Ahad, Februari 02, 2014

SINGKATNYA PEMIKIRAN AHLI PAS INI


Saya dan kru Majalah 3 berkunjung ke Pulau Bruit, Daro, Mukah, Sarawak di antara 23 dan 28 Januari lalu. Tugasan saya, membuat liputan tragedi kes bot karam pada 18 Januari, mengorbankan 11 nyawa penduduk Kampung Tekajong.

Pada masa sama, saya mendengar keluhan penduduk pulau terbabit berhubung ketiadaan bekalan air dan jalanraya. 

Saya mencatatkan fakta berlandaskan pengamatan teliti.


Bertujuan memaparkan laporan adil, pada petang 25 Januari,  saya menemu bual Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman di Kampung Tekajong.  


Beliau insan bersifat lemah lembut, menjawab setiap soalan saya ajukan dan In Sha Allah jawaban terbabit bakal saya kongsikan bersama penonton Majalah 3 kelak. Ringkasnya, Datuk Norah menjelaskan perkembangan usaha berterusan kerajaan untuk membekalkan air bersih dan membina jalanraya di pulau itu. 

3 daripada 13 kampung telah pun mengecapi kemudahan asas. Kos untuk membekalkan air bersih keseluruh Pulau Bruit dianggarkan kira-kira RM400 juta.

Pada 26 Januari, ahli PAS, Aszfia Haris mencatatkan status di facebooknya dan turut berkongsi status itu bersama ramai ahli PAS yang lain.


Fakta perlu saya dedahkan, saya tidak pernah bersua muka dengan Aszfia tatkala membikin liputan di Pulau Bruit. Saya juga tidak pernah bertemu dia di dalam mimpi. 

Namun dia bersumpah, demi Allah, katanya, meluat melihat saya. Barangkali sifat benci sudah lama bersarang di dalam jiwa ahli PAS ini.  


Saya juga TIDAK membawa suara PAS seperti didakwa. Tiada liputan berhubung isu politik dibuat ketika berada di Pulau Bruit. Jadi Aszfia, tidak perlu mempolitikkan liputan saya di kampung dihuni kira-kira 1,500 penduduk Melanau itu dengan menggunakan pemikiran sempit.

Penduduk saya temui, insan berhati mulia, menyambut kehadiran saya dengan hati terbuka, sekaligus menumpangkan saya dan kru di rumah. Mereka juga membantu saya menyempurnakan liputan berhubung isu kemanusiaan, bukan politik.

Kira-kira 24 jam berada di pulau itu, tidak pula kelihatan batang hidung Aszfia. Jauh sekali memperjuangkan nasib penduduk. Dia hanya berani menjadi pejuang papan kekunci di alam maya.

Barangkali dia terlalu sibuk berlatih menggunakan senjata api. 


Ya, saya memperkatakan kebenaran biarpun pahit buat Aszfia.

14 ulasan:

  1. biasalah pas, memang cap ayam punya minded, dari ketua sampai anak buah, huh..

    BalasPadam
  2. Tu program2 realiti jenis 'make-over' laku, Putih bersih serlah menciutkan namun kesucian boleh dipertikaikan. Bahasa melayu mudah 'menangguk di air keruh'.

    BalasPadam
  3. Mohon dipautkan http://mediaharia.blogspot.com ke dlm pautan laman tuan.T.kasih

    BalasPadam
  4. bukan dia standing ovation ke? means dia dah berubah persepsi?

    BalasPadam
  5. SMTI-Mengikut tulisan beliau 'standing ovation', yang saya faham, beliau dah berubah. Syukurlah kalau benar benar berubah dan menghargai usaha bro. Mazidul.

    BalasPadam
  6. Dia hanya berubah pandangan terhadap mazidul, tetapi persepsi umumnya masih sama. Dia berjuang di alam maya, apabila perlu tenaganya untuk komunitinya, dia tiada utk membantu. Ahli pas ini hanya pandai berkata-kata, tapi tiada idea pelaksanaan, kerana apa yg ada pada dirinya hanya sifat kebencian yg ditanam dan dibenihkan sejak lama dulu. Ini ialah blueprint ahli pas, jika tiada perasaan ini tidak lengkap rukun ahlinya.

    Saya hanya membaca pada setiap bait-bait artikel mazidul ini.

    BalasPadam
  7. Bersumpah atas nama Allah utk membenci makhluk Allah..itu jelas menunjukkan hati manusia ini sesat dan kotor..penuh kebusukan.. keputihan kopiah hanya alatan dan munafik.. mereka menipu Agama dan menipu Allah dan Rasul S.A.W. Mereka tidak pulak bersumpah atau benci pd org2 yg menghina Allah, mempermainkan kalimah Allah..tidak pulak nk benci pd pemimpin2 yg kotor.. yg bergelumang dengan pelacor.. tersebar video.. pemimpin2 mereka yg menjadi talibarut kafir.. jenis penyokong/balaci PAS mereka sukar berubah..mereka akan taksub sehingga ke mati.. rukun perjuangan mereka ialah MEMBENCI UMNO BN itu spt perang fisabilillah! ketahuilah dulu sifat mereka!

    PAS..mereka sesat..jiwa penuh bengis dan memberontak hasil ajaran tok guru mereka melalui hasutan ceramah setiap hari live n youtube!

    BalasPadam
  8. Tiada idea perlaksanaan satu.. yg plg buruk ialah sifat mereka yg suka memfitnah dan membenci. Jika mereka jahil/bodoh pd suatu bab.. shj kita tidak perlu kisah sgt..tp mereka membawa elemen bodoh dan jahat.. bg mereka UMNO BN itu spt musuh yg keterlaluan. Lalu doktrin pemikiran sesat begini takkan melihat apa2 kebaikan pd krjn atau UMNO wpun sesama Islam. ahli PAS mereka sgt taksub dan kebencian mereka tidak dpt diukur.. setiap perkara mereka akan cari kaitan dgn Krjn utk dibenci.. dn mereka berusrah bkn utk dekat diri dgn Tuhan tp utk kuatkan jiwa mereka memerangi UMNO Krjn.. cukup bahaya puak2 ini apath lg jika pemikiran ini diserap oleh golongan Sabah Sarawak..

    BalasPadam
  9. rasanya dulu dia x suka. tapi skrg dah suka. baguslah tu

    BalasPadam
  10. Sumpah, demi Allah, saya tengok dia pegang M16 dalam gambar tu...

    MACAM MAT KOMANDO

    (eh betul la.)

    BalasPadam
  11. Ohhh....dulu dia memang meluat (maybe sebab saudara kerja TV3) tapi sekarang dah 'standing ovation' yakni dia pun tabik atas usaha saudara.

    Yalah sampai bila mereka nak bersangka buruk terhadap pengamal media swasta ni.

    BalasPadam
  12. ok la.... mknanya kerja keras anda mengenengahkan isu tersebut membuatkan persepsi beliau terhadap tv swasta bertambah baik... so teruskan usha anda.... :)

    BalasPadam
  13. "Datuk Norah menjelaskan perkembangan usaha berterusan kerajaan untuk membekalkan air bersih dan membina jalanraya di pulau itu.
    3 daripada 13 kampung telah pun mengecapi kemudahan asas. Kos untuk membekalkan air bersih keseluruh Pulau Bruit dianggarkan kira-kira RM400 juta"

    Dah Berpuluh tahun da dgr ungkapan yg sama dari YB2 ni.."Usaha berterusan Kerajaan".. belum tgk tempat lain lagi.. kesian rakyat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.