Isnin, Februari 17, 2014

SKIM KEPENTINGAN PATUH SYARIAH


"Peluang pelaburan Skim Kepentingan ini ditawarkan kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa. Satu unit pelaburan, bernilai hanya RM5,000. Minima 1 unit, maksima tiada had. Pada tempoh matang pelaburan, bulan Mac 2020, modal pokok akan dikembalikan kepada semua pelabur. Setiap tahun sebelum itu, pelabur mengecapi hasil perkongsian keuntungan bersih tahunan, interim net annual yield, 8% daripada jumlah pelaburan," ujar Nazmin.

Skim ini dipantau dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM.


Ahmad Nazmin Mat Zin, 37 tahun, Pengurus Pemasaran ICT Zone Ventures Berhad.


Nazmin mengundang saya ke pejabat beliau di Ground Floor, Block H, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Ampang, Kuala Lumpur.


"Busines utama kami, menyewakan produk teknologi maklumat dan komunikasi, ICT. Wang dilaburkan oleh lebih 1,100 individu sejak skim ini mula beroperasi pada tahun 2011 itu digunakan untuk membeli pelbagai peralatan berkaitan ICT seperti komputer meja, komputer riba, pencetak, skrin dan server, kemudian disewakan untuk menjana keuntungan," terangnya.


"Disewakan kepada siapa?"

Spontan soalan itu saya kemukakan. 


"Contohnya, kepada syarikat atau institusi pengajian tinggi seperti semua cawangan Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Pusat Konvensyen KLCC, Job Street Dot Com, Popular Book Store dan kepada SSM sendiri," jelas anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu. 

Tambah Nazmin, Universiti Malaysia Terengganu, kini menyewa 2,500 unit komputer.

Setakat bulan Disember 2013, jumlah kontrak terjamin diperolehi berjumlah sekitar RM40 juta.


Saya kemudian diperkenalkan kepada seorang daripada 60 ejen pelaburan ICT Zone Ventures Berhad yang aktif, Liza Othman, 53 tahun.


"Rakan baik, Pengurus ICT Zone Ventures Berhad, Max Ti memperkenalkan saya kepada skim ini," ujar ibu kepada lima anak itu sambil tersenyum.


"Apakah faktor utama mendorong puan untuk melabur dan kemudian menjadi ejen skim ini?," soal saya.

"Pertama, sebab skim ini mematuhi tuntutan syariah. Kedua, apabila syarikat telah terbukti membayar hasil perkongsian keuntungan bersih bermula pada tahun 15 Januari 2012, saya berasa lebih yakin dan mula berkunjung ke pejabat ini dan mendapatkan maklumat lengkap mengenai skim ditawarkan. Saya berpengalaman bertugas di institusi perbankan selama 18 tahun, mengendalikan amanah saham serta insurans sebelum menceburi bidang pemasaran Skim Kepentingan ini. Berlandaskan pengalaman itu, saya kemudian menyertai skim ini setelah seratus peratus yakin dengan prestasi ICT Zone Ventures Berhad dan pasti pelaburan saya selamat," kongsi Liza.


Saya membuat sedikit penyelidikan dan mendapati,  pada tahun 2013,  Amanah Saham Bumiputera membayar dividen ditambah bonus, 7.3%. Manakala simpanan tetap di bank komersil hanya menjana faedah di antara 3% dan 4% sahaja setahun.

Berikutan itu, informasi dikongsikan oleh ejen berasal dari Ipoh, Perak ini, amat menarik perhatian saya.

"Tahun 2012, semua pelabur dibayar 8% dan ditokok 2% lagi hasil perkongsian keuntungan. Maksudnya, pelabur dibayar 10%.  Majoriti klien saya berbangsa Cina, hanya seorang sahaja Melayu," ujarnya.



"Untuk tahun 2012, ICT Zone Ventures Berhad membayar keuntungan berjumlah kira-kira RM400 ribu ringgit, tahun berikutnya, RM1.1 juta dan tahun 2013, RM2.2 juta ringgit," celah Nazmin.

Ringkasnya, syarikat terbabit membayar kadar keuntungan 8% untuk tahun 2011, 10% untuk tahun 2012 dan 8% pada tahun 2013. Pelabur turut mendapat hasil perkongsian keuntungan mengikut nisbah 30:70, setelah pelaburan matang pada Mac 2020.


"Bagaimanakah puan menyakinkan bakal klien, pelaburan ini BUKAN skim cepat kaya?," tanya saya kepada Liza.



"Skim ini dikawal selia oleh SSM. Justeru Skim Kepentingan memiliki prospektus, menerangkan kaedah skim dikendalikan. Antara maklumat terkandung di dalam prospektus itu,  jumlah wang dibayar kepada pelabur, tempoh matang pelaburan, faktor risiko dan perincian penting lain seperti dituntut oleh SSM. Akaun syarikat pula diperiksa oleh juru audit kewangan dan lebih menarik lagi, untuk pelabur beragama Islam, akaun juga diluluskan oleh juru audit syariah. Maka sah, ini bukan skim cepat kaya," jelas Liza, yakin.


"Apabila klien melayari laman sesawang SSM, klik Seksyen Skim Kepentingan, semua boleh nampak status operasi ICT Zone Ventures Berhad diluluskan oleh SSM. Pelaburan ini juga berteraskan syariah. ICT Zone Ventures Berhad  telah melantik Islamic Banking Financial and Institute Of Malaysia, IBFIM untuk menyemak dan mengkaji pengurusan pelaburan. Alhamdulillah, akhir tahun 2011, ICT Zone mendapat tauliah daripada IBFIM. Manakala setiap 6 bulan kami menghantar prospektus lengkap, bersama penyata kewangan dan kaedah operasi telah diaudit oleh syarikat bertauliah untuk diteliti oleh SSM bagi memastikan pelaburan klien sentiasa terjamin. Setelah semua syarat dipenuhi, SSM akan mengeluarkan sijil, bukti lesen kami disambung," jelas Nazmin lagi.





Tambah beliau, majoriti pelabur berusia di antara 35 dan 45 tahun.

"Bertujuan untuk menembusi pasaran bumiputera, saya dan Max sedang berusaha untuk berkerjasama dengan koperasi. Koperasi lazimnya menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah 4.5%. Kami di sini menawarkan 8% keuntungan dicampur hasil perkongsian. Jadi orang Melayu khususnya berpeluang menyertai skim ini. Klien Majoriti klien saya melabur di antara RM10 ribu dan RM100 ribu ringgit," tambah Liza.


"ICT Zone Ventures percaya, blog Mazidul antara wadah sesuai untuk kami berkongsi maklumat berhubung Skim Kepentingan," kata Nazmin. 

Jika berminat menyertai Skim Perkongsian ini, pembaca boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-1900 untuk mengajukan pertanyaan secara lebih terperinci.

Untuk mengajukan soalan, sila emel marketing@ictventure.com.my atau layari laman Facebook ICT Venture Berhad, klik di sini

Untuk ke laman web, klik di sini.


Jika pembaca berhasrat menjadi pelabur, nyatakan kepada kakitangan ICT Zone Ventures Berhad, maklumat mengenai skim istimewa ini diperolehi daripada blog saya. 

Beg di atas akan menjadi milik anda secara percuma.



4 ulasan:

  1. Menarik .Blh jadi Agent...
    Status company dgn BNM mcm mana?
    Pelaburan kne ada senarai dlm unit sekuriti an...

    BalasPadam
  2. skim kepentingan ni kalau dalam akta syarikat boleh belek seksyen 84. buat masa ni skim kepentingan masih dibawah kawalan selia SSM lagi bkn Suruhanjaya Sekuriti wpon naturenya lebih kurang sama mcm pelaburan sekuriti. BNM lagi la xde kaitan dgn ini gambar. BNM adalah regulator utk syarikat kewangan yg mana tertakluk di bawah akta2 berkaitan kewangan sahaja.

    BalasPadam
  3. nampak menarik skim ni. tatkala pelaburan di asb dah byk pertikaian hukum, skim ni boleh dijadikan alternatif .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.