Jumaat, Februari 17, 2012

BOIKOT TETAPI MENUNTUT UNTUK MUNCUL DI TV3?

Jam 11.30 pagi tadi, saya terlihat beberapa individu berdiri di hadapan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. 

Sebaik memasuki pekarangan pejabat, saya bertanya kepada rakan.

"Apa berlaku?"

"Wakil Anwar Ibrahim Club, AIC, datang menghantar memorandum," ujar rakan.


Saya kemudian ditunjukkan salinan memorandum diserahkan oleh Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad kepada wakil Media Prima Berhad.


Berikut antara kandungan memorandum itu.

'AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk muncul secara ekslusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berta sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari'

Saya tidak begitu pandai berhubung perihal politik di negara ini.

Bagaimanapun, sebelum ini saya dimaklumkan, penyokong Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (klik) memboikot TV3, khususnya Buletin Utama. 

 
Gambar Datuk Seri Anwar juga dipaparkan di halaman terbabit.


Mereka menggelar TV3 sebagai TV tiga suku. Justeru mengapakah AIC menuntut Media Prima memberikan ruang untuk Datuk Seri Anwar muncul di stesyen televisyen dilabel sebegitu dan diboikot selama ini?

Adakah penyokong beliau akan menonton Buletin Utama?

Biarpun saya bekerja di syarikat penyiaran, saya juga penonton program televisyen. Pandangan saya, sebagai penonton, kita semua mempunyai pilihan berhubung bahan dipaparkan di televisyen. Tidak perlu memboikot stesyen televisyen kerana saya pasti banyak program disiarkan bermanfaat kepada masyarakat.

Buat pilihan tepat.

Sebelum ini, saya menulis berhubung tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mewakili partinya, menggesa  Datuk Seri Anwar menarik kembali kenyataan beliau dilaporkan menyokong Israel.

Klik di sini.

Hemat saya, lebih molek jika pemimpin PKR itu terlebih dahulu memberikan penjelasan beliau berhubung kenyataannya di Wall Street Journal kepada Datuk Nik Aziz. 

"Pandangan saya mewakili PAS, itu pandangan dia (Datuk Seri Anwar) mewakili PKR," ujar Datuk Nik Aziz di Buletin Utama malam ini.

Semoga perbezaan pendapat itu dirungkaikan tidak lama lagi, sebaik Datuk Seri Anwar pulang dari lawatan ke luar negara.

"Berapa ramai ahli kelab datang?," soal saya kepada rakan lama memerhati kesibukan di pintu masuk Sri Pentas.

"Itu dia orang, sudah hendak balik," balasnya.


"Dua orang?," tanya saya.

"A'ah," balasnya.

17 ulasan:

  1. muka tak tau malu.....dulu kutuk tv3...boikot konon....aku ingat lagi nuar berahim ni marah wartawan tv3...la ni dok hemoi buat muka sekupang pulak(pinjam istilah orang kedah).
    minah garet yg pi hantarq hantarq memorandom tu dibayar berapa?...
    dulu kata tv3 suku...yg dok minta nk masuk ni gila kot....he he he....

    BalasPadam
  2. ddepa semua muka longkang dah tak pernah nak malu...ludah tinggi-tinggi lepas tu duk tunggu nk jilat balik....kata boikot buat apa nk hanto memorandum supaya diberi hak kpd ketua dia untuk tetamu lak...mangkuk...weiii

    BalasPadam
  3. Pergh!! Sape yg 3 suku?Klau dh org 3suku,buatpe dtg mtk itu ini ..Dia yg 3suku tp xsdar diri.Sampah masyarakat!

    BalasPadam
  4. lagi banyak mereka bersuara,lagi banyaklah nampak perpecahan mereka!!Pemuda Pas gesa Pas keluar dari PR dengan segera..

    BalasPadam
  5. Saya pernah membontoti reformasi Anwar semasa gerakan itu subut dahulu.

    Rela saya berpanas membawa anak kecil semata-mata untuk memberi sokongan kepadanya.

    Hari ini, saya semakin tidak percaya dengan orang ini.

    Pelbagai isu yang didedahkan di internet membuktikan tokoh yang pernah saya julang ini, tidak layak memimpin negara kita.

    BalasPadam
  6. pembetulan : bukan anuar ibrahim like page tu... tapi page tu yang like anuar ibrahim. saya tak sokong mana2. tapi fakta mesti betul.

    BalasPadam
  7. TV3 kadang2 pun siar berita berat sebelah.Walupun saya bukan penyokong Anwar tetapi boleh nampak.Ketara sangat,lebih2 lagi masa PAU dulu..sampai meluat asik dok ulang yg tu jer.

    BalasPadam
  8. oh, baru je aku berkata kpd sang suami mlm tadi semasa slot Buletin Utama... apa la TV3 ni, asyik buat pendedahan masalah di Selangor, Pulau Pinang & Kelantan. Negeri lain yang diperintah dacing takde masalah ke? Kami pun bertukar kpd channel news TV9 ... ha... baru la betul berita2 semasa...

    BalasPadam
  9. Ibu Rafiq, TV Selangor dan Harakah tidak membuat liputan berhubung kerajaan Barisan Nasional, kan? Berita 2 media itu dikira berat sebelah, of course, terhadap pembangkang.

    TV3, TV8, NTV7, TV9, semua berpayung di bawah Media Prima Berhad.

    BalasPadam
  10. Ibu Rafiq, seperkara lagi, JIKA liputan di Selangor itu berkebetulan pendedahan berhubung masalah puan dan keluarga sekaligus membantu, MESTI laporan itu dianggap baikkan?

    Think about it.

    Puan akan berkata, bagus TV3 SEBAB tolong selesaikan masalah kami di Selangor.

    BalasPadam
  11. Setahu saya memang harakah adalah akhbar politik, mana boleh bandingkan dengan media arus perdana?
    Sedangkan RTM hanya menyiarkan berita mengai BN sahaja walhal yang menanggung kos operasinya dalah rakyat malaysia tak kira pengundi BN atau tidak. Terimalah hakikat media arus perdana memang berat sebelah. Inilah mainan politik. Andai kata pembangkang yang memerintah malaysia nanti, senario sama akan berulang juga. Mungkin.

    BalasPadam
  12. salam...kpd iburafiq n Fever Nova..nak berpesan n ingt2 mengingatkan..cuba fikir sebaiknya kan..if PKR&DAPig n PAS yg perintnah,sudah tentu la puak2 BN ni xde peluang utk kuar di kaca mana TV RTM or TV3 n sekutunya..so..base pada fakta la..sapa perintah hak dia la nak bg muka2 tu kuar or sampai certia yg berat2 sebelah sbnya pada saya berita yg diterbitkan tu adalah yg nyata dan kenyataan..andainy DSAI tu malaikat or anugerah tuhan utk M`sia..kenapa dia kena singkir oleh TUN M dulu...dah buat salah salah besar kannn??? fikir2 lah...bersyukur apa yg ada skg ni....

    BalasPadam
  13. Salam.

    Saya pelajar Mass Comm.
    Dan saya rasa banyak etika kewartawanan yang telah dilanggar oleh TV3.

    Contohnya, media sebagai public watchdog, atau whistle blower.

    Tetapi selama ini TV3 hanya bertindak sebagai perkakas yang digunakan perasuah UMNO dan BN untuk terus kekal berkuasa.

    Tolonglah amalkan etika kewartawanan yang jitu dan berkualiti.

    Sampai bila mahu terus perbodohkan rakyat sendiri?

    AAAA.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.