Jumaat, Mei 25, 2012

JANGAN HEBOHKAN FASAL ISKANDAR DI BLOG ATAU FACEBOOK?

"Saya sudah menziarahi Iskandar di HSA sebentar td...nurse kat sana pesan, "Jangan heboh di blog atau FB, nanti ramai yang datang"


Adooiii!!!!"

Itu antara komen berbentuk keluhan dihantar kepada saya berhubung pesakit paru paru, Iskandar Syahlizan, 10 bulan, kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA, Johor Bahru, Johor.

Kisah penderitaan Iskandar, saya paparkan di sini dan di sini sebelum ini.




Semalam sahabat saya, blogger Hazrey memaklumkan, HSA mempunyai Jabatan Kardiotorasik dketuai oleh pakar paru paru, Datuk Dr  Rahman Ismail. Untuk rekod Datuk Dr Rahman pernah merawat adik ipar kepada blogger terbabit, klik di sini.


"Kami cuba mendapatkan second opinion, meminta bantuan Datuk Dr Rahman untuk meninjau keadaan Iskandar semalam (24 Mei 2012). Beliau hanya berpeluang melihat anak saya sekejap sahaja. Sebelum ini, kami tidak langsung mengetahui HSA mempunyai pakar berhubung paru paru. Persoalannya, mengapakah Iskandar tidak dimasukkan ke wad di Jabatan Kardiotorasik supaya dia boleh dirawat oleh pakar?," soal ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.


Hanya pihak pengurusan HSA mampu memberikan jawaban tepat kepada soalan dikemukakan oleh Siti.


Manakala, kakitangan Kementerian Kesihatan saya hubungi sejak 3 hari lalu dilaporkan masih menunggu fakta terkini dari Bahagian Perkembangan HSA.


Setakat ini, Iskandar tidak memerlukan bantuan kewangan, ibu dan ayah pesakit hanya ingin anak mereka diberikan rawatan pakar dengan kadar segera.


Berbalik kepada pesanan jururawat seperti dilaporkan oleh pembaca blog ini, saya berasa agak mushkil.


Melawat pesakit di hospital telah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita selagi tidak menjejas atau memburukkan keadaan pesakit. Kenalan barangkali datang menziarahi untuk menghulurkan simpati mereka kepada keluarga Iskandar.


Mungkin, penyebaran maklunat di blog ini sedikit mengganggu beberapa kakitangan di HSA tetapi mengapa perlu terusik? Saya hanya menyuarakan keluhan hati ayah dan ibu pesakit tertekan sejak anak tunggal mereka dimasukkan ke HSA hampir sebulan lalu.


Jika pembaca mempunyai Twitter atau Facebook, sila sebarkan informasi ini agar diketahui oleh Menteri Kesihatan atau Timbalan beliau.


Terima kasih di atas kerjasama dihulurkan.


HEBAHKAN 

16 ulasan:

  1. harap pihak kementerian ambik tindakan pada kakitangan yang cuba menyekat hak kemasyarakatan.

    Bantuan Ikhlas Untuk adik Iskandar Syahlizan

    BalasPadam
  2. lebih elok kalau anda tahu nama jururawat tersebut, senang dimajukan kepada pihak atasan

    ayat yg sungguh menjengkelkan.

    BalasPadam
  3. SMTI

    boleh diambil tindakan kerana tiada sikap prihatin kepada pesakit dan keluarga...malas lah tu...

    BalasPadam
  4. tujuan di sebarkan dalah untuk berkongsi , dan mungkin ada para pembaca di kalangan doktor yang prihatin dan hendak beri cadangan atau ap sahaja..kenapa perlu mengelabah wahai si jururawat..tp bukan semua jururawat begini..mungkin inilah nilanya..

    BalasPadam
  5. maybe maksud nurse tu kalau terlalu ramai yg dtg melawat akan menganggu adik tu nak rehat kot...kekddg yg dtg bwak anak2 kechik yg main2 kat wad so blh ganggu pesakit yg tgh sakit...pendapat saya je la..:)

    BalasPadam
  6. InsyaAllah, saya akan jelaskan dlm blog saya nanti ttg pengalaman saya td. Panjang kalau nk tulis kat sini. Tunggu anak2 tidoq dulu

    BalasPadam
  7. Komen kat atas tu adalah dari kawan saya..Dari cerita yang saya dengar dari mulut dia, jururawat tak nak menjawap persoalan yang dikemukakan oleh kawan saya.

    Adik Iskandar di Wad ICU kanak-kanak..Memang tak boleh masuk ramai-ramai.2 orang sahaja boleh masuk..kanak-kanak memang tak dibenarkan masuk..

    Saya minta kawan saya up kan entri tentang hal lawatan dia ke dalam blog dia http://chekiyah.blogspot.com/..maybe esok lusa dia akan upkan entri tentang hal ini.

    BalasPadam
  8. Penat saya tulis pepanjang tadi bro, blogspot buat lawak macam HSA, terus hilangkan komen.

    Anyway, saya tunggu entry ni sebenarnya.

    Selepas bapa Iskandar mengambil nasihat saya untuk bertemu Datuk Dr Rahman, saya buat keputusan untuk tidak menyiarkan story budak ni sebab saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan sebab pada saya our ultimate objective ialah untuk mendapatkan rawatan terbaik. HSA adalah hospital yang tak boleh disentuh, esok semua nurse akan buat perangai.

    Saya tahu, sebab adik ipar saya pernah mengalaminya. Selepas suaminya mengadu pada Metro, nurse di wad kardio HSA terus mengalami masalah pendengaran bila dipanggil adik ipar saya dan tetiba adik saya bagaikan tiada di situ.

    HSA adalah hospital sarkas.

    Hanya segelintir sahaja yang mahu benar benar bekerja. Saya sendiri dah beberapa kali siarkan masalah HSA hingga ada yang meragut nyawa.

    Kalaulah saya boleh bukak kaunter kat HSA tu, saya pasti hari hari saya ada story mengenai HSA. Tapi sekarang ni, HSA fobia bila nampak saya dan jurukamera.

    Apapun, sebenarnya apabila pesakit ditempatkan di ICU dan CCU, adalah penting untuk lawatan dikurangkan. Banyak faktor yang perlu diambil kira.

    Ya, saya tahu ramai yang prihatin tetapi rawatan di ICU atau CCU tidak seperti di wad biasa.

    Itu juga perlu diberi perhatian. Saya tahu ramai yang mahu datang melihat sendiri tetapi cukuplah jika dapat memberi sokongan pada ibubapa mereka dan tak perlu masuk ke ICU atau CCU.

    Ya, saya sedikit menyokong HSA kali ni tetapi bukanlah pada kakitangan mereka tetapi faktor kenapa pelawat perlu dikurangkan.

    Maka, adalah saya nasihatkan agar mereka yang menjenguk Iskandar tak perlu mengeruhkan keadaan lagi sebab saya tahu perangai kakitangan HSA ni. better toksah. Cukuplah apa yang dah ditulis Mazidul ni dan ia sudahpun mendapat perhatian Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

    Sekali lagi, jika mahu memberikan sokongan, cukuplah pada ibubapa Iskandar. Itu lebih afdal buat masa ini.Jangan kita tersasar fokus kita pada nurse mahupun sesiapa di HSA yang kita sendiri tahu, kita cakap apapun, tetap sama. Ohh, termasuk Pengarahnya sekali.

    Tetapi percayalah, ia sudah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan hasil tulisan Mazidul ni.

    BalasPadam
  9. Bagus juga ada teguran macam ni, dapat mengejutkan sesetengah pihak yang tidur lena selama ini. Harapnya dapat mereka menerima teguran dan menerima kritikan demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  10. Salam. Saya bukanlah sebahagian daripada kakitangan hospital kerajaan atau swasta tetapi saya lebih kepada wakil undustry pharmaceutical. Saya tahu kawasan unit-unit rawatan rapi adalah kawasan yang paling sensitif di dalam hospital. Maksud sensitif adalah kerana pesakit2 di dalam wad ini adalah mereka yang immmunocompromise atau dalam erti kata lain mempunyai sistem pertahanan badan yang sangat-sangat lemah melawan jangkitan oleh bakteria. Secara mudahnya ini disebabkan oleh sedative yang digunakan bagi mengurangkan kesakitan ditambah lagi dengan penyakit yang sedang dihadapi. Oleh kerana sistem pertahanan yang lemah ini, kebanyankkan pesakit didalam ICU tidak mampu melawan bakteria seperti Methicillin Resistance Staphylococcus, Acinetobacter, Pseudomonas dan sebagainya dimana kuman2 ini pada lazimnya adalah normal flora pada kulit kita. Kuman2 ini jika terjangkit akan menyebabkan jangkitan salur darah, pneumonia dan ini akan menyebabkan komplikasi yang berpanjangan. Untuk pengetahuan semua, pelbagai kajian telah dilakukan dan antara punca2 jangkitan ini salah satunya adalah daripada tapak tangan anda sendiri. Sebab tu setiap kali masuk ke dalam ICU anda dimintan menggunakan apron, face mask dan juga menyental tangan anda dengan 70% Alcohol Handrub bagi menggurangkan risiko 'bacteria transmission' yang seterusnya akan menyebabkan apa yang seluruh dunia kawalan jangkitan kenali sebagai Healtcare Associated Infection. Perlu diingkatkan juga jika terlalu ramai pelawat di dalam kawasan ICU anda juga mengancam pesakit2 lain kerana kajian sememangnya mendapati risiko Healthcare Associated Infection ini meningkatkan kadar kematian pesakit di dalam unit2 rawatan rapi di seluruh dunia.

    BalasPadam
  11. Terlalu banyak buruk sangka di kalangan masyarakat.
    Saya berani menjamin bahawa hubungan pesakit dan doktor, sebenarnya mempunyai banyak salah faham kerana kedua2 pesakit dan doktor adalah umpama 2 dunia yg berbeza yg mempunyai cara pemikirannya.

    Semua undang2 pihak hospital letakkan, ada sebab2nya, bukan sesuka hati. Saya mempunyai pengalaman di mana terlalu ramai saudara pesakit dlm sebuah wad, sehingga kami tidak menyedari ada pesakit telah dibunuh kerana terlalu ramai saudara yg menyebabkan kami tidak memantau pesakit. Malah isu2 kecurian pun turut berlaku apabila ramai saudara di dalam wad. Dan pihak polis pernah menangkap pencuri, dan pencuri tersebut terdiri dari seorang makcik. Siapa sangka makcik pun boleh menjadi pencuri

    Kesimpulannya apa sahaja undang2 yg kami tetapkan mempunyai sebab2 tertentu, bukan sekadar suka2. Namun disebabkan 2 dunia berbeza....salah faham sentiasa muncul

    BalasPadam
  12. Banyak lagi bentuk salah faham yg muncul di kalangan pesakit dan doktor,...dan salah faham ini boleh muncul dari doktor sendiri mahupun pesakit.

    Seperti....
    1/ doktor cuba menjaga bahasa sopan, dia mengatakan kepada pesakit, saya nak periksa belakang encik...namun bila periksa doktor memasukkan jari pada lubang dubur dan pesakit terkejut. Sedangkan bila doktor kata ingin periksa belakang, dia bermaksudkan ingin periksa lubang dubur, namun pesakit intepret just sekadar check belakang sahaja

    2/ Doktor menghantar berjumpa doktor jantung untuk melihat fungsi jantung....pesakit takdelah masalah jantung, pesakit mempunyai penyakit lain. Namun wujud salah sangkaan seolah2 dia mempunyai penyakit jantung

    3/ Kadang2 emosi yg keterlaluan juga menyebabkan mesej doktor tidak berjaya disampaikan. Doktor mengatakan ini bukan kes appendicitis, kena periksa lebih lanjut untuk barangkali bukan appendicits tetapi disebabkan penyakit wanita.Namun disebabkan keadaan emosi yg melampau menyebabkan pesakit gagal mendapat info yg tepat

    4/ Kadang2 pesakit keliru, kejap doktor ni ckp ini, kejap doktor itu ckp itu. Sedangkan hakikatnya dlm dunia perubatan, seorang yg pesakit batuk dan sesak nafas....mempunyai 100 sebab. Tugas sebagai doktor adalah untuk narrowkan sebab2 berikut. Kadang2 doktor katakan pd pesakit kita SUSPECT radang paru2....itu tidak bermakna pesakit ada radang paru2...kita cuma suspect. Namun apa yg pesakit fhm adalah lain, dia ada radang paru2. Kemudian bila dikaji dgn lebih mendalam....oohh...rupa2nya bukan radang paru2. Kemudian kita terangkan pd pesakit, pesakit jadi keliru, eh tadi ckp radang paru2, kmdn ckp lain....

    5/ Kadang2 pesakit bengang dan meradang, setiap hari ambil darah. Pesakit membuat kesimpulan buat apa nak ambil darah banyak2, takkan ambil darah sekali tak tahu sebab sakit. Kadang2 pesakit tidak fhm, kita ambil darah bukan sahaja untuk mengetahui sebab penyakit, tetapi juga ingin memantau keberkesanan rawatan kami. Sebagai contoh...seorang pesakit mempunyai nanah di hati...enzim hati yg menandakan hati sakit naik dengan mendadak. Kita bagi antibiotik...untuk mengetahui keberkesanan antibiotik yg kita bagi, kita ambil darah keesokannya untuk melihat respons terhadap rawatan kami. Keesokannya enzim hati menurun, itu menandakan rawatan kami berhasil.

    6/ Kadang2 pesakit meradang....kenapalah operation lambat sgt. Sedangkan sebagai seorang doktor, kita perlu utamakan kes2 operation yg hampir meragut nyawa. Takkanlah kita perlu utamakan kes operation yg kurang penting berbanding kes operation yg hampir2 mati

    7/ Kadang2 pesakit meradang kenapalah aku tunggu 4 jam dekat wad kecemasan....lamanya...Pastilah...dah nama wad kecemasan, sudah tentu kita utamakan kes2 meragut nyawa seperti sakit jantung, trauma berbanding yg datang hanya sekadar demam biasa

    Banyak lagi sebenarnya salah fhm antara doktor dan pesakit yg boleh saya senaraikan.......

    BalasPadam
  13. Kalau kita buka kitab2 zaman ulama dulu....ada topik yg berbicara mengenai adab2 berilmu. Dalam topik tersebut, ada mengajar supaya menghormati profession kepakaran masing2.

    Apa yg dapat disimpulkan, bila bab topik agama, biarlah org agama handle. Bila bab undang2, biarlah org undang2 handle. Maksudnya....org agama dia tidak akan masuk campur soal perungandan. Doktor tak akan campur urusan agama dan sebegitunya.

    Zaman hari ini lain, kerana zaman hari ini kurang adab berilmu. Yg doktor kadang2 nak persoalkan bab2 agama. Org2 agama nak persoalkan isu2 politik. Org undang2 nak persoalkan dan macam, sedangkan isu tersebut bukanlah kepakaran mereka. Inilah punca yg menjadikan masyarakat rosak. Benda yg bukan bidang kepakaran kita, kita nak memandai berbicara perkara tersebut. Sebab itu kita melihat dlm keadaan politik kita, wujud mcm2 salah fhm, kerana org yg tak pandai isu pentadbiran nak ckp pasal pentadbiran. Kalau mengikut ulama dahulu kala, benda ini dianggap telah mengikut nafsu dan telah melanggar adab2

    Cuba bayangkan bila isu agama dipersoalkan oleh org2 yg tidak ahli dlm bidang agama yg tidak tahu selok belok agama, sudah tentu kita sendiri sakit hati bukan?

    begitu juga dlm bidang lain. Kadang2 kita tak fhm bidang tersebut, tetapi kita nak memandai persoalkan perkara itu sedangkan kita tak tahu selok belok perkara tersebut. Sebab itu kita nmpk....bila guru memarahi anak, mak bapak memandai pula nak marahkan guru. Bila ustaz kata ini haram, kita pula memandai tampil cabar ustaz itu.

    Tp itu tidak bermakna kita dilarang untuk berhujah tindakan profession lain. Kita boleh...tetapi biarlah pd cara dan jalan yg betul.

    Kalau nak berhujah mengenai isu agama, maka kena gunakanlah methodologi agama iaitu mengunakan sumber quran hadis dan teknik2 ustaz dalam berhujah ilmu agama. Ini kalau kita tak mahu guna cara mereka, sebaliknya nak guna cara kita sendiri, cara kepala otak kita sendiri.....di sinilah di mana timbul kerosakan. Dan ini telah banyak berlaku dlm masyarakat kita malah menjadi suatu penyakit. Mengikut ulama, tindakan begini adalah (maaf kalau kurang sopan ) ini tindakan org bodoh

    Begitu juga bila nak berhujah ilmu perundangan, maka kita haruslah guna teknik2 mereka untuk persoalkan undang2 yg sedia ada.Bukan sekadar bermain sembrono tanpa mengikut adab2 atau ilmu sedia ada

    Begitu juga dlm bidang perubatan, kalau nak berhujah dlm bidang perubatan, maka haruslah ia dihujah melalui ilmu2 dan teknik2 sedia ada.

    Sekiranya nak guna cara dan teknik sendiri, atau mengunakan otak sendiri, di sinilah muncul kerosakan

    "Berfikir"......dibandingkan dgn
    "Berfikir dengan mengunakan ilmu" ....
    adalah 2 perkara yg berbeza.

    Bila kita berfikir tanpa mengunakan ilmu, kadang2 kita sangka kita membuat kesimpulan pemikiran yg bijak tetapi sebenarnya ia adalah andaian semata2

    SAngat berbeza....bila berfikir dan mengunakan ilmu. Kerana berfikir mengunakan ilmu sering membawa kita ke arah jalan yg tepat, bukan andaian

    Last but not least.....mana boleh tangkap gmbr dlm icu. Sebabnya....bukan kita buat suka2 hati. Ada sebabnya....salah satu sebab kita tidak mahu gambar dipersalahguna atau menimbulkan fitnah. Pernah jadi kes di mana, gmbr diambil kemudian post di fb katakan si fulan dah mati, sedangkan si fulan masih hidup smpai sekarang. Inilah fitnah2 yg kita cuba elakkan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.