Rabu, September 04, 2013

PENGGUNA BERHAK BERTINDAK JIKA HARGA BARANG TERKAWAL DINAIKKAN

"Harga minyak naik, harga makanan dan minuman naik juga ke?," soal saya kepada pengurus restoran mamak.

"Tarak tapi itu barang, sayur itu lori hantar ada naik harga," balasnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, Datuk Hasan Malek dalam satu sidang akhbar memaklumkan pemberita ...

"Bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang, seramai 1,845 anggota penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau telah mula dikerah bagi mengesan kenaikan harga," ujar beliau selepas melancarkan Ops Harga 2013 peringkat kebangsaan.


Tambah beliau, peniaga menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000, dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau keduanya.

Sebagai pengguna, kita tidak sepatutnya hanya sibuk bercerita, hubungi KPDNKK jika harga barang dikesan naik.

Talian BEBAS TOL 1800-886-800.

8 ulasan:

  1. Baru sahaja Makan roti Canai dengan Teh Tarik.. Pagi tadi.. Terkejut gak.. Harga Naik 20sen

    Selalunya Rm2.00 tapi hari nie Bila Makan kena rm2.20..

    Minyak Naik, Harga Barang mesti Naik, Bila Harga Barang Naik, Makanan Pun mesti naik harga...

    Gaji memang diselaraskah mengikut kadar mininum yang kerajaan tetapkan... tapi.. Gaji masih lagi sama sahaja macam dahulu.. mereka hanya ubah elaun.. buang elaun..

    Report memang boleh report.. tapi ape yang mereka boleh buat?

    contoh Gula... kalau tak naik.. tapi Harga Minuman naik tak?

    Gaji kami Bukan rm2ribu ke rm3ribu satu bulan.
    tolak duit minyak duit makan .. ape yang kami boleh beli???

    BalasPadam
  2. Betoi .. sekadar boleh report je ... adakah kesan positifnya berlaku begitu pantas. Lagipun jarang sangat-sangat harga benda yang dah naik TURUN walaupun PENYEBAB ia naik di turunkan atau dimansuhkan. Sebab itu sebebelum kenaikan sesuatu barangan atau perkhidmatan itu di naikkan; terutamanya minyak sebab kesan langsungnya berlaku pada semua barang dan perkhidmatan; fikir-fikirlah dulu natijahnya pada masyarakat . Yang KAYA tu tak ramai .. tapi yang sederhana dan susah itu yang ramai. Mereka juga ingin bernafas lega dalam meniti kehidupan seharian. Naiknya harga minyak w/p sekadar 10 sen ... dan mereka barangkali tidak pun punya kereta atau motor; NAMUN kesannya paling ketara adalah dirasai oleh golongan ini.

    BalasPadam
  3. Dekat jalan tar tadi saya jalan2 masuk kedai jual toys.. bantal. Lepas tu saya nampak anak patung minion besar.. saya tanya lah "berapa ni?". Tokei tu balas "harga 60 lepas kurang. Kalau tidak harga asal 65". Lepas tu saya belek2 la patung tu. Tiba2 ternampak harga ada tertulis.. 55.. saya tanya lah. "Eh ini tulis 55 saja?" Lepas tu die cakap, "itu harga sebelum minyak naik dik"

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk...sesuatu sgt.
      banyak gila beza harganya
      adakah anak patung tu baru sampai malam minyak naik @ dah lama berada kat kedai tu?

      Padam
  4. Macamana nak report...kalau KPDNKK pun tidooo...tak kan dlm seribu lebih kakitangan xde yg pergi belanja dapur dan makan kat tempat awam dan tidak tahu harga naik...setakat bercakap dpn tv dan suratkhabar boleh lah melalakk....perlaksanaan hancur dari zaman Pak Lah laggi..jgn berlagaklah nk buat penguatkuasaan ...kes ayam ari raya pon ko x leh nak settle....pundekkk laaa luuu...

    BalasPadam
  5. yang boleh di-report, ialah bahan terkawal dari bahan mentah seperti gula, beras, tepung, minyak masak. tapi kalau benda dah jadi makanan, dah jadi roti canai, dah jadi air teh tarik, dah jadi nasi lemak, ia bukan lagi bahan mentah yang dikawal harganya.. kedai makan boleh letak harga sesuka hati, dan bagi alasan, "minyak naik".

    oh my, kenapa anda berkata tanpa aqal.

    BalasPadam
  6. No point la kalau naikkan harga minyak 20 sen, lepas tu harga rumah bakal naik 10% (mynewshub) tambang pengangkutan awam akan dikaji a.k.a bakal naik (kosmo), makanan asas malaysia seperti nasi lemak, teh tarik naik 20 sen(kosmo). Harga naik sekelip mata tapi kalau nak tunggu harga turun memang tak kan la. Realiti Malaysia... Menteri semua bisu diam seribu bahasa. Janji sebelum PRU bukan main manis lagi tapi lepas PRU, mulut mereka seperti dizip waima Perdana Menteri pun saya rasa selepas PRU senyap sepi sahaja. Hanya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sukan sahaja yang bersuara lantang buat masa ini. Penat dengan lakonan politik Malaysia. Semuanya tak boleh pakai. Sampah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.