Selasa, Februari 18, 2014

LAPORAN POLIS EXCO KEDAH : TINDAKAN POLIS SPRM DAN JKM?



Hujung Januari lalu Exco Negeri Kedah bersama Pemuda UMNO Kedah membuat 5 laporan polis terhadap pihak pengurusan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah.

Pengadu memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Jabatan Kebajikan Malaysia, JKM dan polis menyiasat kegiatan PTA selama ini mengeksploitasi pelajar remaja di bawah umur.

Selepas 21 hari laporan polis dikemukakan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar, barangkali wajar jika polis, SPR dan JKM berkongsi status tindakan dilaksanakan terhadap aduan itu.


Sebelum ini Kerajaan Negeri Kedah didapati gagal menunaikan janji seperti disiarkan oleh akhbar Berita Harian.


Sudah terang, lagi bersuluh.

Klik di sini.

19 ulasan:

  1. Assalamualaikum...hampa nampaknya...ahad lepas masih ada budak kutip derma dari pusat tahfiz ini di kedai asam pedas seksyen 7 bandar baru bangi

    BalasPadam
  2. baru2 ni jumpa remaja minta sedekah dekat CIMB Permaisuri Setiu. Sy tanya dari mana, dia ckp dari Kedah. Sy tanya lagi, banyk duit datang jauh dari kedah, dia ckp mmg dia naik van "tour" satu malaysia mintak sedekah. X tau la betul ke tidak. Tp smpi tahap mcm ni sekali dah. Bnyk jugak modal datang jauh2 tu. Sy mintak surat n dokumen pengesahan, dia ckp x ada skrg. Sy ckp esok sy datang lagi nk tgk, then esok nya, dh x ada lagi. Nampak sangat lah....Harap2 ada pihak yang ambil tindakan.

    BalasPadam
  3. Saya di Kuantan minggu lepas. Sedang makan l/kurang jam 9.30mlm, datang seorang pelajar lelaki dr PTA datang jual barang. Saya ckp, saya tak mahu beli barang tp saya nak belanja dia makan apa2 sahaja. Beliau menolak dan berlalu ke meja lain.

    BalasPadam
  4. baru ptng tadi waktu pekena roti canai, dtng 2 org budak minta derma..bila tanya kata dari Pusat Tahfiz Amal Kedah...ish...ish...x habis2 jual agama.

    berhibur kejab dng video2 lawak politik: http://videodinamika.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Laporan polis sudah ada kenapa pihak polis masih tidak jalankan siasatan? Hairan juga saya.

    BalasPadam
  6. Semalam saya bertemu lagi dengan anak2 ni kat Shell KESAS. Nampak penat, maybe seharian mencari duit untuk syaitan bertopi manusia tu... SAKIT HATI tau!!!!! Adik ni jual barang2, bila kita kata xnak, dia kata bagi sedekah kepada anak yatim pun boleh... memang kesianlah... kenapalah si SM x dikenakan hukuman... kenapa polis x boleh tangkap dia ni sedangkan mmg terang2 dia menyalahgunakan anak2 yang tidak bersalah ni... ini boleh dikira sebagai perdagangan manusia atau paksaan utk mengemis kan? Pihak berkuasa, tolonglah, saya merayu buatlah sesuatu, bertindaklah... tak kesian ke dengan budak2 ni, masa depan diorang ni.... TOLONG!

    BalasPadam
  7. minggu lepas saya makan di astaka bandar perda bukit mertajam pun masih terdapat budak budak PTA nih mengutip sumbangan.apa yang menariknya dalam masa 1 jam sahaja,2 kali mereka datang kutip duit ditempat yang sama.dah macam robot budak budak ini bekerja.

    BalasPadam
  8. mazidul...

    link nie betul x?
    http://omakkau.blogspot.sg/2014/02/gambar-pengetua-pusat-tahfiz-amal.html

    BalasPadam
  9. salam.. jgn salahkan tahfiz.. mereka kutip derma sbb utk menampung sara hidup/mkn minum di tahfiz tersebut..
    duit yg diberikan oleh kerajaan negeri/perseketuan x mencukupi bagi mereka utk menampung pelajar disana.. itu sbblah mereka disuruh untuk mengutip derma.. tiada paksaan.. pelajar2 tu rela hati untuk membantu tahfiz..
    saya harap jgnlh semua berfikiran yg pengetua sekolah tersebut ingin mengambil kesempatan terhadap pelajar2 tersebut.. tolong siasat dlu.. ALLAH itu maha mengetahui wahai saudara-saudaraku sekelian

    BalasPadam
    Balasan
    1. org dah siasat sedare. cmon, mnde dah lame

      Padam
    2. Untuk makluman saudara PTA tidak pernah mohon bantuan kerajaan.bila depa mohon bantuan.segala aktiviti kutip derma dilarang.. akaun sekolah akan diaudit.sbb tu PTA tidak pernah mohon..

      Padam
    3. Kerajaan Kedah dah sahkan pusat tu salah dan ditutup tp pengetuanya masih bebas. Budak2 tu masih terus buat kutipan. Agaknya tak ada tindakan susulan kot dr pihak berwajib.

      Padam
  10. apa kes Muhammad afeeq.. orang dah siasat lama dah dia baru nak minta siasat.. pasal kesian kat budak2 tu la kena ambik tindakan.. pergi la melawat pusat2 tahfiz seluruh Malaysia ada ka yg buat macam PTA.. tahfiz apa kalau kerja hari2 kutip derma jaa.. harap2 jangan si afeeq ni pun kaki kat PTA dah laa..

    BalasPadam
  11. Di Malaysia ni kena ada satu nyawa yg terkorban barulah tindakan segera diambil pihak berkuasa...kalau ada kanak2 peminta sedekah diculik,dirogol,dibunuh (nauzu billahi min zalik) barulah semua pihak berlumba2 nak amik tindakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes ni sbb KPWKM yg pro aktif ambil tindakan tp klu kementerian lain, adakah yg pro aktif

      Padam
  12. Mohon wakil rakyat di Parlimen bahaskan perkara ni. BN, PAS dan PKR perlu sebulat suara usulkan satu akta baru atau pinda akta sedia ada yg sesuai bagi halang kanak2 usia bawah 16/18 dari terlibat dalam aktiviti mengutip derma/sedekah. Tak kira lah anak yatim atau murid sekolah (tahfiz/sekolah kerajaan). Kenakan hukuman berat kpd yg langgar undang2 ni. Kuasa polis terhad jika undang2 lemah. Boleh ke cadangan ni?

    BalasPadam
  13. Malang sekali sikap baik rakyat Malaysia yg suka menderma dan membantu telah diambil kesempatan oleh mereka yg mempunyai agenda peribadi dan bertopengkan agama.Bagaikan mafia mereka hidup senang lenang hasil titik peluh payah kanak-kanak.Mereka patut dihukum.Segala harta hasil sedekah orang ramai patut dirampas dan diserahkan kepada JKM untuk menampung kos penempatan semula kanak-kanak kepada sistem persekolahan yg betul.Ibu bapa yg sedar mereka telah tertipu sila buat aduan dengan segera kepada pihak polis atau JKM

    BalasPadam
  14. as salam... tgk air nampak la keruh atau jernih... bercakap senang la pasal ada akal...namum peristiwa yg berlaku di tasik beris dan realiti yg terpahat!!!!! hangpa semua ketinggalan jauh....biarlah berita mghiasi muka paparan.. baca dan tahu sudahlah...tak payah dok letih nak ulas2.. buat keruh tasik beris saja....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.