Sabtu, Februari 26, 2011

Mengapa ...

Berfikir ...

Sambil cuba mencari isu tidak membosankan pembaca. Bukan mudah menulis tetapi kebanyakkan berusaha sedaya-upaya.

Tertakluk kepada ruang masa, mengemaskini blog pada awal pagi, tengahari, petang atau malam.

Kekadang bukan semua tampalan dibaca dan dicerna kandungannya.

Pada masa sama majoriti pelawat hanya membaca tanpa meninggalkan jejak mereka.

Justeru mengapa masih menjadi blogger?

Itu soalan saya.

Kongsikan jawaban bersama pembaca lain.

Dia Terus Meracau

Saya keliru berhubung sikap blogger pernah saya dedahkan identitinya sebelum ini.

Dia gila menghantar spam ke blog ini dan saya mula berasa penat memadamkannya. Jika dilihat raut wajah, dia kelihatan seperti manusia normal dan profesional, biarpun hakikatnya tidak.

Ditampalkan wajahnya dalam 2 gambar berbeza  beserta butiran dirinya dengan harapan dia memberhentikan kegiatannya kerana dia kini dikenali namun setakat ini usaha itu kelihatan sia-sia.

Pelbagai kaedah digunakan sebelum ini, dia dinasihati secara lembut  dek beberapa bloggers lain serta dimarahi mereka tetapi jiwa kacaunya terus meronta dan meracau.

Saya memohon bantuan rakan bloggers untuk menasihatkan dia.

Boleh?

Dia pembaca regular blog ini.

Terima kasih semua, jasa anda amat saya hargai.

Jumaat, Februari 25, 2011

Bonus Hospitality

Jam 8.30 pagi tadi, saya dan kru 999 menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Miri, Sarawak.

Sebelum ini saya berulang kali menggunakan khidmat syarikat penerbangan negara terbabit untuk ke pelbagai lokasi di dalam dan luar negara.

Bezanya kali ini, saya amat terasa maksud moto MAS, Malaysian Hospitality, MH. Sebaik masuk ke dalam kabin, kami disambut dengan senyuman dek Ketua Pramugari, Nora Ahmad, 41 tahun., anak kelahiran Johor. 19 tahun berkhidmat bersama syarikat penerbangan terbabit barangkali telah mendewasakan Nora setiap kali bertemu penumpang.

Nora, kenalan saya biarpun pada awalnya dia berkata ...

"Tak kenal lah tu"


Sewaktu sarapan pagi diedarkan, pramugara, Husin Siman, berasal dari Kluang, Johor menyapa saya.

"Encik Mazidul nak minum anything special?"

"Diet Coke atau Pepsi Light ok," balas saya.

Kurang 5 minit kemudian, saya menikmati Pepsi Light, 36,000 kaki dari paras laut.

Husin juga sempat berbual bersama wartawan 999, Hazlin Hussain di bahagian belakang pesawat.

"MAS, Mazidul Akmal Sidik," gurau Hazlin.

Husin, rakan kepada kawan sekolah saya, Norazmi Lee Abdul Rahman kini Ketua Pramugara di syarikat penerbangan sama.

"Dia senior saya, pendiam tetapi really concern setiap kali bertemu rakan. Tanya apa khabar? Sihat ke?, Kalau penat, rehat dulu," kata Husin.

Ya, itu sikap Norazmi sejak saya kenali sewaktu kami belajar di kelas sama selama 5 tahun di sekolah menengah sebelum menuntut di Kolej Pengajian Persediaan di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.


Berikut gambar Hazlin gembira selepas bertemu juruterbang di cockpit. Ha! Ha! Ha! Bukan! Tawa itu saya rakamkan kerana dia kekenyangan dan baru mendapat bonus hari ini.

But yes! Hari ini saya dan Hazlin berpeluang buat pertama kali bertemu juruterbang dan pembantu beliau di cockpit.


Kru kabin, dari kiri, AG Safwan, Marta Haleys, Lam Mun Thian dan Husin.


Mereka semua tidak lekang dengan senyuman bukan seperti sebilangan pramugari dan pramugari saya temui sebelum ini, berwajah penat.

To all of them, thanks for the hospitality.


Khamis, Februari 24, 2011

Akhirnya Kekasih Pengkid Bersuara

Saya tertarik dengan komen berani dicatatkan blogger Isandra Lyana, saya percaya dia membuka akaun blog hanya sekadar untuk melontarkan padangannya di blog ini.

Barangkali jiwanya terusik sekaligus perasaannya membuak-buak kerana tidak tahan membaca pelbagai komen dinukilkan lelaki dan perempuan NORMAL.

Akhirnya dia bersuara ...

Berikut kenyataan Lyana dihantar ke ruang komen tampalan Pengakuan Janda Pengkid.

'Hanya kami saje yg pahm kenapa kami jadi begini. Sy dah bercinta dgn pengkid hampir setahun. Dia ada kisah silam sendiri.derita yang dia tanggung sebab dirogol oleh saudara kandung sehingga melahirkan seorang anak so, salah kah dia memilih untuk menjadi pengkid? Kami tak memerlukan lelaki yg ibarat syaitan bertopengkan manusia!' 

Sebelum ini saya berulang kali menulis tampalan berhubung pengkid di blog ini dan usaha itu hanya bak mencurah air ke daun keladi.

Kali ini, biarlah pembaca blog ini melontarkan komen berhubung dakwaan Lyana.

Silakan.

Eh! Ayah dia perempuan ke?

Rabu, Februari 23, 2011

Blog Journalis Maya Mendapat Sambutan Pembaca

Kekadang, jika kita terlihat perkara bermasalah tetapi kita hanya sekadar menjadi bystander, ertinya, kita tidak berusaha membantu masyarakat atau diri sendiri.

Blog Journalis Maya setakat ini semakin mendapat sambutan pembaca.

2 emel berserta gambar saya muatkan di dalam blog terbabit pada jam 6 petang tadi.

Selasa, Februari 22, 2011

Journalis Maya

Journalis maya pertama melaporkan.

Sila baca tampalan ini.

Terima kasih kerana prihatin dan membuktikan dakwaan.

Abang G9

Saya percaya gambar, elemen penting dalam penulisan blog biarpun tidak semua tampalan memerlukannya.

Semalam saya berada di Johor Bahru, Johor dan sebelum pulang ke Petaling Jaya, Selangor, saya singgah di Plaza Angsana.

Sebelum ini saya menggunakan Canon G9 selama hampir 3 tahun.

Kini saya memiliki Canon G12.


'Abang' G9, harganya hanya RM1,650, disertakan mini tripod, 8 Gig SD memory card dan bekasnya.

Apapun, saya yakin, jika kita memiliki kamera digital berharga puluhan ribu ringgit tetapi tanpa seni di dalam jiwa dan peluang merakamkan gambar pada detik paling sesuai, gambar terbabit tidak menarik.