Sabtu, Mei 12, 2012

PENGIKLANAN PERCUMA DI JOMLIBUR.COM


"Bro, secara rasmi Jomlibur.com telah didaftarkan sekaligus menggantikan Jomlibur.blogspot.com," ujar Sabil.

Untuk rekod, Sabil mengendalikan semua permintaan berhubung pengiklanan di blog mazidulakmal.com. Andai pembaca berminat mengiklankan produk bersesuaian, sila hubungi Sabil di talian 017 256 3850.

Sejak 2 minggu lalu, saya dan rakan, Eddy bergerak ke beberapa lokasi mengikut jemputan pengusaha gerai menjual makanan dan restoran. Kami berusaha memberikan promosi percuma selama 1 bulan di blog Jomlibur.com.

Alhamdulillah, sambutan diterima cukup memberangsangkan.

Setakat ini, blog Jomlibur dipromosikan di blog ini dan berikut antara statistik pembaca BULANAN  blog mazidulakmal.com.


Untuk rekod, hit blog ini telah mencecah lebih 7.3 juta pada Mei 2012.


Selain daripada itu, maklumat mengenai premis menjual makanan saya kunjungi juga akan dikongsikan di akaun Facebook Mazidul Akmal Sidik dengan bilangan rakan mencecah 5,000.


... informasi sama juga dipaparkan di Fan Page Mazidul Akmal, akaun kedua Facebook saya, Mazidul Akmal dan page Penyingkap Fakta.


Jika ingin mengiklankan premis menjual makanan diusahakan, sila lihat syarat ditetapkan, klik di sini.

1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.