Rabu, Mei 23, 2012

SOS! ISKANDAR MEMERLUKAN BANTUAN (UPDATED : GAMBAR TERKINI)


Nama bayi di atas, Iskandar Syahlizan, berusia 10 bulan. Ketika gambar dirakamkan oleh ibunya, Siti Aminah Amir, 28 tahun, mata anaknya itu masih terbuka.

Kini keadaan dilaporkan berbeza.

Saya menghubungi Aminah kira-kira pada jam 4 petang tadi. Guru bahasa Inggeris mengajar di sekolah rendah di Johor Bahru, Johor terbabit berada di Hospital Sultanah Aminah bersama suaminya.

"Atas budi bicara Guru Besar, saya diberikan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak tunggal kami. Keadaan Iskandar kini semakin kritikal dan dia terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Doktor hanya memberikan bekalan oksigen sahaja. Percubaan kami untuk memindahkan Iskandar ke Hospital Kuala Lumpur, HKL, gagal kerana ketiadaan ambulan dilengkapi peralatan Unit Rawatan Rapi, ICU. Sebelum ini doktor di HKL menyarankan agar anak kami dirawat di Kuala Lumpur," ujar Aminah.

Suaranya kedengaran sebak.

Untuk rekod, suami Aminah, Syahlizan Saimin, 34 tahun, bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Majlis Bandaraya Johor Bahru.

"Doktor di sini keberatan untuk menghantar Iskandar ke Kuala Lumpur, bimbang pihak HKL enggan menerima anak kami berikutan penemuan jangkitan baru di tubuhnya Adenovirus Phneumonia, sekaligus mengakibatkan paru paru  Iskandar menjadi lebih kritikal," sambung ibu itu.

"Adakah puan telah bertanya kepada pihak HKL samada mereka mahu menerima dan merawat Iskandar atau tidak?," soal saya.

"Itu saya kurang periksa," balas Aminah kini menetap di Larkin Perdana bersama suami.

Berikut rayuan dikemukakan suaminya kepada rakan di Facebook untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu  pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak  bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL,  KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'

Saya percaya, setiap rakyat Malaysia berhak untuk mendapat rawatan kesihatan. Jika tidak, masakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencetus dan melaksanakan projek  klinik 1 Malaysia.

Jika benar dakwaan ketiadaan ambulan dilengkapi kemudahan ICU, menjadi penghalang utama untuk Iskandar mendapat rawatan di HKL, saya percaya masalah itu boleh ditangani.

Mohon hebahkan maklumat berhubung kes ini agar mendapat perhatian mereka bertanggungjawab membantu.

Tinggalkan catatan 'SD', 'sudah disebarkan' di ruang komen untuk saya mengetahui pembaca ingin membantu saya menghulurkan sedikit pertolongan kepada keluarga ditimpa bahana ini.

Berikut gambar terkini Iskandar dihantarkan kepada saya sebenar tadi.


Ya Allah! Selamatkan anak ini dan berikan dia peluang untuk hidup seperti anak kami.

HEBAHKAN

76 ulasan:

  1. SMTI: insyallah akan cuba diperpanjangkan.

    BalasPadam
  2. SD. Semoga keluarga adik Iskandar kuat menerima dugaan ini.

    BalasPadam
  3. SD

    http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/05/iskandar-memerlukan-bantuan.html

    BalasPadam
  4. SD. pernah mengalami mslh yg hampir sama dan saya kehilangan anak saya pada 2010 disebabkan pihak hospital yg melengah2kan servis perubatan.

    BalasPadam
  5. SD, telah share di FB saya, kalu adik Iskandar perlukan bantuan kewangan sila beritahu akaun number agar dpt di war2kan juga, Moga Allah permudahkan mereka, amin

    BalasPadam
  6. SD, Moga Allah permudahkan mereka...

    BalasPadam
  7. SD, Moga Allah permudahkan mereka, AMin

    BalasPadam
  8. SD. ramai rakan di UMNO tlh pnjgkn isu ini kpd pihak atasan termasuk YB Ketua Puteri merangkap Timb. Menteri Kesihatan. kita berdoalh yg trbaik buat anak ini.

    BalasPadam
  9. SD. ramai rakan di UMNO tlh pnjgkn isu ini kpd pihak atasan termasuk YB Ketua Puteri merangkap Timb. Menteri Kesihatan. kita berdoalh yg trbaik buat anak ini.

    BalasPadam
  10. SMTI - SD
    http://suzieahmad.blogspot.com/2012/05/iskandar-syahlizan.html

    BalasPadam
  11. SD - Ya Allah mudah-mudahan adik Iskandar kembali sihat dan ceria.

    BalasPadam
  12. SD - ya Allah dgn berkat bulan Rejab, bulan Mu..aku berdoa agar disihatkan anak ini kembali.. Amin

    BalasPadam
  13. SD - Ya Allah kembalikan lah kesihatan anak ini amin..

    BalasPadam
  14. SD.insyallah, semoga bantuan dpt disalurkan segera.

    BalasPadam
  15. SD.... semoga segalanya berjalan seperti yg kita semua harapkan...

    BalasPadam
  16. SD - Semoga ALLAH menyembuhkan penyakit Iskandar, buat ibu ayahnya semoga tabah, suatu ketika dulu sy juga pernah mengalaminya, melihat iskandar seperti melihat anak saya yang terbaring disitu. Syafahullah buat iskandar.

    BalasPadam
  17. SD... moga mereka yg diuji ini lebih tabah...

    BalasPadam
  18. semoga adik iskandar semboh kembali....amin

    BalasPadam
  19. Ya Allah, permudahkanlah urusan untuk adik iskandar pulih seperti sediakala.. ringankanlah dugaan yang kau berikan kepada keluarganya.. ampuni kami yang hanya boleh melihat penderitaan mereka dan berdoa agar adik iskandar dan keluarganya kembali ceria..

    BalasPadam
  20. SD@fb.semoga keluarga anak ini lebih tabah. dan anak ini diberi umur yg pjg olehNya.amin

    BalasPadam
  21. SD @ fb....smoga Allah mmberi kekuatn kpd ibu bapa serta adk Iskandar sndiri....

    BalasPadam
  22. mohon share di blog saya untuk hebahan.....

    BalasPadam
  23. SD

    p/s: Mohon share di blog saya untuk hebahan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.