Khamis, Jun 21, 2012

KISAH GADIS SIMPANAN DAN ANAK IKAN

Saya kira ramai wanita membela anak ikan.

Anak ikan emas, ikan kelisa atau ikan puyu dipelihara di dalam bekas kecil dihiasi pokok kecil tiruan atau di akuarium di sudut rumah. 

Pun begitu 'anak ikan' saya maksudkan, lelaki muda, berusia awal 20 an.

Lazimya, kita mendengar lelaki berusia, hidup mewah dan digelar 'Sugar Daddy' menyimpan gadis muda cantik untuk memuaskan nafsu berikutan isteri mereka sedang dimamah usia. Berikutan kemampuan dari aspek kewangan, Sugar Daddy sudi menyewakan unit kondomininum mewah untuk gadis belaan tinggal dan berkunjung ke rumah itu sekali sekala untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Sebagai balasan, sebahagian atau sepenuh kos keperluan hidup gadis terbabit ditanggung oleh Sugar Daddy.

Teringat saya kepada antara kenyataan kenalan, gadis berusia 22 tahun ketika saya temui di Bangsar, Kuala Lumpur, kira-kira 12 tahun lalu, 'Zu'.

"Sugar Daddy saya sekarang ini bekerja di Afrika Selatan, balik ke sini, dua kali setahun. Sebulan, dia masukkan duit ke dalam akaun RM7,000," jelasnya ringkas.

Zu berasal dari Sungai Petani, Kedah dan sewaktu ditemui mempunyai teman lelaki berusia lebih kurang sama.

"Ada Sugar Daddy, ada boyfriend sekali?," soal saya.

"Sugar Daddy jarang berjumpa. Cuma beberapa kali saya terbang ke Afrika Selatan, bercuti di sana. Tetapi berbanding dia, rimas juga bila ada boyfriend macam ini, kuat jelas, kuat marah dan kekadang tangan dan kaki naik ke badan kita," Keluh Zu. 

Berbeza dengan nasib seorang lagi gadis simpanan Sugar Daddy, biarlah saya namakan dia, 'Amy'.  Dia saya temui secara kebetulan sewaktu kenderaan dinaiki gadis itu  terbabit dalam kemalangan jalanraya di Subang Jaya, Selangor.

Kejadian itu berlaku sekitar tahun 2006.

Amy mendakwa disimpan oleh pemimpin politik berusia awal 30 an dan dia sering dibawa bercuti di luar negara. Satu daripada gambar ditunjukkan kepada saya, Amy dan Sugar Daddy sedang mandi di kolam renang hotel terkemuka di luar negara.

"Untunglah," komen ringkas saya.

"Gambar itu dirakamkan kira-kira setahun lalu. Sekarang dia sibuk dengan kerjaya politik. Setiap bulan dia masih memasukkan duit ke dalam akaun bank saya tetapi tidak banyak, cukup untuk menampung kos kehidupan sebagai orang bujang," ujar Amy.

Ketika itu Amy berusia 23 tahun, kini saya anggarkan 31 tahun. Barangkali dia sudah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya.

Rumusannya, jarang wanita disimpan lama oleh Sugar Daddy. Sebaik usia mereka meningkat dan bakal mencecah 30 an, lazimnya perhubungan dinoktahkan. Akibatnya, sebilangan bekas gadis simpanan terkapai-kapai mencari rezeki dan cuba berdikari untuk meneruskan kehidupan mereka. Kebergantungan sepenuhnya terhadap wang disumbangkan oleh Sugar Daddy mereka sebelum itu akhirnya memerangkap diri.

Kepada pembaca terlepas membaca entri kisah Marsha Si Perempuan Simpanan, klik di sini.

Barangkali gegendangan telinga sebilangan daripada kita sudah kematu mendengar kisah Sugar Daddy dan gadis simpanan mereka.

Jadi mari kita beralih menganalisa kisah anak ikan, belaan Sugar Mummy. 

Sugar Mummy lazimnya wanita berstatus janda atau isteri. Ramai berkata, mereka menjadi Sugar Mummy akibat diabaikan oleh suami, terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga meninggalkan isteri mereka kegersangan. Di waktu terluang, isteri bersama rakan seangkatan, mencari ruang dan peluang untuk ditemankan lelaki jauh lebih muda.

Anak ikan mungkin diperkenalkan kepada mereka.

Selalunya kita terdengar, anak ikan harus kacak dan bijak melayan kehendak wanita lebih berusia. Seks barangkali bukan soal utama. Layanan itu lebih kepada emosi, biarpun kaya, Sugar Mummy kesunyian dan berasa dikesampingankan oleh suami mereka. 

Sedikit belaian jiwa dan fizikal pastinya dihargai.

Berbanding gadis belaan Sugar Daddy, jarang benar kita mendengar luahan hati mahupun keluhan anak ikan. Barangkali, bekas teman wanita Sugar Daddy ditinggalkan selepas tubuh mereka puas digunakan untuk memuaskan nafsu lelaki. Manakala kesan fizikal tidak dapat dikesan langsung di tubuh anak ikan.  Mereka mampu hidup mewah, menutup sebelah mata  atau lampu bilik jika Sugar Mummy tua dilayan di ranjang. Andai kata perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi, mereka berlalu pergi dan berkebarangkalian mencari Sugar Mummy baru.

Pengalaman sebelum itu, boleh digunakan untuk menawarkan perkhidmatan lebih berkualiti kepada wanita gersang dan kesunyian.

Sila baca kisah anak ikan dan pasangannya berusia 20 tahun lebih tua, klik di sini.

Ternyata, sebilangan wanita berusia kekadang cenderung ingin dibelai lelaki lebih muda, mungkin seusia anak mereka sendiri. 


Anak ikan bertubuh sasa, suami pula barangkali berperut boroi justeru kurang menyelerakan. 

Jika anak ikan di luar sana ingin berkongsi cerita bersama pembaca blog ini, sila klik di sini dan hubungi saya. Seperti biasa, identiti diri akan dirahsiakan.

Rabu, Jun 20, 2012

MENGAPAKAH WANITA WARGA ASING ITU KELIHATAN TERPEGUN?



Seperti saya janjikan petang tadi, saya bersama rakan, Harris Farouk Alex melakukan tinjauan ke Desa Aman Puri, Kepong, Selangor. 

Dari dalam kenderaan, saya merakamkan gambar wanita dipercayai warga asing berikut.


Hemat saya, kedua mereka memenuhi syarat wanita kegemaran lelaki warga Afrika kerana berpunggung besar dan lebar.


Pada masa sama kelibat beberapa lelaki seringkali digelar 'Awang hitam', saya rekodkan sedang berlegar-legar di hadapan restoran berhampiran.  


Bak magnet, tarikan di antara mereka terlalu kuat.


Entah apakah dilihat sehingga membuatkan wanita di sebelah kiri kelihatan amat terpegun. Saya enggan membuat sebarang jangkaan rambang.


Tall, dark and handsome pastinya antara ciri kegilaan majoriti wanita. Ternyata lelaki Afrika itu mempunyai daya tarikan tersendiri dari aspek godaan. 

Barangkali daya tarikan sama turut mengheret ramai wanita tempatan, terjebak menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga sama. Mereka bukan sahaja bijak menyentuh secara fizikal tetapi berupaya menyentuh hati wanita tanpa mengira bangsa dan usia.

Perhatikan wajah lelaki di bawah.


Wajahnya kelihatan sayu.

Barangkali dia bimbang jika penguatkuasa menyerbu kawasan perumahan terbabit dalam waktu terdekat.

Untuk rekod, sudah terlalu ramai wanita tempatan dibogelkan, disetubuhi dan diratah oleh warga Afrika terutama kelompok berasal dari Nigeria.

Antara pengakuan mereka saya nukilkan, klik kes 1 di sini dan kes 2 di sini.

... serta klik kes ke 3 di sini.

Ingin saya kongsikan sedikit maklumat tambahan. Dalam kes ke tiga, setelah entri terbabit disiar dan disebarkan, Jun memaklumkan saya, Charles telah memulangkan semula wang dipinjam bersama barangan kepunyaan miliknya.


Baru baru ini, akhbar tempatan memaparkan kes warga Afrika dilaporkan membuka kedai menjual makanan di Desa Aman Puri.

Berikut gambar disiarkan.


... dan klik di sini untuk membaca laporan lengkap.

"Mungkin gambar tukang masak di kedai itu disiarkan oleh akhbar," jangka Harris.


Penerbit program 999 itu kemudian memberhentikan kenderaan dipandu berhampiran deretan gerai diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina. 

Pantas saya merakamkan gambar berikut.


Pastinya gerai Mama Kuku African Kitchen itu tidak menjual nasi paprik, nasi dagang atau roti canai. Hanya seorang lelaki Afrika kelihatan duduk berhampiran gerai itu. Mungkin dia pelajar kolej dan sedang mentelaah pelajaran di lokasi itu, jika saya ingin bersangka baik.

Tidak jauh dari gerai terbabit, saya rakamkan gambar restoran ini.


Saya difahamkan restoran terbabit sering dikunjungi oleh warga Afrika.

Jika pekerja premis menjual makanan terbabit warga AFRIKA, mereka melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan tindakan seharusnya diambil dengan kadar segera.

Seperti saya catatkan di entri lebih awal, berkebarangkalian besar, lesen premis dimiliki oleh warga tempatan.

WARGA AFRIKA DI DESA AMAN PURI

13 Disember tahun lalu, saya menulis berhuung kebanjiran warga asing termasuk dari Afrika di Desa Aman Puri, Kepong.

Klik di sini.

Untuk rekod, kawasan itu di bawah pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor. 

Terkini, akhbar melaporkan, warga Afrika membukan restoran di kawasan sama dan mula dikunjungi selepas jam 5 petang sehingga ke awal pagi.

Melalui pengalaman saya, perniagaaan berasaskan makanan diusahakan oleh warga Afrika di negara ini didapati beroperasi menggunaakan lesen milik warga tempatan. 

Contohnya, jika lelaki warga Afrika berkahwin dengan wanita tempatan, suami  itu lazimnya menggajikan rakan senegara untuk bekerja di premis milik isterinya.  

Jika pekerja terbabit memasuki Malaysia secara sah menggunakan pas pelajar atau pas lawatan sosial, mereka dilarang mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk bekerja. 

Pun begitu, adakah mereka kisah?

Sebentar lagi, saya akan ke lokasi itu buat kali kedua untuk merakamkan gambar dan mencungkil kisah sebenar membabitkan warga Afrika.

InsyaAllah, laporan lengkap bakal dimuatkan di blog ini.

Selasa, Jun 19, 2012

KALI PERTAMA DI TV3


SILA HEBAHKAN 


Jika ingin menonton video rakaman tinjauan Kru 666 dan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG, sila klik di sini.

MAIN BELAKANG DI BELAKANG MATI (18SX)

Barangkali ramai antara pembaca pernah berkunjung ke Chow Kit, Kuala Lumpur sebelum ini. Di tahun 80 an, kawasan itu 'panas' dan digelar sebagai 'Belakang Mati'. Ringkasnya, orang ramai berasa gerun berjalan jalan di lorong Hj. Taib berikutan  kejadian kes jenayah melampau seperti ragut dan samun. Pada masa sama, Lorong Hj Taib juga dibanjiri pelacur dan pondan.

Awal pagi tadi, saya sempat meninjau Chow Kit. Keadaan persekitaran sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya.

Sila baca nukilan saya berhubung Belakang Mati pada 29 Mac 2009, klik di sini.

Pondan lazimnya mula memperdagangkan diri di antara jam 9 malam dan 5 pagi. Namun kira-kira jam 8.34 pagi tadi, saya merekodkan gambar berikut.

Barangkali dia kehilangan jam tangan, lalu tersilap masa untuk menawarkan khidmat seks sejenis kepada pelanggan berminat.


Saya difahamkan, selain rakyat tempatan, pondan Thailand dan Indonesia juga memperdagangkan tubuh mereka di lokasi sama.

Sebaik melihat saya merakamkan gambar, lelaki tidak dikenali mendekati saya. Dia enggan identitinya didedahkan di blog ini namun memperkenalkan dirinya sebagai 'Along'.

"Berapa harga pondan di sini?," soal saya.

"Kadar bayaran bergantung samada pondan itu sudah potong atau belum. Kalau belum potong RM50, kalau sudah, RM100," balasnya.

'Potong' bermaksud, alat kelamin pondan telah dibedah dan kelihatan seperti kemaluan perempuan.

Jam 8.29 pagi, gambar berikut pula saya rakamkan di Lorong Haji Taib 1.


Buat beberapa minit saya memerhatikan gerak gerinya. Setiap kali kenderaan melintas diperlahankan, pondan itu berjalan perlahan ke arah kenderaan terbabit sambil mendada. Malangnya saya tidak mengetahui status sebenar dia samada sudah dipotong atau sebaliknya.


Gambar beberapa bapok lain juga berpeluang saya abadikan untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini.


"Saya sudah tinggal di sini lebih kurang 4 tahun. Setahu saya, majoriti bapok menjual diri pada waku malam, berbangsa Melayu tidak menetap di sini. Mereka duduk di tempat lain dan datang ke sini untuk bekerja sahaja," jelas Along. 

"Pelanggan dibenarkan main bontot ke?," soal saya.

"Saya bercampur dengan mereka ini tetapi saya tidak pernah melanggan," katanya.

"Saya pun tidak mendakwa awak pelanggan. Cuma barangkali awak tahu beberapa fakta tepat mengenai mereka," celah saya.

"Memang sebilangan pelanggan main bontot, kira mereka ini main belakang di belakang mati. Saya dengar mereka semua diwajibkan memakai kondom dibekalkan oleh NGO.  Mereka khuatir kalau penyakit seperti AIDS menular. Sehari, setiap pondan kena dapat lebih daripada 5 pelanggan, kalau tidak mereka tidak begitu untung kerana harus membayar sewa bilik untuk mengadakan hubungan seks serta tambang teksi untuk ke sini. Kisah pondan ini pelbagai. Saya masih ingat, kira-kira 4 bulan lalu, seorang kontraktor berbangsa Melayu, fikiran berserabut datang ke sini melanggan pondan. DI bilik sewa, pondan itu dilapor memberikan dia ice (syabu). Katanya dia berasa seperti sedang terbang dan kemudian memanjat tingkap dan terjun," terang Along. 


"Mati?," tanya saya spontan.

"Tidak, sebab mujur dia tersangkut dan memeluk pokok lebih rendah itu dan kemudian turun dengan selamat," balasnya.


Untuk rekod, sebelum ini, hanya Pondok Polis Bergerak ditempatkan di lorong terbabit, kini Balai Polis Chow Kit tersergam gah.


"Sejak Balai Polis didirikan di sini, melalui pengamatan saya, bilangan pondan semakin berkurangan. Mereka dilaporkan berpindah ke kawasan Bukit Bintang. Kalau Mazidul datang pada waktu malam, pergi buat tinjauan dan rakamkan gambar di kawasan parkir kereta di hujung bangunan. Setiap malam pondan kerap tawar menawar harga bersama pelanggan di situ," katanya.

Saya dimaklumkan, balai terbabit mempunyai 77 pegawai dan anggota, ditugaskan mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam di Chow Kit.

"Ada juga lelaki hendak 'main' dengan pondan?," soal saya.

"Macam lesbian juga rasanya. Mereka mendakwa pengkid, perempuan menyerupai lelaki akan lebih mengetahui citarasa seks perempuan. Mungkin lelaki pun begitu sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pondan. Lelaki lebih mengetahui kehendak lelaki," jawabnya.

"Bilik di sini berapa sewa?," tanya saya lagi.

"Purata RM30 sehari tetapi majoriti bapok menyewa ikut hari bukan bulan. Kata mereka, jika ditangkap, mereka mungkin dilokap seminggu, siapakah akan membayar sewa bilik sementara mereka ditahan?," soal Along kembali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Along kerana sudi berkongsi sekelumit pengetahuannya berhubung kegiatan pondan di situ.

Saya kemudian meneruskan tinjauan berseorangan.

Berhampiran papan tanda 'Lorong Haji Taib 1' keliihatan lelaki menjual ubat kuat.


Mana tahu bang, kalau kalau nombor ekor naik first prize esok, kan?


Melalui pengamatan saya, ramai pelanggan Melayu membeli nombor ekor di premis disediakan di kawasan sama.

Saranan saya, sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan harus menjenguk ke kedai ekor terbabit.

Saya kemdudian terserempak anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA melakukan 'Rondaan Gelombang Biru'.


Penat berjalan, saya terpandang restoran Melayu di sebelah Balai Polis. Kelaparan kerana belum bersarapan pagi, saya singgah.


Nasi lemak dihidangkan amat sedap.

Saya kemudian bertemu taukeh restoran,  Farid  Mustafa, 34 tahun.


"Sebelum berniaga di sini, saya bekerja dengan Datuk Dr. Fazley Yaakob selama 12 tahun. Lama juga saya terbabit dalam bidang hiburan ini," ujarnya.


"Sedap nasi lemak," puji saya.

"Emak saya masak. Kalau tengahari boleh cuba nasi ayam, ramai pelanggan kata sedap," kata ayah kepada dua anak itu.

Ringkasnya berjalan di Chow Kit kini berasa lebih selamat. Ramai orang datang ke kawasan itu untuk membeli-belah di kedai menjual borong.


Mari sekali lagi kita saksikan pondan menjual borong.


Kasarnya urat tangan ...