Isnin, Februari 24, 2014

TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG JIKA MASIH KEPINGIN MAKAN AYAM DISEMBELIH SECARA MERAGUKAN


Kejadian berlaku pada Mac 2001 ini mungkin boleh dijadikan panduan.

13 tahun lalu, saya menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Mokhtar Dahlan.


"Di manakah lokasinya Mazidul?," soal Datuk Mokhtar kira-kira pada jam 9 malam.

"Kampung Kayu Ara (Petaling Jaya, Selangor) Datuk," balas saya melalui panggilan telefon. 

Datuk Mokhtar tiba di lokasi, kilang Lee Trading. Tentunya, pemilik kilang berbangsa Cina dan dia sendiri berada di lokasi sewaktu kilang diperiksa oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, dibantu oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya.



Beberapa pekerja warga Bangladesh sedang sibuk membersihkan ayam telah 'disembelih' menggunakan air bertakung di dalam bekas aluminium. Air itu berwarna merah pekat akibat tumpahan darah ratusan ayam. Sebelum dibersihkan, ayam dikeluarkan dari alat pembuang bulu dan kemudian dilemparkan lalu menggelungsur seperti bola bowling di atas simen kotor.

Adakah taukeh kilang mengambil pusing mengenai tahap kebersihan dan status halal haram ayam terbabit? 

Tentunya tidak kerana dia hanya memikirkan keuntungan hasil jualan ayam. 

Setelah dibungkus menggunakan plastik lut sinar, ayam diproses KELIHATAN bersih dan segar.



"Teruk," bisik Datuk Mokhtar.

Saya menganggukkan kepala.

Ketika itu saya bertugas sebagai wartawan dan pengacara program 360.

Klik di sini untuk membaca laporan Utusan Malaysia.

Dua tukang sembelih bertugas, warga Indonesia beragama Islam tetapi didapati tidak bertauliah.

Tugas saya, menyebarkan berita sahih dan kenyataan RASMI berhubung premis hasil operasi bersepadu itu dikeluarakan oleh wakil JAIS dan Datuk Mokhtar. 

Saksikan laporan saya sediakan.


Untuk pengetahuan pembaca, tiada kemudahan facebook di Malaysia tatkala itu.

Rumusannya, kini pelbagai informasi tepat dan sahih dikongsikan oleh pihak berkuasa secara RASMI lebih mudah disebarkan di alam siber berbanding pada ketika itu. Setelah kegiatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan kepada jutaan penonton, terserah kepada mereka untuk membuat keputusan.

Jika masih ingin mendapatkan bekalan ayam dari kilang terbabit (pada waktu itu), tiada siapa bisa menghalang. 

Tanggungjawab saya selesai setelah kegiatan menjijikkan itu dipertontonkan.

Perlu diingat, ayam 'disembelih' itu pastinya untuk makanan pengguna beragama ISLAM.

Seingat saya, taukeh premis pembekal ayam itu, tidak pula berang. Begitu juga pengguna beragama ISLAM, malah mereka berasa amat bersyukur kerana kes ayam disembelih secara meragukan dibongkar. Tentunya pengguna ISLAM mempunyai pilihan premis lain untuk membeli ayam, makanan dijadikan darah daging.

6 ulasan:

  1. salam,

    minta anda menyiasat kesahihan silat sha klong2 nie..

    https://www.youtube.com/watch?v=lHmQs7Hwe1I

    BalasPadam
  2. Bagus bagitau name company..kalau dalam tv ke..paper ke..Mane2 company buat mcm ni..bagitau je name company..so semua orang tahu yang mane halal ke tak halal.bersih ke jijik ke...if satu pihak dah tahu tapi tak bagitahu name company dan umat islam still beli, tak guna pon bongkar segala. Buat apa nak cover name company mereka lagi sedangkan diorang tak jage sensitivity umat islam pon.

    BalasPadam
  3. yup....sepatutmya didedahkan nama company yang buat onar ni...dimana diorg supply. Baru makanan kita terjamin. Saya selalu tertanya kenapa nama company dirahsiakan....napa yer Mazidul?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.