Khamis, Mei 03, 2012

SELAMAT TINGGAL BOB

Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal saya.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Al Fatihah.

18 ulasan:

  1. alfatihah. dariNya kita dtg kepadaNya kita kembali... takziah buat keluarganya. Moga arwah ditempatkn dikalangan org yg beriman...amin

    BalasPadam
  2. Alfatihah..semoga rohnya di cucuri rahmat Allah

    BalasPadam
  3. al fatihah semoga arwah abg bob kuman ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amin

    BalasPadam
  4. innalillah...dariNya kita datang kepadaNya kita kembali. Al fatihah utk arwah Bob dan takziah utk ahli keluarganya..

    BalasPadam
  5. Innalillah... daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Bob. Al-Fatihah...

    BalasPadam
  6. As salam semua
    Alfatihah untuk arwah bob..semoga Allah merahmati rohnya..insya Allah

    BalasPadam
  7. Inalillah...semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 beriman...amin....

    BalasPadam
  8. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman. Al Fatihah. Selamat Tinggal Bob..we all going to miss u!

    BalasPadam
  9. bro tolong buat cover up terperinci bro..

    BalasPadam
  10. Takziah buat keluarga beliau...semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan orang sufi dan beriman..AMIN..Tenanglah disana,kembali kepada PENCIPTAMU ALLAH SWT! AL fatihah

    BalasPadam
  11. Jika sesiapa yg mengikuti kisah penderitaannya memang sangat2 sedih... tp sekurang2nya arwah Bob dpt juga meluahkan rasa hati dn terima kasihnya pd semua yg membantu dan memberi sumbangan ketika arwah dlm kesusahan...

    Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..huhuhu

    BalasPadam
  12. al-fatihah...salam takziah buat keluarga....

    BalasPadam
  13. alfatihah..semoga arwah husni bersemadi dengan tenang.. smti, selamat tinggal ke selamat jalan?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.