Khamis, Mei 10, 2012

USAH TERLALU CEPAT MELATAH (KES DERA BAYI)

Semalam, saya menerima banyak panggilan berhubung video bayi dipukul dek ibunya dan sebilangan mendesak saya melakukan siasatan segera.

Justeru saya catatkan di dinding Facebook ...

(Jika ingin menjadi rakan Facebook saya, mereka berprofil wajah sendiri dan jelas, sila klik di sini tetapi jika profil anda dimuatkan gambar kucing, bunga, kereta, gunung-ganang dan lain-lain, sila ke sini )

'Biarlah pihak berkuasa menyiasat kes anak kecil didera itu. Saya bukan Pegawai Penyiasat (Polis)'

Berikut antara komen saya terima.


Untuk rekod, saya tidak akan memberikan sebarang ulasan sebelum kesahihan status kes itu dipastikan. Oleh itu pelayar blog ini tidak melihat sebarang entri mengenai kes terbabit dipaparkan semalam.

Lumrah, setiap kita bernama manusia berasa simpati dan marah menonton klip video dipaparkan tetapi pada masa sama tidak seharusnya terlalu cepat melatah. Kita semua harus akur, pihak berkuasa seperti pasukan Polis Diraja Malaysia, pasti tidak menutup mata jika kes terbabit dilaporkan kepada mereka. 

Siasatan terperinci dilaksanakan dengan kadar segera dan suspek dibawa ke muka pengadilan. Andai dia terbukti bersalah, dia dihukum.

Proses itu telah terlaksana cuma sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai. Namun penyebaran klip video di  alam maya, mengakibatkan situasi panik di kalangan masyarakat Malaysia.

... kerana kita semua insan prihatin.

'Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. — via Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'

Sila baca entri dinukilkan oleh rakan baik saya, Hazrey berhubung kes terbabit, klik di sini.

Saya doakan semoga ibu itu menyedari kesilapan tindakannya sebelum ini dan berupaya membesarkan anak itu secara lebih sempurna.

Amin.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Masyarakat kita memang prihatin, hingga terlupa untuk berbudi bahasa di wall...maki hamun bukanlah cara terbaik untuk menyatakan prihatin kerana mereka tidak prihatin dengan pembaca lain yang sakit mata melihat perkataan2 tak patut berada di wall orang lain

    BalasPadam
  2. SMTI-Sama sama kita doakan kebaikkan untuk ibu muda dan mereka yang yang seperti beliau, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dibukakan hati agar menerima hidayah yang lebih lagi, di terangkan hati aqal dan fikiran agar sentiasa berfikiran dengan lebih baik lagi dimasa hadapan dan semuga masyarakat sentiasa dapat menerima ibumuda ini dengan hati terbuka dan kita doakan juga semuga ibumuda ini dapat mendidik bayi tersebut( jika dapat) dengan nilai nilai yang sepatutnya mengikut ajaran Islam dan seterusnya membentuk insan yang jumud, begitu juga dengan diri kita dan keluarga kita serta kawan kawan. Semuga ini menjadi satu teladan dan kita dapat hikmah daripada kejadian ini. InsyaAllah. Amin

    BalasPadam
  3. As salam...

    Memang semalam saya byk baca dr sana sini laman sosial, tp hanya berdiam tak komen apa2, sehinggalah PDRM mengeluarkan kenyataannya....cerita klu dh dishare mcm virus..huhuhu

    Moga Allah bukakan hati ibu bayi tersebut..aamiinnnn

    BalasPadam
  4. simpati pada kedua-duanya...pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku...Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui...saya mengambil jalan untuk tidak melihat langsung video tersebut...tak sanggup...

    BalasPadam
  5. Su dpt tau pun baru smlm...terkejut gak....tp bila dpt da kene tgkap...baguslah...

    harap dia sedar atas kesilapan dia...

    sama2 kita doa :)

    ~tice su~

    BalasPadam
  6. haha klakar la bro ada kawan facebook yg bermuka orang dan ada juga muka gunung ganang, kereta... hahahah..pengasingan tu mmg best!

    BalasPadam
  7. Niat si pengambil video mungkin di salah erti kemudian entah bagaimana video tu boleh di muat ke youtube.
    Bagaimana pun harap si ibu bertaubat, stress keterlaluan agaknya.

    BalasPadam
  8. selepas melihat klip video tersebut saya lebih menyayangi anak2 saya dan saya semakinrisau dengan keselamatan diri mereka...

    BalasPadam
  9. Moga kita semua dikurniakan kesabaran dalam mendidik anak2...yang buruk dijadikan sempadan. Moga si ibu insaf dan sedar kesilapannya dan dapat mendidik anaknya sebaik mungkin

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.