Selasa, Februari 25, 2014

GIGITAN MAUT


[ Sumber : Klik di sini ]

Mengikut statistik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga semalam, Selangor mencatatkan bilangan kes demam denggi tertinggi, 144. 

Bagi sebilangan kita, berita mengenai demam denggi barangkali dianggap remeh. Remeh kerana kita atau pun ahli keluarga tidak menderitai demam akibat virus genus Flavivirus disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina itu. Kepada individu kehilangan anak, suami, isteri, ibu dan ayah akibat denggi, pastinya detik hitam itu amat sukar untuk ditempuh dan dilupakan.

Antara simptom demam denggi, sakit kepala, sakit bahagian belakang bebola mata dan sakit pada sendi serta otot.

Klik di sini.

Nyamuk Aedes aktif sektar 2 jam selepas matahari terbit dan beberapa jam sebelum matahari tenggelam tetapi menggigit di sepanjang hari. Hakikat wajib diterima, gigitan Aedes boleh membawa maut jika mangsa tidak mendapatkan rawatan awal.


Sekumpulan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perubatan, diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran, mendapati jus daun betik mampu untuk merawat demam denggi kerana ia meningkatkan bilangan sel platlet darah jika diminum.

Klik di sini.

Kepada semua pembaca, berhati-hati, hindari diri dan keluarga daripada demam denggi. Nyawa kita, tanggungjawab kita.


3 ulasan:

  1. Darah dari nyamok aedes sudah tercampur dengan darah manusia yang mengamalkan seks songsang, terutama di Selangor.

    BalasPadam
  2. ye mmg diamalkan jus daun betik, mujarab!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.