Selasa, Mei 22, 2012

KJ MENYUSUP DI HOTEL BAJET

Kumpulan mereka dikenali sebagai 'Kuda Jahanam', KJ.

Untuk rekod, sebelum mesin judi online diperkenalkan oleh sindiket di negara kita, perjudian mesin kuda telah lama membawa pelbagai bahana kepada masyarakat kita.


KJ pada dasarnya sudah terlalu muak dengan kewujudan banyak premis perjudian online haram di negara kita. Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk membanteras premis perjudian terbabit namun setakat ini usaha itu bak mencurah air di daun keladi.

Beberapa minggu selepas diserbu, premis haram itu akan kembali beroperasi.

KJ memaklumkan saya, petang tadi mereka telah memasuki sebuah hotel bajet di Taman Industri Sungai Buloh, di daerah Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan merakamkan gambar lebih 15 mesin judi berkomputer.


Gambar dirakamkan oleh kumpulan terbabit kemudian dihantar kepada saya untuk didedahkan kepada semua.


Menurut mereka, selain mesin judi online, mesin kuda konvensional turut diletakkan di premis sama, di tingkat 1 hotel terbabit, berhampiran spa.

Untuk rekod, hotel dikunjungi KJ terletak berhampiran restoran mamak dikenali ramai.


Saya difahamkan, makanan dan minuman percuma disajikan kepada pelanggan. Antara makanan terbabit, kueh teow dan mi goreng beserta air nescafe dan oren.

KJ berazam akan berkunjung ke banyak lagi premis perjudian haram di Selangor dan kemudian menghantarkan gambar dan maklumat tepat berhubung kegiatan premis itu untuk didedahkan di blog ini.

Saya percaya, pihak polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya akan mengambil tindakan pantas dalam menangani kes ini.

SILA HEBAHKAN

7 ulasan:

  1. Tweet terus kepada menteri terbabit bang. Saya pernah tweet dulu sekali ada tindakan diambil. Kini mereka datang lagi dan lebih mengganas dgn deretan premis haram terbabit yg tak cukup nak dibilang dengan jari tangan.

    BalasPadam
  2. dekat danau kota banyak sangat kedai game judi kalau 'penguatkuasa' nak kutip kena bawa 10 lori .

    BalasPadam
  3. Dah lama dah simpan geram. harap dapat raid kawasan ini

    http://maps.google.com.my/maps?q=Rampai+Business+Park,+53300+Kuala+Lumpur,+Wilayah+Persekutuan+Kuala+Lumpur&hl=en&ll=3.198636,101.728452&spn=0.003107,0.003449&sll=3.198498,101.727797&sspn=0.012426,0.013797&t=h&hnear=Rampai+Business+Park,+53300+Kuala+Lumpur,+Federal+Territory+of+Kuala+Lumpur&z=18

    bersepah!

    BalasPadam
  4. SMTI - Satu daripada Anugerah kerajaan PR kepada rakyat,

    1. Anugerah Cemerlang Negeri paling banyak pusat perjudian haram.


    Anugerah lain
    a. Anugerah Cemerlang Negeri paling banyak sampah sarap

    b. Anugerah Cemerlang Negeri yang paling banyak naikkan sewa PPRT

    c. Anugerah Cemerlang Negeri Terbanyak GRO Pendatang

    d. Anugerah Cemerlang Negeri Terbanyak Rumah Urut dan Pusat Pelacuran

    e. Negeri Paling banyak Restoran Atas Parking Awam

    malas nak taip dah...banyak lagi lah

    BalasPadam
  5. assalam ....

    kalau en mazidul ada kesempatan masa ... jengah jengah laaa juga di kawasan kajang prima/tmn jasmin kajang ... ada juga beberapa cyber cafe kat area situ ....

    BalasPadam
  6. Di Tronoh, Perak terdapat 10 kedai mesin judi yang masih tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kedai mesin judi ini telah beroperasi selama hampir 3 tahun tanpa gangguan dari pihak berkuasa.Kaki judi tersebut hampir 90% oleh orang melayu yang beragama islam. Dimanakah peguatkuasaan undang2?????

    BalasPadam
  7. Bersebelahan dgn restaurant khalifah yang cekik darah..dan di bawah forest hotel..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.