Khamis, Februari 09, 2012

PERLUKAH CINA MEMELUK ISLAM MENUKAR NAMA MEREKA?

HOrang Cina di Malaysia ada nama mereka, maksud tidak baik. Contohnya Ah Kau, bererti lembu, Ah Tu, babi manakala Cha Kin, bermaksud akar kayu," ujar rakan saya sewaktu di Guangzhou, China.

"Mengapa emak dan ayah mereka memberikan nama sebegitu?," soal saya.

"Dahulu, emak dan ayah mereka melihat, binatang senang untuk dijaga. Jadi apabila anak dilahirkan, berikan sahaja nama binatang. Harapan mereka, anak mudah dijaga," jelas rakan.

Terima kasih kepada rakan terbabit kerana sudi berkongsi ilmu bersama saya.

"Seperkara lagi, di Malaysia, saya percaya ramai lelaki Cina ingin berkahwin dengan perempuan Melayu tetapi hasrat terpaksa dibatalkan. Kenapa? Sebab kena menukar nama. Contohnya, Chan Chee Wen menjadi Abdullah. Bagi orang Cina, nama keturunan mereka, dalam kes ini, 'Chan' teramat penting untuk dikekalkan. Itu nama keturunan  nenek moyang," celah rakan sama.

Saya kemudian merujuk isu ini kepada rakan Al-Hafiz.

Adakah lelaki atau perempuan Cina memeluk agama Islam wajib menukar nama mereka?

'Tidak wajib dan tidak salah jika tidak ditukar sekalipun'

Itu respon dihantar kepada saya sebentar tadi.

Saya percaya, selagi tidak melanggar hukum syarak, Islam sentiasa mempermudahkan mereka berhasrat menganuti agama syumul itu.

19 ulasan:

  1. Bro, in Cantonese:
    "Ah Kau" means "Dog" while "Ah Ngau" is "Cow"... :)

    BalasPadam
  2. Orang Cina yang memeluk Islam semakin ramai di Malaysia, lantas penubuhan Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) mencetuskan satu landasan untuk mereka bergiat dalam pelbagai aktiviti yang berteraskan agama.

    Saya juga mempunyai ramai sahabat dalam kalangan orang Cina yang telah memeluk Islam. Lazimnya nama mereka ditukar agar nampak "Islam"nya.

    Keislaman mereka daripada kesedaran terhadap keEsaan Allah menyebabkan sebahagian mereka lebih Islam berbanding orang Melayu sendiri.

    Ramai jutawan Cina mempunyai sikap suka menderma. Alangkah besar pahalanya sekiranya mereka memeluk Islam, tentu "sedekah" mereka dikira pahala, jika mereka mengetahui kebenaran janji Allah.

    Moga Allah merahmati Bro Mazidul, AMIN..

    BalasPadam
  3. SMTI.

    Nama Melayu pun ada juga yang membawa maksud yang tidak enak didengar.

    BalasPadam
  4. mak kawan sepejabat saya pon mualaf... dah masih kekal dengan nama asal sebab nak tukar nama je prosedurnya leceh... tapi...ank2...semua nama islam lah..

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum wbt

    Memang tak wajib tukar nama, tetapi katalah saudara baru tadi membuka restoran makanan halal, pada papan tanda masih lagi tertulis "Restauran Ah Kau", atau "Kedai Makanan Halal Ah Kau", agak-agak orang Islam nak makan tak kat restauran tu?

    Boleh juga tukar nama tetapi maintain nama keluarga seperti Ridhuan Tee.

    BalasPadam
  6. Sepupu suami saya dahulunya beragama Kristian berketurunan Cina, tidak menukar pun namanya setelah memeluk agama Islam. Menurutnya, pegawai di JAWI sendiri yang memberitahu beliau bahawa tidak perlu menukar nama.

    Pada pendapat saya, nama yang membawa makna yang kurang elok ni bukan saja ada di kalangan orang-orang Cina, bahkan bangsa lain pun ada juga. Melayu pun ada juga nama2 yang kurang elok maknanya.

    Nama tak kira bahasa apa pun asalnya, kalau maknanya bagus, boleh saja dipakai. Tak semestinya kena tukar nama yang berunsur Arab baru "Islam". Tariq Aziz, orang kanan arwah Saddam dulu pun orang Kristian.

    BalasPadam
  7. Sebenarnya kaun cina bersifat terbuka pada agama. Mereka sebenarnya menghormati sekiranya anak2 mereka menganut agama lain drp mereka. Lihat sahaja ada cina budhha, cina kristian, cina hindu selain dari agama nenek moyang mereka. Tapi mereka agak keras sedikit untuk menerima sekiranya anak mereka ingin menganut agama Islam. Bagi mereka masuk Islam bereti mesti jadi melayu. Itu yg mereka tak suka. Kaum cina amat taksub kepada budaya dan keturunan walau dimana mereka berada.

    BalasPadam
  8. Saya berpendapat bahawa nama memainkan peranan yang penting. Ianya merupakan salah satu identiti yang perlu direkodkan sewaktu kelahiran manusia di seluruh dunia.

    Di dalam Islam ibu bapa amat digalakkan memberi nama yang bermaksud baik kepada zuriatnya. Malah kita digalakkan memanggil/menggelar sesama kita dgn nama yg baik lagi disukai.

    Untuk memudahkan mengenal status keislaman saudara baru, saya fikir haruslah menukar nama tetapi masih mengekalkan 'surname' keturunan keluarga. Contoh : Pn. Loo Mew Yee ditukar kepada Pn. Nur Damia Loo Binti Abdullah.

    Pasti kita tidak teragak-agak mengucapkan salam apabila kali pertama bersua muka.

    BalasPadam
  9. nama melambangkan agama dan bangsa? nama juga satu doa,apa salahnya tukar sebahagiannya ke nama islam,untuk elak kekeliruan.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum... bagi saya nama itu merupakan satu doa juga, contoh nama Muhammad, bermakna yang terpuji, kalau 100 orang or 1k orang memanggil anda dengan perkataan tersebut, tak ke menjadi satu doa. Tapi ramai jugak dikalangan kita yang shortcut nama tuh, nama Muhammad, tapi panggil Mat, dah takde makna. So saya rasa kalau tak tukar nama dalam IC pun, apasalahnya nama panggilan menggunakan nama bercirikan Islam (tak perlu bercirikan melayu pun)

    BalasPadam
  11. tak salah rasanya......tukar pu untuk kebaikan oklah

    BalasPadam
  12. Kita masyarakat tidak perlu berfikiran sempit atas benda kecil seperti ini. Jika nama tak perlu tukar pun tidak mengapa asal tidak bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri. Jika nama itu bermaksud yang buruk maka sebaiknyalah ditukarkan kerana nama itu seperti menunjukkan penampilan kita serta umpama doa orang lain kepada kita kerana itulah orang sering sebut tentang diri kita.

    Kalau nama keluarga itu pun dikekalkan tidak apa tidak ada salahnya contoh "Abdullah Chan" bermaksud "Chan si Hamba Allah". Tidak ada masalah dengan nama itu asalkan kita faham maksud nama kita itu. Wallahu'alam... :)

    BalasPadam
  13. Amat menarik membaca komen komen yang dilontarkan. Soalan saya cuma satu sahaja:

    Adakah keimanan dan kepercayaan seseorang itu bergantung kepada namanya dan bukan niat di hati untuk mempelajari kitab dan cara hidup Al Quran?

    Sewaktu saya di London dan di tanah arab, ramai je yang tidak mempunyai nama berunsur 'Arabic' tetapi akur kepada ajaran Allah dan Al Quran.

    Ini ialah satu perkara yang subjektif. Jangan kerana kita yang sudah dilahirkan didalam agama Allah ini memaksa saudara baru untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak selesa. Al Quran bukan agama paksaan, jadi kita sebagai manusia tidak boleh memaksa mereka menerima sesuatu tanpa kerelaan mereka.

    Those are my two cents.

    BalasPadam
  14. bagaimana pula dengan seorg islam yang mempunyai nama kristian dan mempunyai maksud yang agak membimbangkan..sebagai contoh elwin
    maksud EL didalam yahudi ialah tuhan,manakala nama penuh ELWIN itu membawa maksud kawan bunian(jin)..jadi perlu kah ianya ditukar?

    BalasPadam
  15. Tidak perlu gusar. Ada berjuta Muslim di negara Cina. Sumanya Chinese Muslim dengan nama Cina. Terpulanglah kepada individu sama ada dia mahu atau tidak tukar namanya.

    BalasPadam
  16. nama islam ialah nama yang mempunyai erti yg baik dan tak semestinya nama berunsurkan Arab

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.