Sabtu, Disember 29, 2012

SAYA MEMOHON MAAF ...



Saya memohon maaf  kerana barangkali ramai terkeliru, Restoran Melaka Kitchen BUKAN di Melaka tetapi di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Klik di sini untuk mengetahui alamat restoran dan antara hidangan disajikan kepada pelanggan setiap hari.

Saya dan kru Penyingkap Fakta, Razali Harun, berpeluang mencuba menu terbaru restoran terbabit, asam pedas seafood.


"Saya memang langkah kanan, berpeluang merasa asam pedas seafood. Saya memang suka makan bukan sebab kakak saya masak tetapi sebab memang dia pandai masak," ujar Mohd Hanif Mohd Din.


Tersenyum Hajah Husaini mendengar pujian itu.


Sejak mengenali Razali, saya tahu, dia agak cerewet memilih makanan.

"Bagaimanakah rasanya bro?," soal saya.

"Sedap! Sedap! Sedap!," ujarnya.

"Hai! Tiga kali sedap. Sedap! Sedap! Sedap! Selalunya orang hanya berkata sekali sahaja," celah Mohd Hanif.


Pemilik restoran, Puan Syamimi Mat Desa, 26 tahun dan ayahnya, Haji Mat Desa Mat Jan juga berada bersama kami sewaktu gambar menu terbaru itu saya rakamkan. 


"Sudahlah mengambil gambar Mazidul, mari kita makan dahulu," pelawa Haji Mat Desa.

Ketika itu saya sibuk merakamkan pelbagai gaya Mohd Hanif menjamu selera.



Hidangan asam pedas seafood itu sesuai untuk dimakan empat orang, mengandungi ketam, udang dan sotong. 


Melihat Razali berselera makan, saya kemudian berhenti merakamkan gambar dan mencuba menu terbaru terbabit.


Kami semua beruntung dilayan dek wanita peramah dan mahir menyediakan pelbagai juadah di Melaka Kitchen. 


Burung gagak itu pasti cemburu ...


Menghirup kuah asam pedas sederhana pekat dan pedas itu, satu kenikmatan.


Kepada mereka gemarkan asam pedas, sila berkunjung ke Melaka Kitchen. InsyaAllah pembaca akan berpuas hati dengan makanan dihidangkan.

Sila hubungi 019 984 0284, jika tersesat jalan. Restoran Melaka Kitchen terletak berhampiran Kompleks PKNS Bangi.


Jangan lupa, sebelum membayar bil, katakan kepada juru wang, "saya pembaca blog Mazidul" ...

Potongan harga 10% diberikan sebelum tawaran berakhir.

Sila hubungi Syamimi di talian 019 381 6422.

Selamat menjamu selera!

12 ulasan:

  1. "Burung gagak itu pasti cemburu."
    Tergelak saya tang ni, hehe..
    Insya'Allah akan ke Melaka Kitchen, nampak menyelerakan btol!

    BalasPadam
  2. Walaupun Bandar Baru Bangi tu dikira kampong saya, tak pernah pula nak singgah restoran ni. Macam kena cuba bila balik nanti.

    BalasPadam
  3. Salam Bro,

    Memang nampaknya menu ini amat menarik. Insya-Allah ada kesempatan saya akan ke sana untuk merasa

    BalasPadam
  4. bro,

    den dah cubo minggu lopeh.

    memang sodap!!!!!

    BalasPadam
  5. SMTI - Saya maafkan tuan, sebab sudah beberapa kali menjamu selera di situ. (Alamak baju kuning samolah dengan Den...he he he)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.