Sabtu, Mei 10, 2014

PENJUALAN ROKOK SELUDUP 24 JAM DI SANDAKAN


Sewaktu minum pagi di restoran berhadapan Pasar Umum Sandakan, Sabah, saya didatangi oleh pembantu kenderaan mengangkut barangan.

"Siapakah penjual rokok seludup itu?," soal saya.

"Warga negara jiran, Filipina, suku kaum Suluk dan Bajau," balasnya. 

Tambah Nelson, dipercayai mereka bermastautin di Sandakan tanpa dokumen perjalanan sah. Dalam bahasa mudah, mereka pendatang haram. Selepas bersalaman, dia beredar. Selesai minun pagi, saya mula merakamkan gambar kegiatan penjualan rokok seludup di Jalan 1 dan di kawasan sekitar.


Saya terlihat seorang anak muda membeli rokok daripada lelaki di atas dan pantas menghampirinya. Kata pembeli itu, rokok berjenama L.A dijual dengan harga RM5 sekotak.


Sumber berkredibiliti saya, penduduk Sandakan, 'Nelson' bukan nama sebenar, saya hubungi.

"Saya difahamkan, terdapat stor di kawasan berhampiran, penjual mendapatkan bekalan pelbagai jenis rokok di situ. Kalau sekatun rokok L.A dijual di antara RM30 dan RM35. Taukeh besar, Suluk. Purata 70 peniaga rokok seludup beroperasi di sekitar bandar Sandakan setiap hari, lelaki dan wanita. Mereka berniaga 24 jam, cuma bilangan peniaga berkurangan pada waktu malam," ujarnya.


"Pihak berkuasa, kastam, polis dan imigresen tidak menjalankan operasi memberkas peniaga?," soal saya.

"Ada juga tetapi melalui pengamatan saya, mereka hanya menahan peniaga rokok seludup kecil-kecilan, bukan taukeh. Ikan bilis ditangkap, jerung tetap bebas meraih keuntungan. Saya melihat, pihak berkuasa terus diperlekehkan secara terang-terangan," tambah Nelson.


Sebaik menyedari gambar dirakamkan, mereka semua menghilangkan diri, bersembunyi di celah deretan kedai.


Melihat senario penjualan rokok seludup secara terbuka, terfikir, tidak logik jika Ketua Polis Daerah Sandakan dan pegawai Kastam Diraja Malaysia bertugas di bandar itu  tidak menyedari aktiviti terlarang terbabit.

Mustahil.


Berikut gambar saya rakamkan berhampiran pusat membeli-belah, Genting Mas Mall.


Saya dimaklumkan, kegiatan penjualan rokok seludup berlarutan sejak 20 tahun lalu.  Telur penyu juga ditawarkan kepada pelanggan di tepi jalan, biarpun bahan itu terlarang di Malaysia.


Isyarat 'OK', menunjukkan telur penyu dijual di lokasi itu.

Cukuplah.

Pihak berkuasa, wajib memberhentikan kegiatan penjualan rokok seludup dan telur penyu dengan kadar segera.  Tidak perlu terus mengizinkan undang-undang diperlekehkan oleh warga asing di hadapan mata sendiri. Masyarakat tentunya melihat dan sebilangan barangkali mencetuskan tanggapan negatif terhadap pihak berkuasa.

Tentunya, bukan tanggapan sebegitu diinginkan. 

10 ulasan:

  1. sdh biasa dgn pemandangn begitu bkn di sandakan saja...malah byk tmpt lain disabah....penjual rokok yg haram senang2 begini pun pihak berkuasa x dpt tangkap apa lagi isu seperti penculikan dan keselamatan sabah yg jadi kegusaran rakyat sabah...

    BalasPadam
  2. ini semua salah umno buat pendatang banyak d sandakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara begini pun berlaku di Sarawak.Tiada UMNO pun.Nampaknya fenomina pendatang haram adalah global.Di UK dan Europa serta AS pendatang2 haram berlaku setiap masa.Dan nampaknya pendatang haram memilih negara juga.Kenapa tak pernah dengar cerita2 pendatang haram di Filipina,China,Korea Utara ? Negara2 tersebut miskin atau keselamatannya ketat kawalan?

      Padam
    2. Apa pula hang nak salahkan Umno .Orang Sabah yang salah membenarkan Umno masuk lagi pun yang menguruskan Umno di Sabah dulu dan sekarang nie orang Sabah sendiri ba. Apa barang.....

      Padam
  3. tahniah saudara mazidul kerana mengetengahkan perkara ini. fenomena ini sudah bagaikan barah dalam masyarakat sabah,ini antara punca mengapa begitu ramai pendatang yang bermaharajalela disana hinggakan berani menekan penduduk pribumi disana, suka saya nasihatkan supaya saudara menjaga keselamatan diri sepanjang saudara berada disana, saya syaki bukan sahaja mereka mempunyai rangkaian samseng yang mengawal sindiket tersebut malah pihak berkuasa juga ada yang bersekongkol, masakan masaalah ini tak dapat diselesaikan sepanjang 20 tahun bak kata saudara nelson. semoga tuhan sentiasa melindungi keselamatan saudara

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. PATI ke PADI ke is in every where, lihat sahaja di sempadan Mexico dan terbaru di selatan Spain.

    BalasPadam
  6. Bukan saja di Sandakan, kalau pergi LD & Tawau pn sama jg. Diorang duduk tepi bangunan dekat pasar ikan & sekitar Maybank. Pihak berkuasa dtg, diorang sembunyi rokok dalam kotak ja ataupun dlm parit. Kadang2 terfikir jg, kenapa diorang ni tidak ditangkap?

    BalasPadam
  7. saya pernah tinggal di Sandakan .. dan pernah ke Lahad Datu serta Tawau selama tinggal di Sandakan. Sejujurnya ... ketika menjejakkan kaki di bumi Sandakan khususnya .. saya rasa bagaikan berada di Negara asing .. bukan di Malaysia. Ia bagaikan sebuah tempa seperti dalam cerita-cerita Indonesia ( dulu saya peminat cerita Indonesia .. era pelakon Sophan Sopian, Dicky Zulkarnian, Rano Karno etc ) . Memang terasa aneh dan seram bergelumang dengan pendatang asing yang begitu ramai. Malah terasa benar ke ASING an nya. Sejujurnya saya berpendapat ... gejala yang en Mazidul perkatakan ini .. tak mungkin dapat dikawal apatah lagi di hapuskan. Mereka terlalu ramai .. koncon-konconya merata tempat dan pihak berkuasa tidak akakn mampu membenteras isu ini. Mereka sekumpulan orang yang tidak peduli dengan bahaya dan tidak kisah dengan undang-undang.

    BalasPadam
  8. Bukan saja di sandakan tetapi di mana-mana daerah di sabah ini serupa saja..sudah bertukar kepada suasana negara asing, Indon atau Pelipin..jika tak percaya cubalah menjelajah ke seluruh pelusuk sabah,,hata daerah kecil pun warga ini saja yang terlihat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.