Jumaat, Februari 07, 2014

STATUS PENGGUNAAN LOGO SIRIM OLEH DOUBLE STEMCELL DIDEDAHKAN

Jam 11.39 pagi semalam, saya menghubungi Pegawai Perhubungan Korporat SIRIM Berhad, Daing Zarina Daing Mokhtar dan meminta SIRIM memberikan penjelasan berhubung status penggunaan logo SIRIM dicetak di bungkusan Double Stemcell.
Tepat jam 5.29 petang, saya menerima emel dihantar oleh SIRIM. Terima kasih kerana pantas memberikan respon.
Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Pengeluar produk Double Stemcell didapati telah menyalahgunakan Logo Halal kerana syarikat tidak pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.
Klik di sini.
Dipercayai, berikutan khuatir tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Phytoscience telah menukar pembungkus TANPA mencetak logo halal JAKIM.
Klik di sini.
Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan nombor rujukan dicetak pada pembungkus Double Stemcell, TIDAK merujuk kepada nombor kelulusan produk. 
Produk diluluskan oleh KKM mempunyai pelekat hologram Meditag yang dikeluarkan oleh syarikat Mediharta Sdn. Bhd, hanya dibekalkan kepada pengilang ataupun pengimpot dilesenkan oleh KKM. 
Sila baca di sini.
Justeru, masyarakat pengguna di Malaysia boleh melihat samada syarat itu dipatuhi atau sebaliknya.
Baiklah, sila baca pula penjelasan SIRIM Berhad mengenai logo SIRIM dicetak di bungkusan Double Stemcell.

PENJELASAN BERHUBUNG STATUS PENGGUNAAN LOGO SIRIM DI PEMBUNGKUS PRODUK DOUBLE STEMCELL
Syarikat Phyto Science Sdn. Bhd telah menghantar sampel produk DOUBLE Stemcell bagi pengujian kehadiran logam berat pada 28 September 2012. Pengujian yang dilakukan BUKAN bermaksud kelulusan daripada SIRIM memandangkan ia hanya terpakai kepada sampel yang dihantar.
Penggunaan logo SIRIM pada mana-mana produk yang menjalani ujian dari SIRIM QAS International adalah salah dan bertentangan dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, tanpa kebenaran bertulis dari pihak SIRIM.
Dalam hal ini syarikat Phyto Science Sdn. Bhd tidak mendapat kebenaran bertulis dari SIRIM Berhad bagi membolehkan mereka menggunakan logo SIRIM pada pembungkus produk Double Stemcell.
Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan SIRIM Berhad
Nampaknya, kini bukan sahaja kodex KKM, Phytoscience juga terpaksa pula membuang logo SIRIM dicetak secara jelas.

Pembuangan Logo Halal JAKIM, kodex KKM dan SIRIM pastinya satu tindakan bijak untuk mengelakkan pengguna terus dikelirukan. Jika produk dipasarkan berkualiti, masyarakat pengguna tidak perlu ditipu.
Sekalung penghargaaan kepada JAKIM, KKM dan SIRIM kerana sudi memberikan penjelasan dalam tempoh waktu singkat.



Saya juga difahamkan, pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menghantar kertas siasatan berhubung produk keluaran syarikat sama kepada pegawai bertugas di Halal Hub JAKIM. Bersama kita tunggu perkembangan kes ini.
Kuasa membeli di tangan kita, oleh itu gunakan kuasa terbabit secara bijak.

27 ulasan:

  1. Mazidul.... tak pasti u tulis pasal marah atau terkilan dengan syarikat ini.... Tapi tahniah kerana pro aktif mendapatkan maklumbalas pihak berwajib.

    Aku yg OKU fizikal ini pernah di dekati penjual stemcell ni.... dek kerana pulangan pendapatan yang tinggi.... mereka sanggup menjaja kelebihan produk ...dengan diri sendiri pun tak pasti keberkesanannya.... duit menjadi motif dan semangat promosi mereka
    Orang yang buat jualan langsung ni ....pantang saja namapak OKU berkerusi roda mcm aku ni....ada je yg bersimpati nak jual produk....dengan mcm mcm testimonial....dan boleh merawat segala penyakit.... Haprak betul

    Bagus ....agar Toke syarikat ni tak memperbodohkan dan menipu orang ramai.... dan fokus mereka pelanggan Melayu dan promter melayu yang di tawarkan bonus jualan yg menarik....dan di tayangkan pelbagai kereta mewah.

    BalasPadam
  2. Tidak pernah marah juga terkilan. Saya hanya manusia tidak berkepentingan dan mengambil inisiatif mendedahkan kebenaran. Semua kenyataan datang daripada PIHAK BERKUASA di Malaysia, bukan kenyataan saya.

    Saya tidak mendapat ganjaran 1 sen sekalipun untuk berkongsi maklumat disalurkan kepada saya. Pada masa sama, saya tidak mempunyai sebarang rekod menyertai perniagaan MLM di negara kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam en mazidul. saya nak tahu tentang sijil HACCP di mana saya boleh dapatkan pengesahannya di malaysia?

      Padam
  3. Salam.

    Saya pun dah lama ikuti perkembangan double stemcell ni.apa yg sy nmpk mmg syarikat ni patut dipantau krn bnyk insiden meragukan dan kita blh nmpk sndiri sikap manusia yg tamakkan duit,segala yg batil tu pandang sebelah mata je

    BalasPadam
  4. Salam

    Terkadang bosan juga selalu di momokkan dengan pelbagai produk untuk kesihatan. Kalau berkesan sangat kenapa pihak hospital tak guna.....

    BalasPadam
  5. Pada 1 Februari 2014, saya telah mengirim SMS kepada salah seorang penjual/ejen Double Stemcell tentang logo "HALAL" yang dikatakan tidak mendapat kelulusan dari JAKIM.

    Berikut adalah jawapan balas yang saya terima.
    "Tq..i dh thu..maslah nie dh selesai..alhmdulilah di sbb kn brkara nie mkin snng plk nk jlnkn biz nie...tq"

    Selepas dari itu, saya terus membalas dengan bertanya "jadi, produk ini halal?"
    Dan sampai sekarang, tiada apa-apa jawapan yang saya terima.

    Apa yang ingin saya katakan ini adalah ada masyarakat kita yang memandang ringan "halal haram".

    BalasPadam
  6. Sepatutnya produck yang didapati telah melanggar peraturan disita serta merta, sambil menunggu keputusan. Tetapi Kerajaan yang ada nampaknya terpaksa menunggu apabila ada kematian dari kepenggunaan produkini baru nak mengambil tindakan. Nampaknya Kerajaan tidak tegas didalam menguiatkuasakan perundangan .Macamtulah jadinya..cetak rompak, cd haram, dadah dan sebagainya...memang Kerajaan tak berguna langsung.

    BalasPadam
  7. Kalau tgk patent plak, produk ni bukan untuk kesihatan badan. Tetapi lebih kepada kosmetik. Boleh search US 20080299092 A1 di google patents search. Ni pun boleh dipertikaikan jugak. https://www.google.com/patents/US20080299092?pg=PA5&dq=US2008%2F0299092+A+1&hl=en&sa=X&ei=sRrwUou2O8G_rge74YCYAg&ved=0CEEQ6AEwAg

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau utk kosmetik, maka syarikat dan para penjual produk tidak boleh claim ia boleh merawat segala bagai penyakit yg ada dalam dunia ni. Dah kira menipu. Kalaupun produk tu halal, cara pengiklanan dan testimoni yg tak beretika (menabur janji2 pelesu..hehe) mcm ni, agak2 berkat ke tak hasil jualan produk tu?

      Padam
  8. Sekiranya syarikat ini sewenang wenangnya mengunakkan Logo sirim, jakim, KKM, berkemungkinan besar lain lain syarikat pun telah lama membuat perkara yang sama.
    Saya pernah mempunyai kedai runcit dan pada satu hari pihak kementerian kesihatan datang mengambil beberapa sample jeruk pek untuk dianalisa kandungan & bahan didalamnya.
    Apabila keputusan keluar salah satu jeruk telah dipastikan mengandungi bahan terlarang. Kedai saya telah disaman, atas alasan menjual produt yang mengandungi bahan terlarang. Saya acukan soalan adakah pengeluar turut disaman? mereka menjawap tidak. Mereka gagal menghubungi syarikat tersebut. Hairannya syarikat itu terus membekal jeruk tersebut dikedai saya untuk bulan berikutnya. Mereka juga membayar saman yg dikenakan keatas saya.
    Persoalan saya
    1) Selamatkan barangan makanan / fast food yang berada dipasaran
    2) Mengapa selepas product barada dipasaran pada satu jangkamasa yg lama baru hendak diuji
    3) Walaupun product gagal dalam ujian masih berada dipasaran.

    BalasPadam
  9. terima kasih. satu info yang sangat membantu.

    BalasPadam
  10. kalau dilihat no siri yg phyto letak pn merupakan no rujukan surat bukannya no siri bagi produk...apa pun produk perlu disemak melalui http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/maklumat/semakan-pendaftaran-produk.html..jika tiada dalam senarai maka produk tersebut tidak berdaftar & tiada kelulusan...

    BalasPadam
  11. Macam macam....
    Pengguna kena diajar macammana nak pilih produk terbaik untuk mereka.

    BalasPadam
  12. Sebenarnya logo2 ni sirim dan sebagainya sangat mudah didapati dalam talian untuk kegunaan para pereka. Ada saja pihak yang tidak pernah mendapatkan apa-apa kelulusan daripada pihak berwajib mengambil jalan pintas dengan menyuruh pereka memuat-turun sahaja dan gunakkan tanpa kebenaran.

    BalasPadam
  13. Subhanallah, I've seen your blog using google and i must say, this is probably one of the best well prepared articles i have come across in a long time. I have bookmarked your site for more post

    Feel free to surf my site
    :

    Ashafeeq Network dot kom dot mai

    BalasPadam
  14. Assalam tuan, apa status tindakan penguatkuasa atas produk ini sekarang, kesian tengok orang-orang melayu yang masuk MLM ini, walaupun diorang berbangga dengan bonus yang dapat, tapi khuatir kalau betul produk ini tak halal n mendatangkan mudarat apakah kesannya kepada mereka nanti

    BalasPadam
  15. bak kate sy punye lecture... klu product nie mampu utk cegah pelbagaai penyakit... knpe x jual kat farmasi.. knpe perlu jual kt FB, suruh org beli konon2 dapat pulangan lumayan.. Thing?..

    BalasPadam
  16. Jadi, kenapa kerajaan masih tak melihat isu ini sebagai satu kes yang berat? Bukan saya hendak menyalahkan pihak kerajaan. Tetapi sekurang-kurangnya pihak media seperti TV3 mahupun surat khabar juga memberi maklumat yang terkini mengenai masalah ini. Perkara ini berkaitan dengan makan yang akan menjadi darah daging kita. Perlu dijaga, perlu dipelihara.

    BalasPadam
  17. x der sesiapa yg rajin ke hantar sample ke Jabatan Kimia Malaysia..?

    BalasPadam
  18. Siap masuk paper lg lps dah tahu syrkt ni salah itu ini tp tskde tndkn lngsg dr pihak berkuasa..jd apa mknanya pndedahan demi pendedahan tp takde tndkn..skrg mereka smkin gah dgn "sijil halal antarabngsa" mereka..yg terus bodoh dan diperbodohkn adalah org islam

    BalasPadam
  19. Tahniah ats pendedahan!! Sangat membantu menyelamatkn kami pengguna nie.. boleh tlg cek aurawhite pulak??.. klw satu2 produk dipugar macam ni.. xde la berleluasa pjualan produk yg membahayakan pengguna.. tahniah mazidul!!

    BalasPadam
  20. Tahniah atas pendedahan yang bagus. Cuma kepada pengguna x semua MLM adalah mencari duit semata2, ada yang memberatkan ilmu tentang kesihatan. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang penting sebagai pengguna kenalah bijak dan berlaku adil kepada semua. Bijak memilih produk dan juga syarikat yg nak disertai. Wassalam.

    BalasPadam
  21. Mengenai logo sirim tu, mmg byk company yg menggunakannya n tampal di produk n flyers. Sirim dah claim dlm kertas result analisis sampel yg result itu hanya terpakai ke atas sampel itu shj. Syarikat water filter pun suka2 je amik advantage drpd result analysis sirim ni. Org yg x fhm mmg cepat je percaya.#exsirim#

    BalasPadam
  22. macam mana pula syarikat yang menggunakan sijil HACCP? bagaimana dan dimana hendak dapatkan pengesahannya di malaysia?

    BalasPadam
  23. Sampel telah dihantar ke jabatan kimia UPM dan keputusannya 100% unsur tumbuhan dikesan. Wassalam

    BalasPadam
  24. Compny ni Phyto Sciene ni mmg penipu la. saya sudah terkena. dpt call from call centre ckp dpt akan voucher percutian ke Beijing atau Bali kalau attend talk session. tp sebenarnya itu taktik murahan dorang nk tarik org dtg situ. yg dpt sebenarnya cuma voucher hotel & legoland 20%. sorry to say, mydeal.com, lazada & web2 discount yg lain lg boleh bagi harga discount kaw2. agak memalukan utk compny yg sembang juta2 tp setakat bg voucher cabuk mcm tu mmg sgt memalukan. lokasi di Megan Salak Park. minta maaf cakap la lokasi & opis mcm kedai kopi. ckp sales juta2 tp opis HQ mcm reban ayam je. kebanyakan consultant tak ada knowledge. yg dorang tau nk close sales je. kononnya dorang buat MLM trend baru yg dorang pgl Advance. konsep tak pyh cari org, masuk just let call centre & consultant buat keje. tp fee member double than traditional fee. Apakah? kalau dikira dari kos & upah call/consultant...perghh company ni mmg telan duit dlm senyap. nak2 lg bos cina tu lg untung byk utk 1 member. compny ni mmg awal2 menipu via call centre. tu belum lg bab2 product, laboratory test, halal test & kkm. jawapan yg diberikan pun agak mendukacitakan. menyedihkan bila tgok byk muka2 melayu terkena mcm aku. nk marah pun tak guna mcm2 je alasan dorang ni. mereka hanya tau menafikan tp hakikatnya yg terkena je tau. hrp ada byk lg pendedahan2. kesian byk yg dah terkena.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.