Jumaat, Februari 10, 2012

ADAKAH GERGASI DITEWASKAN OLEH SEMUT?


Sila klik screen shot di atas untuk melihat luahan kekecewaan saya selepas mendapati driving range di Jalan Kenyalang 11/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR,  didapati masih beroperasi malam tadi setelah notis dikeluarkan oleh MBPJ pada pagi semalam.


Apapun saya berasa amat terharu dengan sokongan pembaca blog ini. Seperti tercatat, 72 pengunjung sudi berkongsikan entri Wartawan Majalah 3, Mazidul 'Terbunuh' ... di halaman Facebook mereka.

Pagi tadi, saya bertindak menghubungi pejabat Datuk Bandar Petaling Jaya dan memaklumkan masalah dihadapi kepada  setiausaha beliau. Secara hormat, saya memohon Datuk Bandar merujuk entri di blog ini. Sebelum itu saya memaklumkan Pengarah Penguatkuasa MPBJ, Mohd Fauzi Maarop, melalui panggilan telefon berhubung kes sama.

Mari sekali lagi, kita melihat keduduk driving range tanpa jaring keselamatan itu berbanding lokasi jalan utama.


Risiko ditanggung oleh pengguna jalanraya di sebelah kanan gambar (driving range di kiri) saya olahkan di entri pertama ini.

Jam 12.30 tenghari tadi, saya meninjau lokasi terbabit dan mendapati tiada aktiviti berlangsung.


Tinjauan kedua saya jalankan pada jam 6 petang tadi, driving range lengang.


Adakah gergasi sudah akur untuk mematuhi arahan MBPJ supaya jaring keselamatan dibina terlebih dahulu sebelum premis beroperasi?

Entah. 

Cuma setakat petang tadi, operasi kelihatan diberhentikan.

Jika gergasi masih berdegil, saya percaya lebih banyak semut kecil akan menggigit MBPJ dan driving range milik syarikat gergasi itu.

Mereka perlu ingat, rakyat kini boleh berhimpun secara aman untuk membantah tindakan berupaya menggugat keselamatan nyawa orang ramai itu.

Terima kasih kepada pihak penguatkuasa MBPJ di atas tindakan dilaksanakan.

Kepada pegawai Unit Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ saya hubungi semalam, molek sangat jika kamu terus tidur dan memandang sepi aduan semut kecil seperti saya. 

Tidur lenalah kamu dan semoga tidur itu diganggu oleh mimpi ngeri berpanjangan. Tindakan kamu enggan  berkomunikasi seperti kamu janjikan kepada pengadu jelas menunjukkan kamu tidak layak menjadi pegawai di Unit PERHUBUNGAN Awan dan Korporat.

Pesanan saya kepada pengarah unit terbabit, Haniza Abdul Hamid, tolong pantau 'PR' anak buah itu.

5 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.