Selasa, Februari 21, 2012

FARIS (TERKINI)

Faris dilaporkan menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi.

"Sekarang dia tengah tidur, berehat," ujar ayah anak kecil itu, Sham.

Saya difahamkan, akaun Maybank Sham berulang kali disekat berikutan banyak transaksi, sumbangan orang ramai.

"Kakitangan Maybank datang bertemu saya sendiri dan mereka berjanji akan memeriksa 3 kali sehari untuk membuka akaun itu jika disekat secara automatik," jelas Sham.

Saya mendengar.

"Ramai orang datang ziarah dan saya tidak mampu membawa semua untuk melihat Faris. maaf," tambahnya.

Petang nanti, Sham akan memaklumkan saya jumlah bil pada hari ke 20 anaknya dimasukkan ke Sime Darby Medical Center.

Terima kasih kepada semua rakan blogger sudi menghebahkan kes ini.
posted from Bloggeroid

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Syabas kepada sdr Mazidul dengan prihatin ini. Syabas juga kepada orang ramai yang sudi berkongsi sedikit sumbangan, syabas kepada staf maybank yang juga prihatin dan bertoleransi itu...syabas kepas semua orang yang membantu sama ada menyebarkan, memberi sumbangan...dan tak lupa juga yang mendoakan. Semoga adik Faris dapat diselamatkan dengan izinNya.

    BalasPadam
  2. STM. Semoga adik faris cepat sembuh..amin..

    BalasPadam
  3. STM- Semoga adik faris akan sembuh spt sedia kala & menamatkan penderitaan yg d alaminya. T.kasih bro mazidul atas usaha murni anda ini. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

    BalasPadam
  4. saya agak ketinggalan tentang hal ni tapi dah catchup balik lepas baca entri yang lepas-lepas.

    semoga adik Faris akan beransur sembuh...

    BalasPadam
  5. insyaallah.....company kami pun ada yang buat kutipan derma utk adik Faris....insyaallah semuanya akan selamat, mudah²an

    BalasPadam
  6. Terus terang sy sungguh simpati terhadap Faris, sy baru saje tau pasal Faris bila teman FB share berita ini, dan bile baca dari mula.. memang menyayat hati.. menangis sy bile membaca post bro mazidul.. semoga Allah memberikan kekuatan kepada Faris..

    BalasPadam
  7. STM - Semoga adek Faris cepat sembuh...Amin.....

    BalasPadam
  8. Kisah Adik Faris telah diblogkan ...

    http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2012/02/mari-bersama-membantu-adik-faris.html

    Semoga dapat membantu serba sedikit ...

    BalasPadam
  9. Hanya blogger picisan... harap dpt membantu walau hanya sedikit sekali pun...

    http://princesseryna.blogspot.com/2012/02/mohon-bantulah-adik-faris-ini.html

    BalasPadam
  10. i touched read semua post psl adik ni. baru dpt tahu smlm dekat blog ni. mohon share ke blog kyra. hrp dpt sama mmbantu adk kecil ni...

    (http://kyralovelious.blogspot.com/2012/02/perhatikan-wajah-comel-faris-sebelum.html)

    BalasPadam
  11. semoga Allah memberi kesihatan kepada anak ini....mohon share

    BalasPadam
  12. stm...smga adik faris sembuh, buat ibubpa faris smga brsabar menerima dugaan ini..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.