Sabtu, Mei 26, 2012

SIAPAKAH KISAH TENTANG ISKANDAR?

Sejak kebelakangan ini beberapa rakan di Facebook saya dan pembaca blog ini memohon saya menghebahkan pelbagai kes membabitkan penderitaan pesakit, majoriti anak kecil atau bayi.

Saya bersimpati kepada semua pesakit tetapi tidak mungkin untuk saya menulis secara terperinci berhubung bahana mereka tempuhi. 

Berikut antara catatan ibu Iskandar Syahlizan di entri ini.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Saya telah memanjangkan kes Iskandar kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. 


Hemat saya, bukan mudah untuk ibu Iskandar, Siti Aminah Amir dan suaminya merayu sehingga ke tahap itu. Lazimnya, jika pihak bertanggungjawab didapati tidak melangsaikan tugasan mereka secara sempurna sekaligus mengecewakan, masyarakat akan melontarkan aduan mereka kepada media cetak, elektronik atau blogger.

Saya yakin, entri berhubung Iskandar di blog ini juga dibaca sebilangan kakitangan Hospital Sultanah Aminah, HSA, Johor Bahru, Johor.

Setelah 3 entri saya dedikasikan untuk Iskandar, sahabat saya, blogger, Hazrey meluahkan pandangannya di ruang komen dan saya ulang cetak di sini untuk tatapan semua pembaca.

"Penat saya tulis pepanjang tadi bro, blogspot buat lawak macam HSA, terus hilangkan komen.


Anyway, saya tunggu entry ni sebenarnya.

Selepas bapa Iskandar mengambil nasihat saya untuk bertemu Datuk Dr Rahman, saya buat keputusan untuk tidak menyiarkan story budak ni sebab saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan sebab pada saya our ultimate objective ialah untuk mendapatkan rawatan terbaik. HSA adalah hospital yang tak boleh disentuh, esok semua nurse akan buat perangai.

Saya tahu, sebab adik ipar saya pernah mengalaminya. Selepas suaminya mengadu pada Metro, nurse di wad kardio HSA terus mengalami masalah pendengaran bila dipanggil adik ipar saya dan tetiba adik saya bagaikan tiada di situ.

HSA adalah hospital sarkas. 

Hanya segelintir sahaja yang mahu benar benar bekerja. Saya sendiri dah beberapa kali siarkan masalah HSA hingga ada yang meragut nyawa. 

Kalaulah saya boleh bukak kaunter kat HSA tu, saya pasti hari hari saya ada story mengenai HSA. Tapi sekarang ni, HSA fobia bila nampak saya dan jurukamera.

Apapun, sebenarnya apabila pesakit ditempatkan di ICU dan CCU, adalah penting untuk lawatan dikurangkan. Banyak faktor yang perlu diambil kira.

Ya, saya tahu ramai yang prihatin tetapi rawatan di ICU atau CCU tidak seperti di wad biasa. 

Itu juga perlu diberi perhatian. Saya tahu ramai yang mahu datang melihat sendiri tetapi cukuplah jika dapat memberi sokongan pada ibubapa mereka dan tak perlu masuk ke ICU atau CCU.

Ya, saya sedikit menyokong HSA kali ni tetapi bukanlah pada kakitangan mereka tetapi faktor kenapa pelawat perlu dikurangkan.

Maka, adalah saya nasihatkan agar mereka yang menjenguk Iskandar tak perlu mengeruhkan keadaan lagi sebab saya tahu perangai kakitangan HSA ni. better toksah. Cukuplah apa yang dah ditulis Mazidul ni dan ia sudahpun mendapat perhatian Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Sekali lagi, jika mahu memberikan sokongan, cukuplah pada ibubapa Iskandar. Itu lebih afdal buat masa ini.Jangan kita tersasar fokus kita pada nurse mahupun sesiapa di HSA yang kita sendiri tahu, kita cakap apapun, tetap sama. Ohh, termasuk Pengarahnya sekali.

Tetapi percayalah, ia sudah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan hasil tulisan Mazidul ni"

Barangkali tidak ramai mengetahui KKM memandang serius aduan orang ramai mengenai komplen berhubung hospital swasta dan kerajaan.

Aduan saya kepada KKM berhubung kes ini mendapat respon wajar sehingga pertemuan diaturkan di antara pihak pengurusan Damansara Specialist Hospital, pegawai KKM dan saya.

Kita menyanjung perkhidmatan ditawarkan oleh pegawai perubatan dan kakitangan hospital di seluruh Malaysia tetapi itu tidak bererti kita harus 100% bersetuju dengan tindakan mereka andai  didapati tidak menghulurkan rawatan terbaik kepada pesakit. 

Jika pembaca pernah menempuh pengalaman baik dan buruk sewaktu dirawat di hospital, sila kongsikan di ruang komen entri ini.

Tidak salah bersuara selagi kita mencatatkan fakta.

Silakan.

3 ulasan:

  1. saya mendapat rawatan di hospital seberang jaya untuk melahirkan kedua-dua anak saya.alhamdulillah layanan daripada doktor dan nurse adalah sangat terbaik..malah, setiap pagi berkumandang alunan doa memohon Allah meringankan penderitaan pesakit..terima kasih..

    BalasPadam
  2. SMTI.

    yang salah kena lah dibetulkan...ini hospital...tempat org mendpatkan rawatan ringan dan serius..... ini bukan amusement park... bukan sarkas... jadi tolonglah lakukan tugas anda di HSA dengan baik ya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.