Isnin, Jun 09, 2014

TEH TARIK PERCUMA DI HO CHI MINH

Jarang benar orang asing mampu seratus peratus memahami budaya pelbagai bangsa rakyat Malaysia. 

Bidang pelancongan semakin berkembang di Ho Chi Minh, HCM, Vietnam, berikutan bercambahnya bilangan restoran menyajikan makanan halal. Juadah dihidangkan mungkin enak tetapi majoriti kakitangan premis menjual makanan termasuk pengurus tempatan, tidak dilengkapkan dengan pemahaman budaya rakyat Malaysia.

Mereka sukar untuk menguntumkan senyuman tatkala melayan pelanggan. 

Di bumi Vietnam ini, saya turut disajikan dengan pelbagai karenah manusia. Keegoan ditampilkan oleh segelintir pengusaha restoran sewaktu menerima teguran pelanggan, saya depani. Namun sebagai pengembara, insiden itu lumrah. Lagipun saya individu berstatus pelancong, bukan warganegara Vietnam. Justeru sikap sebegitu, saya kesampingkan sahaja.

Tidak menjadi kudis.

Di Vietnam, saya menjalinkan persahabatan dan di sini juga gambar saya berulang kali dirakamkan bersama ratusan rakyat Malaysia berstatus pelancong. Terima kasih kepada semua. 

Tengah hari tadi, saya tidak menjamu selera di restoran biasa dibawa oleh ejen pelancongan di HCM. Hati terbuka untuk mencuba menu di Warung 1 Malaysia di 47, Nguyen An Ninh, Ben Thanh Ward, District 1, HCM.


Hiasan di dalam restoran ini tidaklah kelihatan eksklusif dibandingkan dengan hiasan dalaman beberapa restoran lain terletak berhampiran tetapi masakan dihidangkan lebih enak, dilengkapi pula dengan layanan mesra oleh kakitangan bertugas.

Lebih molek, kemudahan surau juga disediakan di sini.


Terima kasih kepada sahabat saya, Lyna dan suami, klik di sini, kerana membawa saya ke restoran milik anak Malaysia, Abd. Hadi Law Abdullah.

Kami memesan hidangan daging masak kicap, ikan, kari ayam dan sayur. Semua makanan itu lazat, memenuhi cita rasa saya dan Lyna.


Lebih mempersonakan lagi, tanpa banyak soalan, saya berpeluang menghilangkan dahaga dengan minuman teh Cina sejuk dalam gelas besar. Mudah untuk berkomunkasi kerana Hadi, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan.


Hadi bertugas di HCM sejak lebih 11 tahun. Beliau juga pengarah Warung 1Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, tentunya beliau lebih mudah berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu sekaligus memahami kehendak setiap pelanggan dari negara sendiri.


Dalam kesibukan melayan pelanggan, majoriti pelancong Malaysia, beliau sempat juga meluangkan waktu, berbual bersama saya.

"Saya sayangkan negara dan pemimpin negara saya. Oleh itu saya menamakan restoran ini sebagai Warung 1 Malaysia. Premis ini mula beroperasi sejak bulan Mac 2013 dan Alhamdulillah sambutan pelanggan semakin memberangsangkan. Rezeki saya di sini," ujar ayah kepada seorang anak itu.

Melalui pengamatan singkat saya, Hadi individu berbudi bahasa dan amat menghormati setiap pelanggan beliau.


"In Sha Allah, semua pelanggan saya, pembaca blog mazidul akmal dot com akan diberikan samada teh tarik atau teh Cina ais percuma sekiranya berkunjung ke sini. Cuma beritahu kepada saya atau kakitangan bertugas, SEBELUM membayar bil, "saya pembaca blog Mazidul", itu sahaja. Kita pun tidak pernah berjumpa sebelum ini. Takdir Allah, kita diketemukan di Vietnam," kata Hadi dengan senyuman terukir di wajahnya.


Jika ingin membuat tempahan awal, sila hubungi +84 8 38274477.

9 ulasan:

  1. walau dimano ekau berado, gambar montri bosar nismilan totap ekau simpan, ekau mmg syg tanah air, sey respek samo ekau jang,

    BalasPadam
  2. Masakan di 1 Malaysia Res.......emmm.....memang lazat seolah2 kita berada di tanah air. Saya dsh cuba! Anda cuba try la!......

    BalasPadam
  3. salam tuan....just nk tau berapa pakej/tiket ke ho chi minh dr 7-10hb tu

    BalasPadam
  4. Apa nama travel agent saudara mazidul akmal?

    BalasPadam
  5. smti, kalau saya berkunjung ke HCM inshaAllah akan ke warung 1Malaysia ni, rasa bangga pula anak watan kita sendiri berniaga di bumi orang

    BalasPadam
  6. kenapa yerr .. orang KITA bila ke luar Negara .. nak cari makanan yang sedap macam di Negara sendiri. Nama pun ke luar Negara .. why not try their food and stop expecting it will taste like the food or our food back home. Lain lah kalau kita pergi lama .. berbulan-bulan atau tahun. Ini pergi setakat 4 - 5 hari jerr .. dah keluh kesah sebab makanan tak sesedap di Malaysia. Pergi utk cari makanan yang rasa sedap macam di Malaysia atau pergi untuk jalan jalan tengok tempat orang .. luaskan pengalaman sambil shopping. Jangan lah mengharapkan nak makan yang MACAM makanan di Malaysia walaupun mungkin nama atau rupanya sama. Lain tempat lain budaya dan bahannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam , terima kasih atas ulasan tuan puan . memang betul dan tepat sekali ulasan tuan puan . tapi kebanyak pelangan yg dtg setelah mencuba makanan tempatan tp rasa kurang kepuasan klu bandingkan dgn makanan negara kita sendiri . oleh itu makanan negara sendiri selalu jadi pilihan utama.
      Abd hadi law abdullah

      Padam
  7. Alhamdulillah, ulasan yg benar... selama saya di HCM pada 28/5-2/6 mmg Warung 1 Malaysia menjadi pilihan muktamat kami. Nasi lemak nya sangat sedap... Ya kami sekeluarga juga pergi menyopping jeans di kedai Kak Lyna. Peramah betul walaupun baru pertama kali berjumpa. Terima kasih En. Mazidul kerana sudi berkongsi dengan kami. 😊

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.