Selasa, Ogos 04, 2015

VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)


Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.

'Duduklah dengan kami dulu sementara dapat kerja," ujar Nazri Said ketika itu sudah berkeluarga.

16 Jun 1995, Sehari sebelum menhadirkan diri ke sesi uji bakat di TV3 saya berada dalam keadaan kelam kabut.

Mana nak cari kemeja?

Itulah persoalan berulangkali bermain diminda saya sejak awal lagi.

"sebab apa muka nampal macam risau je ni?,' tanya Totty Asla Noor, Isteri Nazri.

Segan tetapi saya terpaksa berterus terang.

"Ti, kemeja tak ada, lepas tu esok nak pegi uji bakat."

Mendengar jawapan itu Totty masuk ke bilik tidur dan membawa beg plastik berwarna putih.

"Last week, Nazri beli kemeja tapi terbesar rasanya, saiz XL"

"Engkau taulah dia tu, bukannya nak tengok betul-betul, main beli je," komen Totty.

Dia mengeluarkan kemeja berwarna kuning air dari beg plastik dipegang lalu menyerahkan baju itu kepada saya.

"Engkau pakailah. Mana tau ada rezeki. Jadi selebriti kawan kita seorang ni," usiknya.

Saya tahu kenyataann itu sekadar hanya gurauan.

"terima kasih. Manalah tau," balas saya.

Keesokkanya jam 9 pagi.....

Bersambung.......

Virus kehidupan
Mazidul Akmal Sidik

RM2.6b dalam akaun Najib daripada penderma, bukan dari 1MDB - SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma, bukannya dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun, agensi itu berkata, siasatan berkenaan isu SRC International yang membabitkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

Mengikut SPRM, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1MDB dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

"SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," kata agensi itu.

SPRM berkata, pihaknya juga akan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan polis ke atas pegawai SPRM.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawainya terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' dan tanpa mengira siapa yang terbabit. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

"SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi hingga siasatan mengenai perkara ini selesai," katanya.

Rabu, Mei 13, 2015

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Pesanan untuk semua

Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 

Jika suka melanda, aku sering bertanya: 

“Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."






Isnin, Mei 04, 2015

"Tangkap orang yang langgar ayah saya," Nur Firuza Amira


"Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tonton selanjutnya :

Kerana sikap dan hati manusia yang tidak bertanggungjawab, akhirnya mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Berlumba tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. 

Allahuakbar.

Berikut adalah Rakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba


Ikuti luahan dari nenek Firuza.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.


Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.

Al-fatihah



Ahad, Februari 15, 2015

MAZIDUL SEMAKIN SIHAT...


Alhamdulillah, hampir 8 bulan kita tidak melihat sebarang posting dari Saudara Mazidul Akmal.

Buat pengetahuan semua, kesihatan Mazidul Akmal semakin menunjukkan perkembangan yang positif.  klik untuk baca

InshaAllah, jika anda semua terus mendoakan kesihatannya, mungkin dalam masa terdekat beliau akan mula menulis kembali.

Pasti ramai yang ternanti-nantikan entry sulung beliau selepas beliau jatuh sakit.

Semoga kita terus berdoa supaya kesihatan beiau kembali seperti biasa. 

-Admin-

Rabu, Jun 18, 2014

LIM GUAN ENG TIDAK MENONTON YOU TUBE?


Dalam kenyataan akhbar, Lim Guan Eng mendakwa RSN Rayer tidak melabelkan UMNO celaka di luar Dewan Undangan Negeri.

Klik di sini.

Barangkali Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpeluang menonton dan mendengar ceramah RSN Rayer di bawah.

"Celaka punya UMNO ..."


Itu antara kenyataan Rayer dalam ceramahnya sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil di Bukit Gelugur, Pulau Pinang.


Petang tadi Rayer dilihat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan dia dikatakan akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan 1948.


Klik di sini.

BENGKEL BERCAKAP

Bengkel latihan komunikasi berkesan, Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM ditawarkan kepada semua secara berkumpulan. Kumpulan terbabit tidak melebihi 30 peserta bagi satu sesi. 

Objektif bengkel, memantapkan lagi kemahiran bercakap di khalayak ramai. Tentunya kemahiran itu amat berguna khususnya kepada ahli politik, peniaga dan  pelajar. 


Bagaimanakah kaedah terbaik untuk bercakap secara lebih lancar, tenang, menyakinkan dan memukau audien? Cara untuk menangani gemuruh? 

Itu antara maklumat bakal dikongsikan.

Jika anda bercakap seperti lelaki di bawah, memang kemahiran bercakap anda perlu diasah.



Tempoh YBBM, sekitar 5 jam. Tempat, makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur. 

Sila klik di sini untuk meninjau antara bengkel telah dilaksanakan sebelum ini. Jika berminat menganjurkan YBBM, sila hubungi En. Zul di talian 019 271 5610.

In Sha Allah, pengalaman bercakap di khalayak ramai dan juga di televisyen, hampir 20 tahun berpeluang  saya kongsikan bersama peserta.

Selasa, Jun 17, 2014

560 RAKAN FACEBOOK INGIN MELIHAT PEGAWAI JAKIM MAKAN CADBURY


Berikut status saya muatnaik di akaun facebook.



560 pemilik akaun laman sosial menyatakan keinginan mereka untuk melihat gambar atau rakaman video pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, memakan produk Cadbury disahkan halal.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Halal Hub JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata, sangggup memakan cokelat Cadbury sekiranya diminta berbuat demikian. 

Alhamdulillah.

Jika kerana berstatus penjawat awam, pegawai JAKIM dilarang untuk menunjukkan bukti tanpa keraguan, siapakah lagi akan melaksanakan tugas itu secara sukarela? Ahli keluarga pegawai JAKIM? Rakan karib mereka? 


Demonstrasi itu akan menghantar isyarat LEBIH jelas kepada rakyat Malaysia, JAKIM sendiri tidak berasa was-was terhadap produk,  sebelum ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dicemari DNA babi.

Kami akan terus menanti.

JOM BORONG BERSAMA MAZIDUL (JBBM) DI HO CHI MINH VIETNAM (7-10 DISEMBER 2014)


Saya mula jatuh hati dengan Ho Chi Minh, Vietnam sejak pertama kali berkunjung ke bandar itu kira-kira 2 tahun lalu. Ingin kerkongsi keunikan HCM, saya dengan kerjasama IDeal Travel and Tour menganjurkan 2 kali rombongan ke bandar dihuni kira-kira 10 juta penduduk terbabit. 

Rombangan kedua ke HCM di antara 7 dan 10 Jun lalu. Turut serta, pembaca blog ini dan juga rakan facebook.

Kami menaiki pesawar MAS dari KLIA.


Setibanya di Lapangan Terbang HCM, kami menaiki bas dan kemudian melawat beberapa mercu tanda di bandar terbesar di Vietnam itu.


Semua peserta berpeluang melawat dan merakamkan gambar di beberapa lokasi ternama di HCM sebelum dibawa ke hotel. 


Kedudukan hotel, berhampiran pusat membeli-belah dan selesa.


Peserta berpeluang berkunjung ke Sungai Mekong, makan tengah hari dan membeli-belah.


Klik di sini untuk melihat gambar saya rakamkan tatkala bersama peserta rombongan kali pertama pada September 2013.

Tidak dapat disangkal, HCM, 'syurga' membeli-belah pelbagai barangan dengan harga lebih murah dan tidak hairanlah mengapa majoriti peserta, wanita.


Rombongan kali ke tiga, JBBM  bakal dilangsungkan di antara 7 dan 10 Disember 2014.

1. Kos 4 hari, 3 malam untuk memborong di HCM, RM1,580 sahaja, untuk peserta dewasa.

2. Semua peserta akan berkunjung ke Sungai Mekong dan membeli-belah selama 3 hari berturut-turut termasuk di Pasar Malam Ben Thanh.

3. Hubungi Puan Lin, WhatsApp/SMS di talian 012 6277300 untuk menempah tempat atau mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan.

4. Deposit RM500 harus dijelaskan sebelum 10 Julai 2014.

5. Tempat, terhad, siapa cepat dia berpeluang mengikuti rombongan ini.

SALAH EJA SALAH SUSUN


Dilaporkan Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS dibina dengan kos RM20 juta ringgit.

Melalui maklumat disalurkan oleh pembaca blog ini, kompleks terbabit masih belum diserahkan lagi kepada FAS.  

Jika diteliti gambar di atas, tulisan Jawi disusun terbalik itu telah ditampal. Gambar asal, di bawah. Semua orang Islam tahu, tulisan Jawi dibaca dari kanan ke kiri.  Sifat ketidakprihatinan tentunya mengundang kontroversi. Tidakkah ada seorang pun individu beragama Islam terbabit memantau pembinaan papan tanda itu?

Kes ini rasanya tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia. 

"Apa yang berlaku pada papan tanda ini bukan sahaja salah dari segi ejaannya tetapi juga sususan ayatnya dan ini jelas menunjukkan orang yang membuat papan tanda itu tidak tahu langsung tentang tulisan Jawi," ujar pensyarah Fakulti Tamadun Islan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, Dr. Kamaruzaman Yusof.

Saya pula melihat, betapa tulisan Jawi terlalu mudah diperlekehkan.

Klik di sini.



Ada baiknya pihak kontraktor atau FAS berkongsi gambar papan tanda telah diperbetulkan. Nampak sangat pihak berkuasa tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum projek dilaksanakan.

Isnin, Jun 16, 2014

SOALAN UNTUK KHALID IBRAHIM : KANAN KE KIRI ATAU KIRI KE KANAN?


Kalau gambar dihantarkan kepada saya ini asli, kerajaan negeri Selangor harus melakukan pembetulan.

Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri, bukan seperti di bawah dan di papan tanda Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor.


Siapa punya kerja? Kontraktor Melayu ke? Jahil benar andai kontraktor Melayu tidak mengetahui aturan tulisan Jawi. 

Pengerusi persatuan, juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, boleh tolong jelaskan?



HIDUP TANPA WIFI DAN JALUR LEBAR


Jika mulai tengah malam ini, kemudahan wifi dan jalur lebar tidak lagi dikecapi, apakah antara kesannya kepada kehidupan kita?

Ahad, Jun 15, 2014

LEBIH MOLEK JIKA KAKITANGAN JAKIM MAKAN PRODUK CADBURY

Sejak dari awal, saya mengikuti perkembangan kes status 2 produk Cadbury disahkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Pengumuman itu menjadi viral. 

Beberapa hari kemudian, ujian dijalankan di makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk syarikat itu halal dimakan.

Berita itu juga pantas disebarkan di media utama dan sosial. 

Namun mengapakah sehingga ke saat ini, ramai pengguna beragama Islam, masih berasa ragu dengan status produk itu? 

Soalan itu wajib dihuraikan.

KKM, JAKIM dan syarikat pengeluar produk berhak mengemukakan penjelasan kepada masyarakat umum. Namun usah lupa, sekali keraguan tercetus di minda pengguna Islam berhubung status halal haram, ia tentunya sukar untuk dikikis. Tidak semudah menyental tompokan tumpahan ais krim terpalit di lengan baju.

Jika kini pengguna Islam berkunjung ke kedai untuk membeli produk berasaskan cokelat, mereka mempunyai pelbagai jenama pilihan. Logik akal, adakah mereka akan memilih produk sediakala terpalit dengan kontroversi? 

Melalui pembacaan, saya dapati KKM tidak pernah mengatakan berlaku kesilapan terhadap keputusan ujian dijalankan oleh makmal agensi itu terhadap dua produk Cadbury, disahkan mengandungi DNA babi. 

Barangkali seperti saya, ramai pengguna masih menunggu penjelasan terperinci KKM, BAGAIMANAKAH dua produk itu boleh dicemari oleh DNA babi? 


Apapun, saya menghargai usaha sekelompok rakan pengendali blog menganjurkan demonstrasi memakan produk Cadbury untuk lebih menyakinkan masyarakat pengguna mengenai status halal produk terbabit. 

Klik di sini.

Namun, perkiraan peribadi saya, LEBIH molek sekiranya pegawai kanan JAKIM sendiri memakan produk sama (bukan sekadar memegang) dan demonstrasi itu disiarkan oleh media utama dan sosial. Teringin benar melihat Ketua Pengarah JAKIM menikmati cokelat Cadbury.

Dijangka, berita, gambar pegun serta rakaman video bakal viral, seandainya saranan itu dizahirkan.

Sabtu, Jun 14, 2014

KURMA MALAYSIA

Minggu lalu heboh berita berhubung pokok kurma berbuah ranum di bandar Kota Bharu, Kelantan.


Berkebetulan berada di ibu negeri Kelantan, saya berkunjung ke bulatan di tengah bandar itu. Pada waktu petang, ramai rakyat tempatan bergambar bersama rakan dan ahli keluarga, mengkagumi keindahan semulajadi itu.

Enam pokok kurma berbuah dan dijangka masak pada akhir Ramadan ini.


Majoriti pembaca blog ini barangkali tidak berkesempatan untuk datang ke sini lalu saya rakamkan banyak gambar untuk tatapan semua.


"Sebelum ini saya pernah ke sini. Pokok berbuah tetapi kecil, tidak sebesar sekarang ini," ujar seorang daripada pengunjung saya temui.

Pokok kurma terbabit ditanam oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu.


Sedikit maklumat menarik juga ingin saya kongsikan. Sewaktu berada di Negeri Serambi Mekah ini, saya dan anak sulung, Muhamad Afif Faiq berpeluang melawat ladang kurma seluar sembilan ekar. Beberapa pokok kurma di ladang itu berbuah tetapi bersaiz kecil.


Sekitar 350 pokok kurma ditanam di ladang sama, 10 pohon musnah akibat umbut pokok diserang dan dimakan oleh ulat berbadan lembik tetapi bergigi tajam.


Untuk pengetahun pembaca, saya telah berkunjung ke tapak semaian anak pokok kurma di Ipoh, Perak dan kemudian merakamkan visual di kilang pembungkus pelbagai jenis buah kurma di Pengkalan Chepa. 

Tengah hari tadi, saya membuat liputan di stor penyimpanan buah kurma, milik anak Melayu di Kota Bharu sebelum ke Melaka untuk melengkapkan laporan Majalah 3, 'Kurma Malaysia', bakal disiarkan pada Ramadan ke 2, 30 Jun akan datang.