Selasa, Februari 18, 2014

PENGENDALI BLOG PRO PEMBANGKANG TERLEPAS PANDANG BUKTI SAHIH


Blog pro-pembangkang, Omak Kau! masih cuba menegakkan benang basah. Apapun, biar hujah dibalas hujah.

Secara semberono, dia melabelkan saya, pengendali blog pro-UMNO. Barangkali dia tidak menyedari, saya hanya penulis bukan taksub kepartian, mengambil inisiatif mendedahkan fakta sekiranya dikelirukan oleh kelompok tertentu. 

Omak Kau! harus tahu, saya tidak pernah terbabit dalam bidang politik. Apatah lagi mengampu pemimpin politik di Malaysia. Amat jarang saya menulis mengenai isu poitik, jauh berbeza dengan tugasan rutin Omak Kau!. 

Penjelasan mengenai kesilapan tarikh dan waktu rakaman video dipaparkan di Buletin Utama, TV3 pada 15 Februari lalu telah dikongsikan, klik di sini.

Omak Kau! kemudian mempertikaikan baju dipakai oleh Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar. Dakwa Omak Kau! tiada logo 1Malaysia di baju itu, oleh itu dia mendakwa visual terbabit direkodkan pada tahun 2007.

Teliti 2 gambar di bawah, disebarkan oleh pengendali blog pembangkang.


Logo 1Malaysia di dada kanan Jamawi memang tidak kelihatan kerana tertutup dan gambar Jamawi gelap di bahagian dada. Saya puji 'art work' terbabit kerana menyiarkan hanya gambar pegun terpilih untuk tatapan umum sekaligus menyokong hujah mereka.

Saya kemudian menghubungi jurukamera sambilan, perakam visual asal, Jubin@Johari Kinsil di Tenom. 

Katanya, tarikh rakaman sebenar, pagi 15 Februari.

"Saya sertakan gambar pegun visual asal, saya rakamkan melalui skrin komputer riba. Jamawi memakai baju dengan logo 1Malaysia. 1Malaysia tidak wujud pada tahun 2007. Tahun 2007, beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian Taman Pertanian Sabah, bukan Ketua Pemuda UMNO Tenom. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Tenom bermula tahun 2009," hujah Johari.

Logo itu diperkenalkan pada tahun 2009.


Logo 1Malaysia.


Sewaktu dihubungi petang semalam, Jamawi bersama 50 pemuda UMNO Tenom masih bertungkus-lumus mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir. 

"Pusat Perpindahan Banjir di Tenom telah ditutup dan sekarang kami sedang mengagihkan bantuan kepada 17 keluarga anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Tenom di kuaters mereka," ujar Jamawi.


Selain daripada bercakap dengan Jamawi, saya juga berkomunikasi dengan,  Pegawai Bomba Kanan II, Ajis Ajab.

"Tuan saya inginkan pengesahan, sejak bila Jamawi dan Pemuda UMNO Tenom mula mengagihkan bantuan banjir di Tenom?," soal saya.

"Sejak pagi 15 Februari," jawab beliau ringkas. 

Ketua Polis Daerah, KPD Tenom terkini, DSP Mazlan Mohamed Lazim juga terbabit dalam pengagihan bantuan sama.


Gambar Mazlan juga dipaparkan dalam visual dirakamkan oleh Johari.

"Individu di belakang wanita berbaju putih itu, DSP Mazlan dan beliau mula bertugas di Tenom sejak tahun 2010. Itu antara bukti sahih, visual dirakamkan pada 15 Februari, bukan pada tahun 2007 seperti didakwa sebilangan individu," tegas Johari.

Jadi, khususnya kepada pengendali blog Omak Kau! Sila hubungi KPD Tenom untuk mengesahkan tarikh rakaman visual andai masih menolak bukti dikemukakan di sini.


Tanyakan satu soalan mudah.

"Benarkan gambar Tuan di atas dirakamkan pada 15 Februari 2014?" Jika jawaban telah diperolehi, kongsikan di blog.

Saya menunggu. 

Barangkali DSP Mazlan sudi berkongsi cerita, lokasi beliau bertugas pada Mei 2007.

Kepada Jamawi dan Pemuda UMNO Tenom, teruskan usaha murni itu, semoga Allah membalas jasa kalian.


13 ulasan:

  1. Blogger omak kau ni tak serik2 lagi dah buta hati kot kuat buat fithnah

    BalasPadam
  2. Bila taksub kepartian dan dibyr utk membela..inilah jadinya..mata tertutup sebelah

    BalasPadam
  3. perkara yg benar2 berlaku pun seboleh2nya hendak dinafikan..
    yg benar nk di jadikan x benar dan x benar hendak di benarkan...
    puak2 ni sebenarnya tertipu dng amalan sendiri...

    BalasPadam
  4. Lagi satu perhatikan masa berlaku jam 19.10, kalu di sabah dah gelak gelita tu

    BalasPadam
  5. Sila perhatikan masa berlaku.. jam 19.10 malam, kalau di sabah dah gelap gelita tuuu....

    BalasPadam
  6. Bro apa perlu dihairan dengan blogger berakhlak rendah seperti "omak kau" ini. Blogger camni memang bercambah dialam cyber yang kerjanya hanya mencari berita dan cerita murahan tanpa memperdulikan fakta dan kesahihan nya semata mata dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti sesaorang yang mereka tidak suka. Blogger Omak Kau merupakan salah satu dari spesis murahan yang bro tak perlu beri layanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen terbaik..terima kasih kepada mazidulakmal.com kerana telah menghubungi saya malam semalam.

      Padam
  7. tuan,mohon pautkan link www.utaranews.com di blog tuan..untuk makluman tuan,pihak kami telah pautkan link blog tuan di portal utaranews.com

    BalasPadam
  8. salam bro Mazidul dan pembaca semua,
    Fitnah boleh berlaku dalam pelbagai perkara. Istilah terang lagi bersuluh juga sudah tidak berapa boleh digunapakai lagi skrng. Dalam kes 'date/time' pd kamera, ianya juga terjadi malah pd saya sndiri yg telah menggunakan kamera video selama lebuh 20 tahun. ANtara sebab berlaku, apabila jurukamera tertekan punat date tanpa sedar kerana viewvinder yg kecil, dan date yg salah sbnrnya juga biasa berlaku kerana ada kamera akan reset menjadi default date apabila bateri ditukar. utk setting semula date dan time pada kedudukan semasa kdg2 tdk terbuat kerana mungkin faktor masa, faktor usia yg terpaksa menekan pelbagai butang utk mendapatkan setting. Bagaimanapun, ia boleh dikategorikan sebagai cuai yang boleh berlaku pd sesiapapun hatta pada kamera compak atau dslr juga byk berlaku. Pengalaman menjadikan saya sntiasa berhati2 bimbang trtekan butang date/time kerana bila siaran, ia akan mencacatkan visual walaupun date/time dipaparkan adalah betul.

    Perkara sama pernah berlaku pd saya apabila setelah kabel mikrofon dicabutkan, saya terlupa utk setkan balik butang utk clean sound selepas temuramah. menjadikan visual tidak keluar audio tanpa sedari. Sedangkan saya sepatutnya monitoring level meter utk mengetahui samada audio capture atau tdk. itu juga kecuaian yg boleh berlaku kpd sesiapa.

    Jadi kepada yg mempolitikkan perkara ini, agak2la kerana natijahnya fitnah itu amat berat, malah lebih berat dari membunuh. Kekhilafan boleh berlaku pd sesiapa juga, tapi samada kita hendak membetulkannya atau mempolitikkannya, tertakluk kpd individu mana yg melakannya.

    Kepada saudara Faris Musa, koordinator Jingga 13, mung kena ingat semula apa yg aku ajor pd mu sekitar 20 tahun lalu, sebab mung adalah anak murid aku dulu. Kita sama susoh senang dulu, macamana survivalnya kehidupan ketika sama2 di Trg dulu, maka apabila dtg KL, mari kita jumpa. Kita lupakan bab politik seketika, kita ingatkan balik zaman masa kita antaranya penah kena tahan polis kat felda di Pahang dulu masa roadblok, tp atas kuasa Allah, kita selamat walaupun kebetulan masa tu ada parang dalam kereta .kerana apa? kerana niat kita baik dan bukan utk buat benda tak baik. Nanti aku ajar mu cara nak kenalpasti video tu palsu atau tampered...

    Aku tak kisahlah ideologi politik mung macamana skrng, tp aku percaya, kalau mu temu aku semula, nescaya boleh menitik airmata

    Maaf tuan tanah, emo pulak aku ..haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan saudara Mazidul dan blogger Onscene.. jelas sgt dh..

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.