyuarat kt langkawi resort.. mesyuarat kt tioman resort.. tak habis2 mesyuarat.. hasilnya? bukak tin biskut... ketuk2.. dpt la habuk,,, tu pun nasib baik dia bukak... kalau kami ni.. dh jual tin biskut tu... sbb habuk pun tada..

    BalasPadam
  9. Baru jumpa semalam di seksyen 13 shah alam.

    BalasPadam
  10. baru petang tadi terjumpa budak jual produk itu kat sek7 shah alam. kalau tak silap ternampak kilang@bangunan SM ketika saya dari seksyen 22 menghala putrajaya.

    BalasPadam
  11. kesian dekat budak2 yang dipergunakan..mana la mak bapak budak2 nie..seeloknya jgn bagi duit pada mereka walaupun dah pesan itu duit utk mkn,,kebykkan mereka takut untuk guna duit tersebut..sebaiknya beli kan makanan atau minuman utk bdk2 tu..

    BalasPadam
  12. SM Amin tu ada kt mana skrg? Dia byk rasuah kn org ke sampai smua org mcm takut nk ambil tindakan .. dibiarkan sampi lbh 10thn jd mcm ni.? Ke dia ade guna ilmu3 tertentu utk tunduk kn pihak berwajib spy tutup mata je ng ape yg dia buat skrg.. geram betul.!

    BalasPadam
  13. malam tadi sy ada jumpa pelajar perempuan 13 tahun dr PTA kutip derma jam 10mlm di dpan maybank Sri gombak. Sedih tgk budak tu letih diperkuda utk minta derma.. boleh kah kes sebegiini dilapor pada polis???

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.