Rabu, Julai 31, 2013

GAMBAR TANPA SUARA TETAPI DIDENGARI DEK SEMUA

Rakan bertanya ...

"Bagaimanakah caranya untuk berani bertindak tatkala keadaan menuntut?"

Jawaban saya ...

"Keberanian dan kekentalan jiwa itu hanya sekelumit daripada rempah ratus menjadi pemangkin tindakan rasional. Elemen LEBIH penting, kemahiran berkomunikasi. Sebelum berkunjung ke SRK Seri Pristana, saya telah menghubungi beberapa pihak bertanggungjawab dan memaklumkan mereka, FITNAH wajib disanggah. Disanggah dengan kadar segera sebagai damage control. Saranan itu diterima dengan hati terbuka. Maklumat TIDAK tepat ternyata mengakibatkan bangsa Melayu dikecam dan agama Islam  diperlekehkan  tanpa usul periksa. Berhujah secara logik serta berkesan, satu tuntutan dalam kehidupan seharian. Dalam tempoh masa singkat, saya nyatakan secara YAKIN dan SELESA kepada wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, tindakan mendedahkan kebenaran harus dilaksanakan sebelum luka dijangkiti kuman sekaligus menjadi parah. Alhamdulillah, berbekalkan sedikit ilmu kemahiran komunikasi berkesan, saya berjaya menyakinkan banyak pihak demi memaparkan kebenaran"


Terima kasih kepada ribuan rakyat Malaysia masih tidak berhenti menyebarkan gambar di atas di alam maya biarpun gambar  itu TANPA suara namun mesej dipancarkan didengari dek semua.  

Berbanding,  maklumat dibawah, turut disebarkan tetapi disematkan dengan FITNAH terbuka. Tidak hairan, sehingga kini Guneswari mendiamkan diri.


Dalam Bengkel YBBM, antara subjek akan saya leraikan, kepentingan bahasa tubuh, non-verbal communication. Pergerakan badan TANPA suara tetapi berupaya memukau audien secara konsisten. Kaedah berani bertindak bertujuan memikat hati pelanggan, klien dan rakan juga bakal saya kongsikan bersama semua peserta.

Apapun, kejujuran dan memahami objektif sebelum bertindak, pemangkin utama untuk kita bersama menyedarkan masyarakat dipesongkan kepercayaan oleh kelompok kelihatan membakar sentimen sensitif di negara kita cintai ini. 

Walhal, sebenarnya, tiada isu sepatutnya dibangkit dan disebarkan secara viral di laman sosial. Setiap masalah, harus disalur dan dibincangkan dengan pihak berkaitan. Jika ingin menagih simpati sekalipun, biar beradab dan beretika.  Menabur fitnah secara semberono, bak mengundang bahana kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama. 

It is all about effective communication.

Oleh itu, saya dengan rendah diri, menjemput pembaca untuk menyertai Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM bakal berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Selangor pada 17 Ogos 2013 (Sabtu).

Bilangan peserta Bengkel YBBM terhad kepada 25 individu sahaja.

Siapapun anda, apa jua kerjaya, saya percaya kemahiran berkomunikasi  secara berkesan adalah satu daripada keperluan untuk melengkapkan diri memburu  berstatus LUAR BIASA demi mencipta lebih banyak kejayaan.  

Hubungi En. Mohd Farid Hamzah (telefon/Whatsapp) di talian 017 605 2290 dengan kadar segera untuk menikmati kadar bayaran yuran terendah SEBELUM 1 Ogos 2013 (esok). 

Sekalung  penghargaan kepada semua sudi menyokong perjuangan ini. Mohon SHARE entri ini, jika berasa ikhlas membantu.

Klik di sini untuk membaca  butiran lebih  terperinci Bengkel YBBM.

8 ulasan:

  1. Syabas...saudara telah meleraikan satu fitnah besar. Semoga amalan mulia tuan diangkat sebagai fisabilillah oleh Allah swt. Insya Allah

    BalasPadam
  2. encik mazidol......selamat berpuasa.

    BalasPadam
  3. Kadang-kalanya sesetengah ibubapa bertindak agak lebih kebudak-budakan daripada anak mereka sendiri walhal tidak tahu akan perkara yang sebenarnya berlaku. Hanya yang mereka mahu tahu anaknya pandai belajar dan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.

    Tindakan Guru Besar sekolah ini sepatutnya dipuji dan diberikan anugerah kecemerlangan dalam bertindak menjadikan bilik persalinan yang tidak pernah digunakan sebelum ini yang diubahsuai menjadi bilik rehat untuk pelajarnya daripada membazirkan bilik yg kosong penuh dengan habuk dan binatang perosak.

    Tindakan guru besar tersebut juga sebenarnya telah banyak memberikan kebaikan dari pada keburukannya antaranya :

    1). Menjadikan bilik persalinan sebagai bilik rehat untuk pelajar daripada membiarkan mereka duduk ditepi longkang dan ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sekiranya dibiarkan pelajar makan di kelas, sekiranya kelas selepas waktu rehat itu kotor, maka masa untuk belajar dibuang begitu sahaja demi untuk membersihkan kotoran dan sisa makanan.

    2). Tidak menggunakan khemah khusus untuk dijadikan kantin sementara juga sebenarnya mendatangkan masalah disebabkan keadaan cuaca di Malaysia sekarang yang agak panas dan berjerebu kerana khemah yg disewa sudah tentunya panas ketika cuaca terik dan tidak melindungi pelajar dari masalah jerebu sekarang ini.

    3). Jadi pengubahsuaian bilik persalinan sebagai bilik rehat adalah tindakan yang terbaik sebenarnya kerana telah menyelamatkan kesihatan pelajar-pelajar sekolah tersebut dari keadaan jerebu.

    4). Si pendedah sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada pihak sekolah aka pihak pentadbiran sekolah ataupun PIBG sekolah tersebut terlebih dahulu sebelum mencerca dan melakukan penghinaan terhadap sekolah. Kalau dah anak sendiri jatuh sakit disebabkan jerebu disekolah ataupun luka akibat terjatuh ditepi longkang kantin, adakah anda masih hendak menyalahkan pihak sekolah??? Sepatutnya marah anak sendiri sebab apa dia duduk ditepi longkang kantin semasa waktu rehat!!!!!

    5). Tindakan si pendedah juga agak bodoh kerana demi nak mengejar kos pembelajaran yang jimat dengan menghantar anaknya ke sekolah bantuan kerajaan. Sekiranya berkehendakan anaknya dalam sebuah sekolah yang penuh dengan kemewahan, silalah hantarkan anak anda ke sekolah swasta yang berdekatan. Jangan menghina guru sekolah dan sekolah tempat anak anda sendiri belajar. Kelak yang malu anak anda sendiri bukannya anda!!!!

    BalasPadam
  4. Syabas pd Mazidul & setuju dgn Draconian.

    BalasPadam
  5. salam bro.....

    bro mazidul pergi tangkap satu dua sekolah tamil

    tgk kantin dia bersih ker tak....
    ada cakap sedih sebab sekolah kat sekolah melayu.....(my child in mess at malay school)
    pergi dahhhh....napa dia tak sekolahkan anak dia kat sekolah tamil jer,
    sebab dia tahu anak dia akan jadi apa.

    bro tak yah masukan posting nie.....just bro pergi snap kanteen sekolah tamil
    bro akan nampak......bukan bro jer taknak sekolahkan anak kat sana....orang tamil pun tak mau....mknan outttttttt

    bye.....selidik dan kaji...bro

    hahahahaha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.