Saya telah menulis 3 entri berhubung kegiatan pendedahan maklumat peribadi pemilik kad kredit dan debit institusi perbankan di Malaysia kepada pihak ketiga, bermula pada 26 Disember lalu.
Berikut link entri terbabit untuk rujukan pembaca.
Kira-kira jam 9.30 pagi tadi, saya menghubungi Bank Negara Malaysia, BNM dan cuba unutk bercakap dengan kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat tetapi gagal kerana panggilan tidak berjawab setelah berulang kali didail.
Barangkali mereka terlalu sibuk atau berada jauh dari gagang telefon di pejabat. Panggilan seterusnya disambungkan kepada BNM Telilink dan saya berpeluang bercakap dengan kakitangan bertugas.
"Saya membuat panggilan ini di atas kapasiti sebagai blogger," ujar saya.
Petugas terbabit berkomunikasi secara berhemah sekaligus berjanji akan memaklumkan informasi disalurkan kepada pegawai atasannya untuk saya dihubungi kembali.
Terima kasih.
Mengapakah saya mengambil inisiatif itu? Supaya kita semua sebagai pemilik kad kredit atau debit atau keduanya tidak terus diperdayakan oleh pekerja SEBILANGAN agensi telemarketing.
Saya ingin BNM berkongsi fakta khususnya dengan semua pembaca blog ini serta masyarakat, apakah antara langkah penguatkuasaan berkesan dilaksanakan terhadap bank tempatan bertujuan mengekang maklumat sulit perbankan pelanggan tidak didedahkan kepada pihak tidak bertanggungjawab?

"Mendedahkan maklumat peribadi pelanggan bank kepada pihak ketiga satu kesalahan," ujar kakitangan Telelink BNM saya hubungi.
Hemat saya, majoriti pelanggan bank mengetahui fakta itu namun kegiatan pendedahan memperdayakan pelanggan masih terus berlaku.
Bersama kita nantikan respon daripada BNM.
* Kekadang berasa hairan, sebilangan berkunjung bertandang ke blog ini sekadar untuk meninggalkan komen bertujuan mengecam dan mencerca BUKAN melontarkan komen membina. Why reading after all? Anyway, this is what some people call as love and hate relationship, barangkali :) You hate but you still love reading it.