Sabtu, Julai 20, 2013

PELAJAR DISAMUN DEK LELAKI BERSENJATAKAN PEDANG SAMURAI DI KOTA DAMANSARA

Malam bulan Ramadhan Al-Mubarak merungkai pelbagai kisah, hitam putih kehidupan.

"Lebih kurang jam 5 pagi, kami berdua ditemankan oleh dua pelajar lelaki antarabangsa berjalan pulang dari restoran mamak berhampiran kolej SEGI untuk ke asrama.  Tiba-tiba kami dihampiri 3 penunggang motosikal dan pembonceng. Seorang daripada mereka, pembonceng motosikal kemudian menghunuskan pedang samurai dan meminta saya menyerahkan telefon bimbit dan beg duit. Saya terpempan dan penjenayah itu  mengarahkan saya  dalam bahasa Melayu," ujar 'Kinah', 19 tahun.


"Apakah tindakan dua kawan lelaki awak?," soal saya.

Mereka berdua pelajar kursus pengurusan hotel dan berasal dari Kuantan, Pahang.

"Mereka tidak memahami bahasa Melayu dan menganggap tiga lelaki itu kawan kami. Saya terpaksa menyerahkan beg sandang mengandungi laptop. Kawan saya 'Nan' sempat melarikan diri untuk meminta bantuan daripada pelanggan restoran mamak," sambung Kinah lagi.

Menyedari tindakan Nan melarikan diri, ketiga-tiga remaja Melayu dianggarkan berusia awal 20 an itu beredar dan hanya sempat menyamun laptop Kinah.


"Pembonceng motosikal  agak besar itu memang mengeluarkan pedang samurai dan mengangkat pedang terbabit sewaktu dia  bercakap dengan saya. Manakala rakannya menaiki Yamaha 125 berwarna merah, hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Saya difahamkan, pada hari sama, Khamis minggu lalu, 17 Julai, suspek sama turut menyamun pasangan berbangsa Melayu sedang makan di Mc Donald, Seksyen 6, Kota Damansara. Senjata sama juga dilapor  digunakan untuk mengancam mangsa sebelum melarikan barangan berharga," celah Kinah lagi.

Tambah Kinah, penjenayah menghunuskan pedang itu dianggarkan berketinggian 160 sentimeter.


"Kami berharap pihak polis lebih kerap meronda di sekitar lokasi kejadian. Ramai pelajar berkunjung ke restoran Padang Kota kerana premis itu  dilengkapi kemudahan Wifi untuk kami melangsaikan tugasan kolej," tambah Nan, 23 tahun, berbaju putih.

Kepada sesiapa sahaja penduduk Kota Damansara keluar pada waktu malam, berhati-hati kerana penjenayah sentiasa mengintai ruang dan peluang untuk meraih keuntungan secara cepat serta mudah.


Saya akan memaparkan kandungan entri ini di laman facebook Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed sebagai rujukan. Saya yakin pihak polis sedang giat berusaha melaksanakan tugas mereka untuk mencegah kejadian sama daripada berulang lagi di masa akan datang.

Lazimnya penjenayah Melayu tidak bertahan lama. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh tersembam ke tahah jua. Tambahan pula apabila mereka mencemari kesucian bulan Ramadhan ini. Jika tindakan mereka tidak dibalas dek undang-undang, Allah akan mencaturkan balasan untuk mereka.

Seperkara lagi, selain daripada penjenayah Malaysia, pelajar tempatan juga harus berhati-hati dengan godaan pelajar lelaki antarabangsa terutama mereka berasal dari Nigeria. Mulut mereka manis dan bijak berkata-kata.

Bimbang jika kes ini berulang lagi.


2 ulasan:

  1. Pihak betanggungjawab harus lah mengambil berat terhadap pelajar-pelajr tempatan.kerana pelajar-pelajar ini harus lah belajr dengan tenang tanpa diganggu oleh penjenayah demi masa hadapan mereka.

    BalasPadam
  2. minta pihak POLIS kota damansara melakukan dengan lebih kerap rondaan di sekitar segi university college

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.