Isnin, Disember 24, 2012

BAHANA PENDEDAHAN

Kebelakangan ini saya mendapat banyak aduan mengenai kes individu tidak dikenali menghubungi pemilik kad ATM dan kad kredit secara rawak.

Pemanggil kononnya mendakwa mewakili institusi perbankan dan sedaya upaya cuba untuk mendapatkan tarikh luput kad dan beberapa nombor tercatat di belakang kad.

Usah sesekali  mendedahkan sebarang maklumat berhubung kad dimiliki kepada pemanggil kerana tujuan mereka untuk membuat pengeluaran wang sekaligus mengaut keuntungan tanpa kita sedari.

Timbul persoalan, daripada manakah ahli sindiket terbabit memperolehi nombor telefon bimbit pelanggan bank?


10 ulasan:

  1. Sekadar perkongsian, saya pernah mendapat emel daripada cimb bank , dalam emel tersebut meminta no paswod atm saya menyatakan untuk tujuan memperbaharuinya, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, lalu saya menghubungi cawangan bank cimb berdekatan bertanyakan perihal emel yang saya terima, pihak bank memberitahu saya bahawa abaikan emel tersebut kerana pihak bank tidak pernah meminta pelanggannya berbuat demikian, oleh itu berhati-hatilah dalam perkara ini, jauhi dari mudah tertipu.

    BalasPadam
  2. mungkin syarikat telco menjual senarai nombor telefon. kadang-kadang pemanggil tahu nama penuh pemilik nombor

    BalasPadam
  3. Apa lagi..bank negara kena gunakan akta bafia utk mgelakkan lebih byk kbocoran mklumat pengguna..
    Jgn kes NFC je sbuk nk dakwa di mahkamah atas alasan kbocoran maklumat pelanggbn. Tapi bila kebocoran maklumat bank milik rakyat marhain, langsung tiada tindakan

    BalasPadam
  4. en mazidul.. saya percaya kes majalah 3 mengenai kamera AES yang dihoskan oleh tuan mendapat liputan ramai teruatamanya para bikers.saya juga percaya ini merupakan satu chapter yang mencabar kepada en. mazidul sebagai wartawan di TV3. apa kata kongsikan pengalaman yang getir sebagai salah satu perkongsian hitam putih kehidupan.mungkin ramai yang akan menghentam, tetapi encik mazidul boleh tapis bagi mereka yang rasional menulis,. Apa pun..hidup yang mebih berwarni -warni memang meriah .. bukan sekadar hitam putih saja..

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sokong Saif Abg Mazidul. Mana la tahu suatu hari nanti kami akan berhadapan situasi yang sama.. man tahu kan.. tapi, syabas untuk Abg Mazidul sebab mengambil langkah professional menangani mereka.

      berkenaan no. telefon, saya bukan nak menuduh, saya juga bukannya pakar. TERDAPAT SINDIKET (ORANG DALAM) YANG MENJUAL NO TELEFON PELANGGAN BANK.

      HARAP ABG MAZIDUL KUPAS ISU INI. BIAR TERKANTOI DIORANG TU.

      AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
      LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
      GEMPAR:GOLLUM MENGGUNAKAN PRODUK COLGATE WHITE!

      Padam
  5. kepada ahmad faezi,
    jika anda ada menandatangani borang mohon kad sebenarnya anda terlupa membaca sata klausa yang membenarkan pihak bank menggunakan butir-butir maklumat kita.

    BalasPadam
  6. tu la..pelik juga.. mana dorang dapat nombor telefon pelanggan bank kan?? takkan maklumat daripada bank senang2 je bocor?

    BalasPadam
  7. betul tu, saya ni pun banyak sangat ntah sapa ntah call tanya nak jual macam2 pastu mintak nombor kad kredit padahal tak pernah pun bagitau kat sapa2, teruk betul.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. tu la pelik.. semua data cmplte pulak tu.. 2last week org dri kad bonuslink call sya. nk offer insuran katanya.. kena bayar la kan..katanya sekali dgn saving.. even sya kata sya sbuk. x putus asa tu.call lgi belah petang.. esoknya call lgi.. sya x angkt pun.. mana dpt no phone saya..? dri data members bonuslink.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada terima panggilan juga. Dari BonusLink. Disebabkan saya juga perunding kewangan a.k.a ajen insuran sah dan berdaftar dengan Bank Negara, saya siap argue dengan orang tu. Last-last give up hang up. Yer yer je kata nak jual insurans. Insuran ni bukan produk untuk dijual, insuran adalah satu manfaat dan protection, seperti "chop" risiko, so jika ada apa-apa terjadi pada kita, insuran akan tanggung risiko tersebut dari segi kewangan.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.